Tangannya bergerak laju menulis satu per satu persamaan matematik yang tertulis di papan putih kelasnya.Dalam keadaan yang tergesa-gesa dia cuba untuk menyiapkan tugasan tersebut secepat mungkin untuk keluar berehat.Melihat rakan-rakannya seorang demi seorang meninggalkan kelas,Harith menjadi sedikit kelam-kabut.Manakan tidak,perut Harith hanya berisikan segelas teh o panas dan dua keping roti sahaja sebelum dia bergerak ke sekolah.Dia semakin mempercepatkan tulisannya.
"Izzati and Harith,don't you want to recess?" Sindir Cikgu Ayla.
"Yes,I want." Balas Izzati.
Sementara itu,Harith hanya mengunci mulutnya sahaja.Matanya tertumpu ke arah papan putih di hadapannya dan kemudian mengalihkan pandangannya ke arah buku nota yang berada dihadapan.Namun,sekali-sekala matanya melirik dan lehernya menoleh secara tiba-tiba ke arah Izzati yang berada di sebelahnya.Lihat sahaja muka remaja perempuan berusia lima belas tahun itu,jantungnya tiba-tiba berdegup kencang.Sepanjang hidupnya,dia tidak pernah merasakan perasaan sedemikian.
"Equal to one hundred and sixty seven." Bibirnya terkumat-kamit mengikuti apa yang ditulis olehnya.
Bunyi tolakan kerusi kedengaran dari meja sebelah.Kelihatan Izzati telah pun bangkit sambil membawa buku latihannya menuju ke arah meja guru yang berada di hadapan kelas.Lima saat selepas itu,Harith pun turut bangun lalu menghantar tugasannya kepada Cikgu Ayla.
"Sorry teacher,I'm late."
"It's okay."
"Can I go now?" Soal Harith.Air liurnya bertakung selepas membayangkan hidangan nasi goreng yang enak di kantin sekolah.
"Yes,you can."
Tidak sampai sepuluh langkah dia berjalan keluar dari kelas,guru matematik yang berasal dari Pakistan tersebut memanggilnya.
"Can you bring these books to the teacher's room?" Pinta Cikgu Ayla.Melihat keadaan Cikgu Ayla yang sarat dengan barang-barangnya membuatkan Harith berasa kasihan.Akhirnya dia berkorban buat sementara waktu untuk membantu gurunya itu.
"Sorry Harith,I bothered you."
"It's okay teacher."
Harith cuba menahan rasa laparnya.Langkah demi langkah diaturkan olehnya sehinggalah tiba di bilik guru.Setelah tiba di bilik guru,dia terus meletakkan buku-buku latihan tersebut di atas meja.Mujur meja Cikgu Ayla berdekatan dengan pintu masuk bilik guru.Jikalau dihujung,mungkin dia akan pengsan di pertengahan jalan.
"Thank you Harith,may Allah bless you.Ermm,can you help me for the last time?"
"You're welcome.Yes,I can."
"I give you five Ringgit and another one Ringgit please buy bo'oh'o'wa'er for me.Thank you." Balas Cikgu Ayla sambil menghulurkan sehelai duit kertas bernilai seringgit dan lima Ringgit Malaysia.
Harith menjadi bingung dengan permintaan gurunya.
"Sorry,I don't understand."
"Oh,hahaha!Sorry Harith.I want to you help me to buy a bottle of water." Cikgu Ayla menerangkan semula sambil bibirnya tersenyum lebar.Dia dahulunya merupakan seorang pelajar yang melanjutkan pengajiannya di Universiti Oxford.Jadi,tidak hairanlah jikalau dia lebih fasih menggunakan Bahasa Inggeris Britain berbanding Bahasa Inggeris Amerika.
"Okay teacher." Balas Harith sambil tersengih.
Dia pun kemudian berjalan menuju ke kantin sekolah.Setibanya dia di sana,dia berasa sedikit hampa tatkala nasi goreng yang diidamkan olehnya telahpun habis terjual.
"Acik,nasi goreng dah habis ke?"
"Baru je habis nak."
"Ermm,kalau macam tu bagi saya burger ayam dengan air mineral sebotol.Terima kasih."
Harith pasrah.Hatinya semahu-mahunya ingin menikmati nasi goreng namun tidak kesampaian.Dia mengambil sebiji burger ayam dan sebotol minuman mineral tersebut lalu meninggalkan kantin tersebut.Dia menuju semula ke arah bilik guru untuk memberi sebotol minuman tersebut kepada Cikgu Ayla dan kemudiannya menuju pulang ke kelas.
"Kau tak makan nasi ke?" Tiba-tiba kedengaran suara Izzati menegurnya.
"Tak ada mood nak melantak nasi."
"Kau tak payah sendu sangatlah.Nah,ambik nasi goreng ni!Ingatkan nak makan dua bungkus tapi perut aku dah tak masuk dah." Kata Izzati sambil meletakkan sebungkus nasi goreng ke atas meja Harith lalu berjalan keluar dari kelas.
Harith menerima namun tidak mahu lagi untuk dia membuka dan 'merasmikan' bungkusan nasi goreng tersebut.Malu untuk menikmati hidangan tersebut di hadapan seorang gadis yang amat diminatinya itu.
"Ada gajah di baliq batu.Batunya hilang gajahnya datang.Aku tahu maksud dirimu.Diam-diam suka pada ku."
"Apa masalah kau ni?Salam tak ada apa tak ada.Datang-datang nak jadi Faank pula apa fasal?"
"Halah halah halah kau." Balas Iskandar selepas melihat reaksi Harith yang kurang senang dengannya.
Harith mengalihkan pandangannya daripada Iskandar.Malas untuk melayan rakan sekelasnya.
Iskandar menarik kerusi Izzati yang berdekatan dengannya lalu duduk di sebelah Harith.
"Apa masalah bro?Muka serius semacam je?Kau okay tak?"
Harith hanya senyap sambil menunjukkan riak wajah yang bosan.
"Aku tahu lah kau tu dah syok dekat Si Izzati tu tapi muka tak payahlah muram macam ni.Tak best oo kalau Izzati tengok."
Harith terkejut selepas mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Iskandar.
"Shhh,tak payahlah cakap kuat kuat!Ermm,macam mana kau tahu?Aku tak pernah bagitahu sesiapa pun."
Iskandar hanya mengunci mulutnya.Sesungguhnya minat dan usahanya selama ini tidak sia-sia.Minatnya dalam aktiviti membaca dapat menjadikan dia memahami dan mengetahui setiap bahasa tubuh dan gerak-geri manusia.
"Aku malas nak cakap banyak.Kau boleh tipu dia,kau boleh tipu kawan lain.Tapi kau tak boleh tipu aku dowh!Apatah lagi dengan yang atas tu." Balas Iskandar sambil jari telunjuknya menunjukkan ke arah atas.
"Ya,memang aku suka dia tapi aku takut aku..."
"Cinta tak berbalas?"
"Ha'ah."
