Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog DuskTillDawn.Pada kali ini,bersama dengan saya dalam segmen Santai.
Nak tanya?Kenapa Santai#2 bukan Santai#1??
Santai#1 telah pun saya wujudkan dalam Kenangan di SK Melaka Pindah.So,kepada para pembaca yang belum membaca Blog saya yang pertama,
https://saidhambali.blogspot.com/2021/02/kenangan-di-sk-melaka-pindah.html
Nah..klik link di atas ye👆👆
Pada Blog Santai kali ini,saya ingin berkongsi pengalaman saya sepanjang saya bersekolah di SMK Seri Pengkalan 2020.
Sebelum aku masuk SMK Seri Pengakalan,aku sebenarnya telah mendapat tawaran daripada 2 sekolah.Iaitu MRSM ALOR GAJAH dan SMKA SULTAN MUHAMMAD.Tetapi,selepas berbincang dengan keluargaku,diatas beberapa asbab,aku dimasukkan di SMK SERI PENGKALAN.
Ada lah juga hati ni kecewa..siapa je tak kecewa kan?dapat tawaran sekolah agama tu..Tapi..aku redha..
KITA YANG MERANCANG,TUHAN YANG MENENTUKAN.
First Day masuk SMK Seri Pengkalan.perghh..
Rupa rupanya best jugak sekolah sini!Banyak kawan kawan dan guru guru.MEMANG GEMPOUK LA KAN?
Aku dimasukkan di kelas RK2.kata cikgu,RK2 ni diwujudkan untuk memberi saingan terhadap RK1..pada mulanya aku tidak bersetuju dengan kedudukan kelas aku..tetapi..setelah sekian lama,baru aku mengetahui..suasana pembelajaran bersama murid murid Cina dan India banyak memberi aku pengalaman baharu.
Aku belajar bahasa Mandarin dan bahasa Tamil..sehingga aku hampir fasih dan akan berkomunikasi menggunakan bahasa mereka..
1.AKADEMIK
Cakap pasal akademik kan?Sebenarnya Kelas RK2 ni lagi tough daripada kelas RK1.Dan kedua dua kelas ini mendominasi kedudukan 10 teratas.So..saingan juga sangat sengit.
Sebut je pasal peperiksaan..aku boleh bagi list pencabar terdekat aku
1.BHAVESHAN RK2
2.DANIEAL RK2
3.PANG JI NEE RK2
4.ILMI RK2
5.GOH YEN YEE RK2
6.AARON ELISHA RK2
7.AIESYA ZAYANIE RK1
8.SERI HIJRAHTUL RK1
9.SITI WARDINA ARIF
10.HARIZ RAMLI ARIF
☝️☝️NAMA NAMA DI ATAS ADALAH PENCABAR TERDEKAT AKU DALAM AKADEMIK.
2.BOLA SEPAK
Semasa aku di SMKSP,aku banyak menghadiri latihan bola sepak pasukan sekolahku.
Enam tahun di SKMP,tidak dapat aku mengetengahkan bakat ku dalam bola sepak kerana keadaan aku yang amat teruk dulu akibat sakit kulit(EXEMA)
So,aku pun nak masuklah first Tournament aku dalam bola sepak.Tapi tak kesampaian kerana aku mengalami kecederaan ketika latihan satu hari sebelum skuad kami bergerak ke Sekolah Sains Muar.Tetapi, jurulatih aku membenarkan aku mengikuti skuad SMKSP ke sana untuk mendedahkan aku tentang suasana tournament BOLASEPAK.Disebabkan PKP,banyak tournament ditangguhkan dan aku berharap aku dapat bermain kembali dalam masa akan datang.
3.CHESS
Selepas berjaya mencatatkan rekod sebagai ranking ke 4 di dalam sukan Catur di SKMP,aku meneruskan minat aku dalam sukan catur ini di SMKSP.Setiap petang,aku akan hadir latihan catur untuk mencari pemain yang akan mewakili SMK SERI PENGKALAN.Walaupun aku berjaya menewaskan Senior aku sendiri,aku masih lagi tidak berjaya untuk melayakkan diri dalam skuad catur SMKSP.
4.SEPAK TAKRAW
Tak banyak sangat aku ceburi dalam sepak takraw ni akibat Pandemik Covid 19.Latihan pun hanya dua tiga kali sahaja.
Kesimpulannya,dalam Bidang sukan,aku masih lagi mencari cari jalan untuk aku berpeluang mengharumkan nama sekolah.Doalah yang terbaik untuk saya ye😔
5.KO-AKADEMIK
Bidang ni adalah bidang yang paling aku suka.Setelah berjaya meraih satu sijil kebangsaan di SKMP.Kini,azam aku untuk meraih lebih banyak lagi sijil peringkat Kebangsaan.
Semasa PKP:
Ustazah Rozita telah mengarahkan aku supaya bersiap sedia untuk pertandingan mimbar daie yang akan aku sertai akan datang.Kali pertama aku menyertai pertandingan ini.Sebelum ini,aku hanya menyertai pertandingan syarahan,bercerita dan mendeklamasi sajak sahaja di SKMP.Kini,aku mahu mencuba sesuatu yang baharu.