"Alah,tu kau jangan risau lah.Lama-lama kau dekat dengan dia mesti ada chemistry punya.Manalah tahu sebenarnya dia pun suka dekat kau cuma dia senyap je."
Harith tidak membalas.Mulutnya sibuk mengunyah-ngunyah cebisan burger yang terakhir.
"Dah,let's move on.Aku nak minta tolong kau ni."
"Apa dia?"
"Kau tahu kan kelas sebelah ada budak baru?"
"Ha,aku tahu.Kenapa?"
"Aku nak minta tolong kau 'merisik' dia."
"Kenapa pula aku?Ajaklah mak ayah kau datang merisik dia."
"Bukan merisik tu lah.Aku nak minta kau jadi orang perantaraan antara aku dengan dia.Bijak!" Iskandar menepuk dahinya.Kecewa dengan sikap Harith yang sedikit lurus-bendul.
"Ohh,Aku okay je.It's easy you know?"
"Mantap.Terima kasih bro."
"By the way,siapa nama dia?" Perasaan ingin tahu membuak-buak di dalam hati Harith.
"Gula."
"Serius lah nama dia gula?"
"Hahaha,tak adalah.Aku letak nama macam tu sebab muka dia manis macam gula."
"Hek eleh kau ni!Habis tu real name dia apa?Senang nanti nak register dekat pejabat kadi.Hahaha!"
"Claire.Nurul Claire.Dia Islam.Ayah dia Melayu and mak dia omputih."
Belum sempat bibir Harith terbuka untuk membalas kata-kata Iskandar,dialog mereka berdua akhirnya dipatahkan selepas kedatangan Izzati semula ke dalam kelas.
"Amboi,suka hati hang je nak rembat kerusi aku!"
"Hahaha,sorry lah Zaty.Aku pinjam kejap je." Balas Iskandar sambil meletakkan semula kerusi kayu tersebut ke tempat yang sepatutnya.
"Weh Harith,nanti kita talk detail lagi okay?"
"Ha,yolah!"
*****
Dia berlari sekuat hatinya tatkala dia dikejar oleh dua orang lelaki yang langsung tidak dikenali olehnya.Jantungnya berdegup dengan kencang.Tidak pernah dia merasakan berada di dalam situasi yang penuh mendebarkan itu.Akhirnya,dia mengambil keputusan untuk bersembunyi di celah-celah semak.
"Siapa diorang?Apa yang diorang nak dekat aku?"
Terlintas sejenak persoalan-persoalan tersebut di fikirannya.Dia menjadi bingung dan hairan tatkala dua orang jejaka yang berbadan tegap tadi tiba-tiba sahaja mengejarnya saat dia sedang berseronok berbual dengan wanita yang telah memaut hatinya.
Dia menjadi terkejut tatkala melihat dua orang lelaki yang lengkap berserban hijau tadi betul-betul berada di hadapan tempat persembunyiannya.Mujur mereka tidak dapat mengesan Harith yang berada di belakang mereka.Melihat sahaja mereka berpaling,cahaya putih yang keluar dari wajah mereka berdua menembak tepat memasuki bebola matanya.Silau.
Harith cuba menahan nafasnya.Dia memejam matanya buat sementara waktu dek kerana silau yang amat.Tatkala dia cuba membuka matanya semula...
"Arghhhh!"
Dia berlari ketakutan apabila melihat dua orang lelaki tadi betul-betul berada di hadapannya.Salah seorang daripada mereka membawa sebilah kapak yang besar dan seorang lagi membawa sebilah pedang yang dilumuri darah.Tanpa berlengah lagi,dia terus memecut meninggalkan mereka berdua.
Tatkala dia sedang berlari,pohon-pohon dan tumbuhan-tumbuhan di sekitarnya mula mengeluarkan suara yang aneh dan mengerikan.Bulu romanya meremang.Tengkuknya menjadi panas.Dia menjadi semakin takut dengan keadaan yang dilalui olehnya.
"Shinggg!" Satu libasan pedang tepat menghinggap di belakang badannya.
Harith mengerang kesakitan.Lariannya tadi terhenti.Kini dia terduduk melutut sambil kedua-dua belah tangannya sibuk mengusik-usik belakang badannya yang berlumuran darah.Tidak ada peluang lagi untuknya melarikan diri.
"Kau...kau nak apa dari pada aku?"
Tidak dijawab pertanyaan Harith.Lelaki yang berpakaian serba putih tadi terus membelah kepala Harith dengan menggunakan sebilah kapak yang dibawanya.Kapak itu membenam dan membelah wajah Harith sehingga ke pangkal hidung.Sakit dengan serangan sedemikian namun dirinya tetap tidak tumbang.Harith masih lagi dalam keadaan yang sedar!
Kepalanya dilumuri darah.Sedang dia menahan kesakitan di kepalanya,datang seorang lagi menghunus pedangnya tepat mengenai bahagian hati Harith.Dia termuntah darah.Lelaki tersebut merobek-robek tubuh Harith.Kemudian,dia mengeluarkan hati tersebut lalu mencampakkannya ke arah sekumpulan dubuk yang kebetulan berada di situ.
Meskipun dalam keadaan cedera parah,Harith mampu lagi untuk berbicara seperti biasa
"Kau buat apa?Kenapa kau buat macam ni?Ingat kau berserban bagai aku takut ke?"
Tanpa berlengah lagi,lelaki yang sedang memegang pedang itu terus berpusing tiga ratus enam puluh darjah untuk mengumpulkan momentumnya sebelum...
"Swinggg!"
"Aaarghhh!"
Matanya terbeliak.Akhirnya dia tersedar dari mimpi.Jantungnya berdegup kencang.Nafasnya bergerak pantas seolah-olah baru sahaja selesai menyertai acara larian maraton.Peluh membasahi seluruh tubuhnya.
"Astaghfirullah,astaghfirullah." Dia mengulangi kalimah tersebut berkali-kali.
Meskipun dia sedar itu hanyalah ilusi dan mimpi namun rasa pedih di belakang badan itu masih dirasai.Dia mengurut-urut dadanya.Sakit yang tak pernah lagi dirasai seumur hidupnya.Ditambah lagi dengan kesakitan yang dirasai di lehernya membuatkan dirinya hampir pengsan meskipun baru sahaja tersedar dari tidur yang hampir lapan jam.
"Allahu Akbar,Allahu Akbar." Kedengaran azan berkumandang di corong masjid yang berdekatan dengan rumahnya.
Dia terus mengagahkan dirinya untuk bangkit dari katil.Dia mencapai tuala mandinya lalu bergerak ke arah bilik mandi.
"Weh Harith,aku nak pinjam buku kau kejap boleh tak?Aku tak sempat salin apa yang cikgu tulis."
Harith menelan air liurnya.Entah mengapa,tatkala Izzati menyeru namanya pasti dia akan berasa gelisah dan tidak senang duduk.Jantungnya berdegup bagaikan hendak terkeluar dari tubuhnya.
"Harith?Harith!"