Aku berjaya melayakkan diriku keperingkat negeri.Semasa latihan Daie Siber Daerah Alor Gajah di SK LESONG BATU,aku bertemu dengan dua lagi senior aku yang sama sama berjaya melayakkan diri ke pusingan seterusnya,iaitu Daie Azri dan Daie Tajaie.Masing masing dari SMKKK GHAFFAR BABA dan SMK LUBOK CINA.Kami berkongsi idea bersama sama untuk memastikan ALOR GAJAH berjaya mendapatkan Top 3 diperingkat negeri Melaka.
Alhamdulillah..usaha kami tidak sia sia..Daerah Alor Gajah sapu bersih dalam kategori DAIE SIBER LELAKI SM,Dan aku berjaya melayakkan diri aku sekali lagi dalam peringkat kebangsaan.
Hari rakaman Daie Siber Kebangsaan.Aku mengetengahkan tajuk Daie aku iaitu 'Mengejar Puasa Yang Mabrur'.Rakaman itu dilakukan di BTPN MELAKA,dimana tempat SUMMER CAMP aku dan Afiq 3 tahun lepas.Buat kali ke 4 aku menjejakkan kaki di sana.
Rezeki bukan memihak kepadaku.Tuhan hanya mahu memberi pengalaman sahaja kepadaku untuk terus usaha dalam masa akan datang.
6.DRAMA PENDEK
Aku pun menyertai drama juga ye.jangan pandang rendah kemampuan ku dalam lakonan.
Drama pendek yang bertemakan Maal Hijrah ditulis sendiri skripnya dan jalan cerita olehku.Satu kenangan manis buatku dan rakan rakan ku.Walaupun tidak berjaya memenangi pertandingan tersebut.tetapi kami ibaratkan seperti keluarga.
CUBIT PEHA KANAN,PEHA KIRI TERASA JUGA.
6.DAIE AWESOME
Satu lagi pertandingan yang aku join.iaitu Daie Awesome Yang bertemakan. Maal Hijrah juga.
Kali ini,dengan berbekalkan pengalaman yang se'ciput' aku mahu menambah lagi pengalaman ku.
Bak kata pepatah..SIKIT SIKIT LAMA LAMA JADI JADI BUKIT.
Aku berjaya mendapatkan tempat ke 3.Alhamdulillah..pengalamanku bertambah..aku akan usaha sebaik mungkin dalam masa akan datang.
7.SYARAHAN
Pertandingan terakhir aku sertai sebelum PKP melanda semula.
Syarahan yang bertemakan Maulidur rasul.Dengan mengetengahkan tajuk 'Kepimpinan Rasulullah Asas Negara Sejahtera'aku berjaya menyelesaikan rakaman selepas hampir 60 kali cubaan.
Lelah!!
Penat!!
Semua ada!!
Tapi..aku berpuas hati dengan keputusan yang aku perolehi.. Alhamdulillah..
8.KENANGAN BERSAMA RAKAN DAN GURU
Setelah beberapa bulan aku bersekolah di SMKSP.khabar angin mengatakan bahawa rakanku dari SMKA SULTAN MUHAMMAD akan berpindah ke sini.
Dan..
Saat dia tiba di SMKSP..aku rasa macam suasana seperti kali pertama dia masuk kelas 4 Inovatif berlaku kembali🤣
Lawyer buruk kau eh!Lari dari aku masa aku nak jumpa dia kat SMKSP
Lepastu,dia boleh pulak kunci aku dalam bilik Teacher Rosidah..
Kuang ASAM betul!!ASAM PUN TAK KUANG MACAM KAU!!
Cikgu yang paling best di SMKSP.
Semestinya Ustaz Hanafiah😂
WALAUPUN ada kala serius,ada kala main main..tetapi beliau bijak mengatur supaya suasana pembelajaran tidak terlalu serius..HEBAT HEBAT!!!
9.BUAT PERSEMBAHAN DEPAN YB 'PAK WAN
Berderau darah bila cikgu suruh aku buat persembahan Daie Siber Depan Pak Wan..tapi aku berlagak COOL.padahal masa buat persembahan tu..kaki aku dah bergetar dah..nasib baik aku dah ******* awal awal.taknak kejadian 2015 berulang kembali🤣🤣
Sebelum Pak Wan sampai,Geng geng drama pendek aku decorate lah sikit surau tu..nak buat perasmian penambahan surau kan??
Majlis berjalan lancar.. Alhamdulillah..semua sudah selesai..letih dan penat aku waktu itu.Itu adalah kenangan yang takkan aku lupakan.
10.KESIMPULAN
Aku ingin mencipta kenangan aku di sini.Aku ingin mencipta nama dan rekod di SMKSP ini..agar..apabila aku pindah nanti..Nama aku tetap ada di SMKSP
'HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG,MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMA'
SEKIAN,
SAMPAI ILMU DARI HATI,
BIAR INGAT SAMPAI MATI.
ASSALAMUALAIKUM WBT.
Tahniah...cranking no.4 catur ye...mantop...teruskan melakar nama sebagai pemain catur...hehe
BalasPadamHehe.. TERIMA KASIH
Padam