"Ha,okay.Sorry sorry.Nah,ambil ni." Balas Harith sambil menghulurkan buku notanya kepada Izzati.
Tiba-tiba sahaja bibir Harith tersenyum sendirian.Saat dia sedang berseronok melayani perasaannya.Tiba-tiba seorang lelaki muncul di hadapannya.
"Assalamualaikum brother."
"Waalaikumsalam,kau nak apa?"
"Gula single."
"Hahaha,kau datang dekat aku semata-mata cakap dia single je?Aku belum merisik dia lagi weyhh!"
"Ceh,nak tunggu kau memang lambatlah.By the way,aku gembira dowh!Kau tahu tak masa tu aku beranikan diri aku pergi dekat dia tau.Mula-mula dia malu nak cakap dengan aku.Lepas tu aku belanja dia nasi lemak.Dia terima weh!"
Harith mendengar dengan penuh perhatian sambil mulutnya tersenyum lebar.
"Aku pun apa lagi,jual minyak ler.Masa tu aku tanya dia tau 'Awak single ke?'.Kau tahu dia balas apa?'Ya,saya single'.Aku pun tersenyum.Dia senyum dekat aku Rith!Lepastu dia tanya 'Awak pula,single ke?'.Hanya Allah je yang tahu feeling aku masa tu Harith!Fuhh!"
Harith terketawa melihat gelagat yang diketengahkan oleh kawan baiknya itu.Sungguh,Iskandar mempunyai perasaan yang berani untuk melakukan sesuatu dan bukan macam dirinya.Takut untuk meluahkan perasaan yang terbuku di dalam hati.Bukan senang baginya untuk meluahkan apa yang dirasai di dalam diri meskipun satu perkataan iaitu 'suka'.
"Perghh,cerita kau sebiji macam Aziz Satar.Tak boleh bawa bincang." Kedua-dua mereka akhirnya ketawa terbahak-bahak.
"Harith,Harith!"
"Kau nak apa lagi?Asal aku nak borak dengan kawan aku je kau potong line.Kacau daun betul lah." Balas Iskandar,geram dengan tindakan Izzati.Seolah-olah iri hati tatkala Iskandar dengan Harith duduk bersama-sama.
"Aku tak cakap dengan kau lah bijak!Aku panggil Harith." Balas Izzati.
Harith pun terus bangkit dari tempat duduknya lalu bergerak ke arah Izzati.
"Sorry,ada soalan yang kau tak faham ke?Aku boleh tolong."
"Kau nak tolong aku?Aku dah siap salin dah.By the way thanks you for your help." Sinis nampaknya nada percakapan Izzati.
"You're welcome." Balas Harith sambil menghulurkan tangannya untuk mengambil buku kepunyaannya.Namun tindakan yang ditunjukkan oleh Izzati amat mengejutkan Harith dan Iskandar yang berada berdekatan dengannya.
Apa motif Izzati sebenarnya sehingga melakukan fi'il sedemikian?
"Kau dah kenapa Zati?Harith bukan punya lah baik hati bagi pinjam tapi last last kau buat macam ni?"
Akhirnya Iskandar bersuara dengan lantang.Seisi kelas yang riuh-rendah tadi tiba-tiba senyap selepas terdengar suara Iskandar yang kuat tersebut.Sememangnya Iskandar dikenali dengan sifat yang tegas.Dia juga adalah seorang yang cepat panas baran sehinggakan rakan sekelasnya sendiri gentar dengannya.
"Oh,sorry Harith,aku tak sengaja." Balas Izzati kepada Harith dengan nada yang sinis selepas melihat remaja tersebut mengambil kembali buku latihannya yang dicampak oleh Izzati.
Dengan perasaan yang dingin dan tanpa belas kasihan,Izzati terus melangkah keluar dari kelas bersama seorang rakan lain yang sudah menanti di koridor kelas.
"Dasar perempuan!" Pendek sahaja ayat yang keluar dari mulut Iskandar.
"Bro,kau okay tak?" Tumpuannya dikembalikan kepada Harith yang sedang duduk di atas kerusinya semula.Sungguh tidak ada tempat lagi untuk dia menyembunyikan air mukanya.Sebagai seorang lelaki,dia amat malu tatkala dirinya telah diaibkan oleh seorang wanita.
"Tak ada apa apa lah bro.Aku rasa dia ada problem la tu.Dah la,sambung lah balik cerita kau tadi." Harith bersangka baik.
Iskandar mengetahui,rakannya semestinya berada di dalam kesedihan.Bagi dirinya,kata-kata itu bukanlah menunjukkan persepsi sebenar yang berada di dalam hati.Harith pula sedaya upaya cuba untuk berfikiran positif.
"Serius ke ni bro?Kau okay tak?"
"Ya,aku tak ada apa apa.Cepatlah sambung cerita." Kelihatan senyuman yang dibuat-buat terukir di bibir Harith.
"Tak apa lah Harith,lain kali je lah aku cerita.Hehe,ada banyak kerja sekolah ni." Balas Iskandar tidak sesuai dia merasakan untuk menceritakan kisah dirinya dan Claire secara lanjut dalam keadaan yang begini.
"Okay." Pendek sahaja daripada Harith.
*****
"Kenapa dia buat macam tu?Dia ada problem ke?" Monolog Harith di dalam biliknya keseorangan.Jauh di sudut hatinya,mungkin sudah tiba waktu untuknya meluahkan perasaannya kepada Izzati.
"Aku rasa dah tiba masanya untuk aku luahkan.Aku tak boleh simpan!Aku kena tunjukkan dekat dia yang aku ni ambil berat tentang dia."
"Aku kena kuat!Aku kena berani macam Iskandar!Aku bukan lelaki kalau aku pengecut!"
"Tapi macam mana?Aku takut."
Harith berdialog keseorangan.Lama juga dia berfikir akan cara untuk dia meluahkan perasaannya kepada Izzati.Dia bermundar-mandir.Kejap ke sudut kanan,kejap ke sudut kiri biliknya.Selepas hampir setengah jam dia memerah otak,akhirnya dia mendapat satu akal.Lantas dia mencari-cari kertas kajang yang berada di dalam beg sekolahnya dan menggapai sebatang pen berwarna hitam.
Selesai sahaja dia menulis dan meluahkan segala isi hatinya di atas kertas itu,dia mencari pula sampul untuk dia meletakkan surat tersebut.
"Papa,ada tak papa simpan sampul surat?" Tanya Harith selepas menggeledah satu biliknya untuk mencari sampul surat.
"Ada,cuba cari dekat rak tu." Balas ayah Harith sambil jari telunjuknya menunjukkan sebuah rak yang berwarna coklat yang terletak di antara laluan yang menghubungkan antara ruang tamu dan dapur.
"Mantap,terima kasih Papa."
Di pagi yang cerah,mentari bersinar indah,detapan kaki pelajar-pelajar sekolah sentiasa kedengaran menuju ke kelas masing-masing.Pada hari itu,Harith tiba awal di sekolah.
"Awal kau datang Harith." Tegur Qistina yang selalu tiba lebih awal daripada rakan-rakan yang lain.
Tangan Harith yang sibuk menulis itu serta-merta berhenti tatkala Qistina memasuki kelas.Dia terus menggapai sepucuk surat yang telah dikarang olehnya.
"Nah,kau tolong bagi surat ni dekat Izzati boleh?"
"Ohh,kau syok dekat dia ehh?"
"Shhh,janganlah cakap kuat-kuat pandai!Kantoi nanti.Hahaha!"
"Okay,nanti aku bagi."
"Jangan mention nama aku tau!"
"Okay boss!"
Seorang demi seorang pelajar sudah pun melangkah masuk ke dalam kelas.Saat Izzati tiba,kebanyakan pelajar lain sudah pun bergerak ke tapak perhimpunan.
"Diminta semua pelajar yang berada di dalam kelas segera ke tapak perhimpunan segera.Aktiviti pagi ini akan dimulakan tidak lama lagi." Kedengaran suara Cikgu Rasyidin di corong-corong pembesar suara di sekeliling sekolah.
"Kau nak apa?Aku dah lambat la ni.Cikgu dah panggil tu.Jom lah pergi perhimpunan.Yang tu lain kali lah cerita."
"Come on la Zati,kejap je."
Selepas melepaskan keluhan panjang,akhirnya Izzati berpaling ke belakang.
"Apa dia."
"Nah." Qistina menghulurkan sepucuk surat kepada Izzati.Tanpa berlengah,Izzati terus membuka dan membaca surat tersebut.
"Hahaha,ikhlasnya hati dia tulis surat macam ni!Lawak dowh!"
"Aku rasa dia serius tu.Dia suka dekat kau tapi dia malu nak luahkan.By the way,kau suka dia tak?Aku nak tahu juga.Share la." Paksa Qistina.
"Suka dia?Hahaha.He is not my level you know!Tengok muka dia pun aku berasa jijik kau tahu!"
"Ermm,Izz..."
"Lepas tu dia ingat dia siapa!Belajar pun tak pandai.Cakap English pun berterabur.Hei,dia tu masuk kelas RK ni pun nasib jelah.Tengoklah UPSR dia,baru 3A.Hahaha.Exam pun dapat number last.Memalukan budak RK je!Bodoh!" Kata Izzati,yakin sambil mengoyakkan surat itu hingga menjadi cebisan-cebisan kecil.
"Ke..kenapa kau cakap macam tu?Kalau dia dengar macam mana?" Qistina sedikit terketar-ketar.
"Biar jelah dia dengar.Baru dia tahu siapa diri dia sebenar!Lemah!"
"Ta..tapi a..aku rasa,dia dah dengar."
Terbeliak biji mata Izzati selepas mendengar pernyataan Qistina.Lantas dia menoleh ke belakang.Dia melihat seorang remaja yang kurus dan tinggi yang membelakanginya terus meninggalkan kelas.
"Ha..." Tidak sempat untuk dia menyeru,kelibat lelaki yang dimaksudkan itu sudah meninggalkan dirinya bersama Qistina.
*****
Harith membuka matanya perlahan-lahan.Tengkuknya berasa sakit akibat daripada tidur yang terlalu lama.Namun tatkala dia membuka matanya,dia merasakan dirinya seolah-olah berada di tempat yang ganjil.Matanya menjadi silau dek kerana suasana di dalam bilik tersebut yang serba-serbi berwarna putih.
"Aku dekat mana ni?" Soal Harith di dalam hatinya.
"Erghh,ke..kenapa aku tak boleh bergerak!Tolong,tolong aku!"
Harith berasa kaget kerana dirinya seolah-olah dikunci dengan rantai halimunan.Badannya kaku.Hanya bibir sahaja yang mampu berbicara.Harith meronta-ronta untuk melepaskan diri.Sungguh,dia tidak berasa selesa dengan keadaan yang sedemikian.
"Weh,jangan main-mainlah setan!Janganlah nak kacau aku!Aku tak kacau kau cukuplah!Pergilah,aku dah lemas!Lemas!"
"Tup,tup,tup." Bunyi detapan kaki jelas kedengaran di gegendang telinganya.Hanya telinga sahaja yang mendengar.Kepalanya tidak mampu untuk menoleh namun matanya sempat melirik ke arah bunyi tersebut.
"Siapa tu?"
"Aku."
Tergamam Harith dibuatnya selepas melihat wajah lelaki yang menghampirinya itu.Dirinya seolah-olah tidak mempercayai apa yang dilihat di hadapan matanya.
"K..Kau?"
"Ya,ni aku.Harith.Kenapa?Terkejut."
"Tak,kau bukan aku!Kau setan!Setan!"
"Hei,kau tak payah menjerit la dekat sini.Bingit kau tahu?" Kata Harith yang lengkap berkopiah hijau dan tangannya pula memegang sebilah parang pemotong daging yang tajam.
"Allahu laa ila hailla huwal hayyul qayyum." Harith memulakan bacaan ayat kursinya.
Harith yang sedang berdiri tersebut malas untuk berbicara.Memberikan ruang untuk Harith yang sedang terbaring itu menghabiskan bacaannya.
"See,kalau aku setan dah lama aku meronta-ronta kepanasan dekat sini bijak!"
"Kau..kau nak apa!"
"Aku menyesal dengan kau." Kata Harith sambil meletakkan parangnya di sebelah Harith yang sedang terbaring.
"Menyesal?"
"Aku tak tahu kenapa kau ni jahil sangat.Kenapa eh?Hidup kau ni sebenarnya untuk apa?Untuk awek ke?"
"Apa kau mengarut!"
Harith terus mengambil kembali parang yang berada di sisi Harith yang kaku tadi dan menyambung bicaranya.
"Kejap,mungkin dengan cara ni dapat mengajar kau sikit kot."
"Kenapa kau guna kaki kau ni untuk pergi ke tempat-tempat yang haram!" Pekik Harith sambil menetak kaki Harith yang terbaring.
"Arghhh,sakitlah bodoh!Kau buat apa haa!"
Dia mengerang kesakitan.Harith merasakan kedua-dua pergelangan kakinya sudahpun terputus dari tubuh.
"Kenapa kau guna jari jemari kau ni untuk menulis benda-benda yang lagha!" Dia menetak pula jari-jemari Harith sehingga kesemuanya terputus.
"Arghhhh!"
Harith melihat sendiri jari jemari di kedua-dua belah tangannya ditetak dan terputus.Dia cuba untuk melawan namun itu semua adalah mustahil.Kemungkinan peluangnya untuk hidup amatlah tipis dalam keadaannya yang begini
"Kenapa hati kau ni langsung tak ada ruang untuk Allah sedangkan itu adalah Tuhanmu!" Dia menetak pula bahagian dada dan perut Harith.
"Cu..cukup!"
Kini,mata parang tersebut betul-betul berada di lehernya.Lelaki yang berpakaian serba putih dan berkopiah yang wajahnya amatlah serupa dengan Harith tadi berdialog dengan nada yang lemah seakan-akan berbisik.
"Dan,buat apa kau hidup kalau kau asyik buat dosa je.La,La Taqrabuz Zina Harith.Allahu Akbar."
Akhirnya dia tersedar dari mimpinya.Seperti sebelum ini,kesakitan itu masih lagi dirasai meskipun itu hanyalah sekadar mimpi.
"Astaghfirullah,astaghfirullah.
Berpeluh.Dia termenung buat seketika.Cuba memikirkan semula adegan yang terjadi sebentar tadi.Cuba untuk muhasabah dirinya.Mengenangkan kembali dosa-dosa yang telah dia lakukan.Setelah sekian lama,
"Ya Allah,sesungguhnya aku berdosa.Aku berdosa."
Air mata yang ditunggu-tunggu kini berkunjung tiba.Membasahi pipinya.Sudah lama dia tidak mengalami perasaan sedemikian.Sungguh,sebaik-baik tangisan adalah tangisan taubat.Ya,tangisan kepada Tuhan Yang Maha Esa.Harith merasakan dirinya seolah-olah tidak berguna.Dia amat menyesali dengan perbuatannya.Mujur dia kembali semula ke pangkuan jalan sebelum terjatuh jauh ke lembah kegelapan.
Harith mengesat air matanya.Kakinya menapak ke bilik mandi.Dia mengambil wudu' dengan penuh teliti sambil air matanya tetap jatuh tak henti-henti.Dihamparkan sejadahnya menghadap kiblat lalu dia berdiri tegak dan mendirikan solat.
"Ya Allah,kau terimalah taubatku.Terimalah taubatku.Terimalah taubatku hamba yang kerdil ini.Sesungguhnya aku adalah manusia yang lemah.Aku lalai Ya Allah.Ampunkanlah aku." Harith teresak-esak meminta pengampunan dari Yang Satu.
*****
"Bro,aku tak sangka dia boleh tinggalkan aku macam tu je." Iskandar meluahkan perasaannya kepada Harith.
"Lima bulan bro.Lima bulan dia couple dengan aku.Hari ni pula,dia text aku minta putus.Tak cukup dengan tu,dia share gambar dia dengan Amsyar.Siap pegang tangan pula tu.Dia cakap tu boyfriend baru dia."
"Is,dunia ni ada macam-macam manusia.Ada yang setia,ada yang curang,ada yang ikut arahan dan ada yang ingkar." Balas Harith.
"Ingkar,makud kau?"
"Dunia sekarang ni asyik bangga dengan boyfriend,girlfriend,ex and crush.Sedangkan kita tahu itu semua tak berkekalan.Tengoklah macam kita.Sibuk cari girlfriend,nak couple,nakkan perhatian and nakkan kasih sayang tapi kita lupa yang dekat atas tu.Dia sebenarnya lebih sayangkan kita daripada kita sayangkan gf or bf.Huh,bodohnya aku."
"Kau okay tak ni?Macam demam je?"
"Aku okay,cuma aku sekarang ni dah sedar.Alhamdulillah,Allah dah bagi aku hidayah.Pengalaman ni banyak mengajar aku."
"Perempuan selalu cakap kita buaya,tak ada hati dan perasaan tapi bila ada pula lelaki yang setia,dia pula buat kita macam anak patung."
"Sebenarnya bukan diorang buat kita macam anak patung tapi kita sendiri pilih jalan ni.Sedangkan kita tahu yang semua benda ni dosa dan dilarang tapi kenapa kita buat juga?"
"Tapi kenapa dia tinggalkan aku camtu je.Ingat aku ni tak ada hati?Tak ada perasaaan?"
"Aku rasa Allah pun dah bagi hidayah dekat kau.Cuba kau fikir,kenapa Allah putuskan hubungan kau dengan dia?Sebab Allah nak kau kembali padaNya.Taubat,itulah jalan yang terbaik.Tapi,budak zaman sekarang ni kalau dah crush dia cari lain.Sesungguhnya mereka adalah dalam golongan orang-orang yang ingkar dan kufur.Allah dah bagi peluang tapi mereka sendiri yang mempersia-siakan."
"Kita kejar cinta manusia tapi cinta Illahi dicampak entah kemana." Sambung Harith
Tanpa disedari,sejak dari pertemuan itu hubungan mereka semakin akrab.Kini hubungan mereka tidak lagi dicemari dengan unsur-unsur dosa yang boleh membawa mereka ke lembah kegelapan akan tetapi lebih kepada menjalankan lebih aktiviti-aktiviti dakwah dan tarbiah di sekolah mereka.Meskipun sedikit gentar,aktiviti tegur-menegur itu adalah perkara biasa bagi mereka.Saling ingat-mengingati antara sesama umat Islam merupakan tunjang asasnya pembangunan ummah.Mereka mengerti,remaja zaman kini perlu ditarbiahkan agar menjadi seorang Muslim yang sanggup berkorban jiwa dan raga serta berani demi menegakkan panji kebenaran.
"Aku rasa baik tak payah kau tegur si Amsyar tu.Nanti jadi apa-apa susah!" Larang Iskandar.
"Tapi bro kau dah lupa ke,jikalau kita melihat kemungkaran di hadapan mata mula-mula sekali kena cegah dengan kuasa kita.Kita bukan pengawas,kita budak biasa.Jadi kita tegur mereka dengan menggunakan lidah kita!Percakapan kita.Bukankah benda ni yang selalu kita buat sejak satu bulan lepas?Banyak pasangan yang terima dakwah kita.Kenapa nak biarkan pula Amsyar?"
"Kau tahu kan dia tu kaki pukul."
"Kalau aku mati kena belasah pun aku mati syahid Is.Kau nak ke dekat akhirat nanti Allah tanya apa yang kau buat untuk selamatkan ummah dan kau just senyap je.Tak rasa ke diri tu berdosa?"
Iskandar membisu.Sebenarnya kisah silamnya masih lagi menghantui dirinya untuk mendekat dengan Claire.
"Last aku cakap dekat kau Rith,better biar je diorang tu.Biar diorang masuk neraka sama-sama."
"What?Mana iman kau?Kau nak tengok je diorang buat dosa?Tak nak usaha nak ubahkan diorang ke?Sebenarnya kau nak diorang masuk neraka ke ataupun kau yang nak masuk neraka atas asbab kebisuan kau!"
Kata-kata Harith terus menusuk ke dalam hati Iskandar.Sentap.Dia mula merasakan ada yang tidak kena terhadap dirinya.
"Kalau kau tak nak pergi,biar aku yang pergi!" Balas Harith lalu meninggalkan rakan seperjuangannya itu.
Harith menapak dengan berani menuju ke kelas sebelah.Sempat juga dia melepaskan satu keluhan yang panjang.
"Ya Allah,kau kuatkanlah aku."
Dia pun melangkah masuk ke kelas sebelah.
"Eh Ilmi,kau buat apa dekat sini?" Soal Harith tatkala kedua-dua mereka memasuki kelas pada waktu yang sama.
"Aku dengar cerita dari budak kelas bawah ada kes peluk-memeluk dekat sini.Betul ke?"
"Kau tengoklah sana." Harith menudingkan jari telunjuknya ke arah pasangan 'kekasih' yang berpelukan itu.
"Sabar Rith,sabar.Aku tahu hati kau dah berapi." Ilmi cuba menenangkan Harith.Tahu benar akan perasaan lelaki itu meskipun berbeza kelas.Berkat usaha dan tarbiah dari Harith dan Iskandar lah dia kini sedar akan kesilapannya dan berpisah dengan teman lelakinya sebelum ini.
"Cegah dengan tangan,cegah dengan lisan dan cegah dengan hati.Sesungguhnya cegah dengan hati adalah selemah-lemah iman." Terang Harith.Ilmi pula berasa kagum dengan pendirian Harith.Tidak pernah dia berjumpa dengan lelaki yang berperwatakan seperti Harith.Kebanyakan yang dijumpai olehnya adalah jenis lelaki miang.
"Assalamualaikum bro,sorry lah.Aku nak cakap sikit boleh tak?"
"Ha,cakaplah."
Lantas Harith menarik tangan Amsyar ke arah sudut kelas.
"Amsyar,awak nak pergi mana?" Soal Claire.
"Kejap,abang ada problem parlimen nak kena settle kan." Gurau Amsyar.
Selepas memastikan hanya mereka berdua sahaja yang berada di sudut kelas itu dan jauh dari rakan-rakan yang lain,Harith memulakan bicaranya.Inilah gaya dakwahnya.Tidak mahu dia menegur sesorang itu secara terus-menerus.Mungkin juga ia akan mendatangkan perasaan tidak selesa atau malu kepada mereka.
"Sorry lah aku cakap.Aku rasa tak best lah kau berpeluk-peluk dekat sekolah ni."
"Kenapa?Jealous?"
"Taklah brother,cuma tak manis lah kau buat macam tu.Lagi pun korang belum ada ikatan yang sah lagi.Haram.Nanti apa pula orang lain cakap.Mak ayah kau juga nak malu."
"Kau pasal nak ambil tahu pasal aku?" Tengking Amsyar.
"Tak ada lah bro.Kita sama-sama Islam.Jadi..."
"Jadi apa?Nak jaga tepi kain orang?Tak payahlah!"
"Bro,dengar dulu."
"Kebushhh!" Satu tumbukan padu dari Amsyar mengenai tepat ke muka Harith sehingga membuatkan gigi taringnya tercabut.
"Woi,sebelum kau tegur aku,kau cermin dir kau sendiri!Kau ingat kau siapa?Ustaz?Syeikh?Cikgu pun takut nak tegur aku.Puihh!" Satu ludahan dilepaskan oleh Amsyar ke arah Harith.
"Kau dah kenapa dowh?" Melihat keadaan yang semakin tegang.Akhirnya Iskandar campur tangan.Geram di hatinya selepas melihat insiden tadi.Dia menolak tubuh Amsyar sehingga mengakibatkan tubuh Amsyar jatuh ke lantai.
"Kau okay tak Harith?"
Harith tidak membalas.Tangannya gatal mengurut-urut mulutnya yang mengalami perndarahan akibat giginya yang patah tadi.Kepalanya pusing.Pening lalat dirinya selepas menerima tumbukan padu dari Sulaiman.
"Kau dah kenapa?Gila dah ke?"
"Hei,kau cakap dekat member kau tu jangan jaga tepi kain orang!"
"Apa masalah dia?Dia nak tegur kau sebagai seorang kawan!Sebagai seorang yang beragama Islam!Ke kau tak ada agama?" Sinis dari Iskandar.
"Hahaha,kau jaga mulut kau sikitlah.Tinggi mana ilmu kau nak tegur aku?Jangan-jangan Alif,Ba,Ta pun tak pandai baca!"
"Ilmu aku memang tak tinggi bro,tapi aku ada niat nak berdakwah.Kau tak takut dosa pahala ke?Kau tak takut neraka?"
"Neraka?Syurga?Kau tak payah cerita tu semua lah.Apa nak takut,kubur masing-masing.Aku tahu,kau sebenarnya cemburu kan hubungan aku dengan Claire.Aku tahulah kau tak boleh move on lagi."
Seisi kelas pada waktu itu berhenti melakukan segala kerja mereka.Mata mereka tertumpu kepada Iskandar dan Sulaiman yang sedang bertikam lidah.Tidak berani untuk mereka meleraikan pergaduhan tersebut kerana mereka berdua boleh dikatakan 'abang long' di blok itu.Retak menanti belah.Ada juga yang mahu meleraikan namun mereka gentar.Ada yang tidak sabar menanti babak bertepuk bertampar dan ada juga yang berlari melaporkan kepada guru bertugas.
"Sorry lah.Aku punya style bukan macam betina ni.Yang aku utamakan adalah maruah!Muka cantik tapi maruah tergadai.Apa guna?Apa guna?"
"Ewah kau,sedap hati je kau cakap macam tu ehh?Ni crush kau tau.Nak aku bagi tahu mak bapak kau ke?"
"And nak aku bagi tahu parents kau ke apa yang kau buat dekat sekolah?"
"Heh,tak payahlah kau acah-acah alim dekat sini!"
"Habistu kau pula,nak bajet jahil?" Balas Iskandar.Ingin merentap ego Amsyar yang sedang membara.
"Kau jangan main-main aku.Aku tak nak gaduh.Aku takut kau koyak je."
Amsyar berpaling.Malas untuk melayan situasi tersebut.Dia berasa puas tatkala bibir Iskandar tidak lagi mampu berbicara.Baginya,dia adalah pemenang bagi adegan bertikam-lidah tersebut.Namun...
"Meh lah sini.Kita fight.Tengok siapa yang tumbang."
Egonya tercalar.Panas hatinya tatkala setiap kata-katanya dibalas tenang oleh Iskandar.Saat itu,mudahlah syaitan meniup api ego yang sememangnya sedang marak ketika itu.Geram.Amsyar terus cuba untuk menumbuk perut Iskandar.Dengan sepantas kilat,Iskandar mengelak.Sudah diagak oleh Iskandar akan apa yang bakal terjadi.
"Iskandar,stop!" Arah Harith namun tidak dihiraukan oleh Iskandar.
Adegan tumbuk-menumbuk itu berlangsung sehingga beberapa minit.Setelah sekian lama,kelibat guru bertugas masih lagi tidak kelihatan.Saat itu Amsyar telah menunjukkan tanda-tanda keletihan.Melihat peluang terhidang dihadapan mata,Iskandar terus menyepak bahagian belakang lutut Amsyar sehingga membuatkan Sulaiman terjatuh duduk melutut.
"Urghhhh!Pfffff!" Tendangan gunting yang dilakukan oleh Iskandar membuatkan pipi Amsyar bengkak.Sebatang giginya juga patah dan tersembur dari mulutnya yang mengeluarkan darah.Pandangannya menjadi kabur dan otaknya seakan-akan bergegar.Kepalanya pusing dan matanya berkemayau.Tidak dapat dilihat dengan jelas keadaan sekelilingnya.Tubuh Sulaiman akhirnya rebah.Melihat teman lelakinya sudah tidak sedarkan diri,Claire cuba untuk mengangkat kakinya daripada situasi yang tegang tersebut.
"Woi perempuan,kau jangan nak lari!Ikut aku pergi bilik Cikgu Ahmad." Arah Iskandar.
*****
"Mana pergi pengawas sekolah?" Melihat muka Cikgu Ahmad yang merah-padam membuatkan Harith,Iskandar dan Claire menggigil ketakutan apatah lagi dengan Fairuz,seorang pengawas sekolah tingkatan empat yang diamanahkan untuk bertugas di blok tersebut.
"Sa..saya pergi.."
"Aku amanahkan kau untuk jaga dekat sini kau pergi mana?" Suara Cikgu Ahmad lantang kedengaran sehingga ke aras bawah.
"Saya ke tandas cikgu."
"Hmphh." Perhatiannya terus dialihkan ke arah dua orang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan yang berada di hadapannya.Setelah mendengar penjelasan dari ketiga-tiga orang remaja tersebut,akhirnya Cikgu Ahmad membuat keputusan.
"Harith,saya tahu niat awak.Sebagai seorang yang beragama Islam,ya memang patut mencegah kemungkaran di depan mata kita dan dengan adanya orang seperti kamu akhirnya dapat membantu pihak sekolah dalam mengurangkan kes-kes macam ni."
"Tapi awak Iskandar,niat nak tolong kawan dah bagus.Sayangnya kamu buat perkara ni dengan cara yang salah.Sebenarnya tak perlu pun pergaduhan,cukup lapor kepada saya sahaja ataupun guru-guru bertugas yang lain.Nak lagi senang,report je dekat ustaz and ustazah.Ni kamu sampai bertumbuk bagai.Nasib baik tak ada apa-apa kecederaan teruk yang dialami oleh Amsyar.Kalau tak maybe awak kena sumbat dalam juvana lah." Sambungnya lagi.
"Awak pula Claire,perkara ini saya akan laporkan kepada ibu dan bapa serta kamu akan mendapat sesi kaunseling."
Ketiga-tiga mereka hanya mengunci mulut.Mendengar sahaja celoteh yang keluar dari mulut Cikgu Ahmad.
"Iskandar,disebabkan saya tak mahu melibatkan kes ini dengan pihak polis,saya akan gantung kamu dari sekolah selama dua bulan.Faham?"
"Tapi cikgu,Is..." Harith mencelah.
"Ya,saya tahu.Saya pun sebenarnya berat untuk buat keputusan ni but Iskandar dah buat kesalahan,jadi dia patut terima balasannya.Ini pun saya telah berbincang terlebih dahulu dengan ibu bapa Amsyar untuk mengurangkan hukuman.Mujur mereka tidak mahu melanjutkan kes ini ke balai polis."
Kesemua mereka senyap.Langsung tidak berkata-kata.
"Baik cikgu,saya terima." Balas Iskandar,pendek.
Hari bersilih minggu,minggu bersilih bulan,bulan bersilih tahun.Sang rembulan menghilangkan dirinya,memberi ruang dan peluang mentari menyinari dunia.Lima tahun sudah berlalu,terasa rindu yang amat di dalam kalbu.Begitu indah aturan Yang Satu,dua jiwa yang terikat akhirnya bertemu.
"Kau..kau Harith kan?Harith Hakim?"
"Ya,ni saya Harith Hakim.Eh,Is..."
"Iskandar Roslan.Allahu Akbar!Lama gila tak jumpa kau dowh!Rindu,rindu sangat-sangat." Rintih Iskandar.Saat itu air matanya yang bergelinangan jatuh ke atas bahu Harith.
"Kenapa?Kenapa kau blah macam tu je Harith?"
"Kau tak faham dowh hati aku."
"Ceritalah,aku nak dengar juga." Disebabkan perasaan rindu yang amat,pelukan tidak lagi dilepaskan..
Harith akhirnya meleraikan pelukan tersebut.
"Kau pergilah order air dulu.Aku belanja." Kata Harith.Kebetulan pula mereka bertemu di kafeteria Universiti Malaya.
Sambil mengesat-ngesat air matanya,Iskandar memulakan bicara.
"Kau pergi mana dowh?Aku naik sekolah je Qistina cakap kau pindah.Aku text kau tak balas."
"Aku tak tahan.Sejak daripada kejadian tu,banyak yang pulaukan aku.Banyak orang tak suka aku.Aku sorang-sorang je yang hadap,mana aku nak tahan?Boleh nak dikatakan,dari hari kau kena gantung tu sampai lah hari terakhir dekat sekolah aku tak cakap sesiapa kecuali cikgu je."
Iskandar diam dan mendalami setiap perasaan Harith.Sudah dihadami mentaliti sahabatnya yang begitu lemah.
"But Harith.." Iskandar memulakan semula perbualan setelah beberapa saat membisu.
"Yeah."
"Actually dia juga dapat sini."
"Aku tahu."
"What?Macam mana kau tahu?"
"Dia sama fakulti dengan aku dowh."
"Kau ambil apa?"
"Law."
Buku lama yang disangka telah ditutup olehnya tiba-tiba sahaja terbuka kembali selepas menyedari kehadiran Sang Penduka Hati.
"Dah lah jom minum.Sejuk kang tak sodap pula." Jemput Harith kepada Iskandar setelah sekian lama minuman itu hanya terletak di atas meja kerana terlalu rancak berbual.
Hampir dua jam mereka duduk 'melepak' di kafeteria tersebut.Saling bertanya-khabar dan kehidupan mereka selepas mereka berdua berpisah.Itulah sahabat.Meskipun diberi masa dua puluh empat jam sekalipun untuk meluangkan masa bersama-sama masih lagi tidak mencukupi.
"Nah,ini untuk kau Harith." Tiba-tiba datang pula seorang wanita berpakaian belang hitam dan putih mendekati mereka berdua.
"Wah,baru sebulan kau dekat sini dah ada yang peminat ehh?Mantaplah Harith,hahaha!" Iskandar membalas selepas melihat wanita tadi memberikan sebuah buku nota yang berwarna biru kepada Harith.
"Ha,okay.Thank you." Balas Harith kepada wanita tersebut.
Usai sahaja wanita tersebut meninggalkan mereka berdua,Iskandar lantas memulakan cerita.
"Perempuan tu ke yang syok dekat kau?"
"Ceh,apa yang kau cakap ni?Dia kawan aku lah.Farhana."
"Lah,kawan rupanya.Kejap,kenapa dia bagi buku dekat kau?Cantik dowh warna dia.Biru-biru gitu." Kata Iskandar sambil membelek-belek buku yang berwarna biru laut tersebut.
"Sebenarnya bukan dia yang bagi buku tu."
"Habis tu siapa?"
Dibiarkan pertanyaan Iskandar tergantung begitu sahaja.Dia menggapai semula buku tersebut dari tangan Iskandar lalu memasukkannya ke dalam beg galas.Secara automatik,Harith menukar topik perbualan.
*****
"Harith,tunggu!"
Tidak dihiraukan suara tersebut olehnya.Dia terus melangkah keluar dari dewan kuliah dalam keadaan yang tergesa-gesa.Semahunya dia tidak lagi berminat untuk berdialog dengan Izzati apatah lagi bertentang mata dengannya.Teringat setiap peristiwa-peristiwa dan cacian yang dilemparkan oleh Izzati kepada dirinya.Harith juga sedaya-upaya mahu menjaga ikhtilatnya.Tidak mahu lagi dia jatuh ke dalam sungai dosa.Cukuplah pengalaman mengajar dirinya.
"Wait Harith,wait!"
"What do you want from me?" Akhirnya Harith berpaling.Geram rasanya tatkala Izzati menyeru namanya berkali-kali.
"Harith,aku betul-betul nak minta maaf apa yang aku dah buat dekat kau.Yeah,I'm really really sorry."
"Sorry?Everyone can say sorry."
"A..aku suka kau Harith.Aku cintakan kau."
"Hei,kalau perempuan yang ada maruah.Tidak akan semudah itu untuk melafazkan perkataan 'cinta' or 'suka'."
"Tapi aku betul-betul suka kan kau Harith.Sejak kau pindah tu,hati aku tiba-tiba je rindu dekat kau.Dengan takdir Allah,kita jumpa balik dekat sini.Maybe kita memang ada jodoh."
"Jodoh?Cinta?Tu ke yang kau kejar ha!" Harith bersuara sederhana.Tidak mahu dia meninggikan suara terhadap golongan Hawa itu.
Izzati tertunduk senyap.
"Cinta Allah pun tak tahu lah kau dah dapat ke belum ni kau nak kejar cinta manusia?Apa kebodohlah punya manusia ni?"
"I'm so sorry for what I did to you all of this time.Cursing at you,underestimate on you and not appreciating your feelings."
"Appreciate?Only now do you want to talk about appreciate?""
"Hey,if you want to know.I'm was very stupid before.I'm sacrifice my time to think about you.Padahal banyak lagi benda berfaedah boleh aku buat,boleh aku fikir.Belajar apa semua.I'm sacrifice all my heart and my feelings for you selama bertahun-tahun.Aku tahan and time aku nak luahkan kau boleh musnahkan dalam masa lima saat je!Tu yang kau appriciate ke?"
"Kau ulang balik apa yang kau cakap dulu?I want to hear.Now!" Sambung Harith meneruskan dialognya.
Izzati terketar-ketar.Buat pertama kalinya dia melihat muka Harith yang merah-padam.Tidak pernah dia melihat Harith berperwatakan sedemikian.Harith yang selalu dikenali olehnya adalah seorang yang ceria dan pemalu.Kini,sifatnya berubah tiga ratus enam puluh darjah dari apa yang dikenali olehnya sehingga hatinya pula terpaut oleh jejaka tampan itu.
"Stupid and disgusting,right?But now,who.Who standing in front of you now?Who?"
"I'm so regret,Harith.I know it's hard for you to forgive me.Takkan tak ada sedikit pun ruang dalam hati kau untuk aku."
"Sorry lah,seorang wanita yang bernama Nur Izzati binti Ramzan memang tak ada dan takkan wujud serta tertulis lagi dalam kamus hidup aku buat selama-lamanya!Selama-lamanya!"
Air matanya jatuh berguguran.Menyesal Izzati kerana telah mempermainkan perasaan Harith suatu ketika dahulu.
"I think the letter was just only a joke Harith.I really don't know that you have keep your feelings close to me."
"Buat apa nak mempermainkan hati dan perasaan?Aku bukan macam kau!"
Serta-merta Harith menapak meninggalkan Izzati keseorangan.Nasib baik,tempat yang menyaksikan perbualan mereka berdua itu tidak dipenuhi oleh ramai mahasiswa dan mahasiswi yang kebanyakannya sudah bergerak menuju ke kolej kediaman masing-masing.Dua puluh langkah di hadapan,Harith berpatah balik menuju ke Izzati.Tidak terlalu mengharap,namun Izzati kembali tersenyum melihat Harith mendekatinya.Dia mengesat air matanya.Sementara Harith pula sibuk mencari-cari barang yang berada di dalam begnya.
"Jangan ingat aku ni bodoh lagi tau." Amaran Harith sambil tangannya masih lagi sibuk mencari di dalam beg galas yang berwarna hitam tersebut.
Izzati berdiri.Melihat apa sebenarnya yang dilakukan oleh Harith.
"Ni buku kau,warna biru and so beatiful.But,dia langsung tak berguna untuk aku!" Kata Harith lalu melemparkan buku tersebut ke arah lantai.Izzati terpaku,teringat semula perbuatannya dahulu terhadap Harith.
"Ini pula pen biru yang kau bagi aku kan?Macam yang kau tengok,aku langsung tak guna lagi pen ni.Buka dia punya ink pun tak pernah.So,ini aku bagi kau balik la ye." Pen tersebut juga turut menjadi mangsa lemparan Harith.Sebenarnya Harith sengaja memperlakukan sedemikian.Mahu juga Izzati merasakan apa yang pernah dirasainya suatu ketika dahulu.
"And last sekali surat ni.Aku tak tahulah.Ikhlas gila kau tulis surat ni.I really appriciate and sebab tu aku tak koyakkan dulu.Tapi kau kena tahu tau,aku sekarang ni kejar cinta yang atas bukan yang kat depan aku ni." Kata Harith sambil mengoyakkan surat tersebut menjadi cebisan-cebisan kecil.
Setiap cebisan kertas yang dikoyakkan oleh Harith cukup membuatkan Izzati terkenang akan masa lalu.Masih segar di ingatannya apa yang dilakukan suatu ketika dahulu.Saat itu,dengan perasaan yang lega dan berpuas hati,akhirnya Harith meninggalkan wanita yang anggun berpakaian kebaya merah tersebut keseorangan dan terus bergerak ke arah motosikal berkuasa tingginya.
"Vroomm!Vroomm!" Dia memerah minyak motosikalnya sebelum memecut laju meninggalkan pusat pengajiannya.
Sementara itu,Izzati terduduk lemah.Matanya menjadi merah akibat terlalu banyak air mata yang gugur.Dia mengutip satu per satu dan setiap cebisan-cebisan kertas yang telah dikoyakkan oleh Harith.Kakinya menapak perlahan-lahan menuju ke arah buku dan pen yang telah dilemparkan tadi.Sekali lagi,air matanya jatuh bergelinangan.Akhirnya,dia merasai juga apa yang dirasai oleh Harith selama ini.