Pagi itu,jalan raya mula diluncuri dengan pelbagai jenis kenderaan.Masing-masing sedang bergerak menuju ke arah hala tuju mereka.Sama ada yang pergi menuntut ilmu,mencari rezeki mahupun mempunyai aktiviti lain yang bermanfaat.Di sebalik kesesakan lalu lintas tersebut,kelihatan dua orang pemuda sedang mengayuh basikal mereka menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jaya
"Alhamdulillah,selamat sampai."
Mereka menongkatkan basikal mereka di garaj berhampiran pintu pagar masuk sekolah dan kemudian mengatur langkah menuju ke kelas masing-masing.Namun...
"Angah,kau tahu tak mana kelas Ariz?"
"Eh,cikgu dah bagi kan kelas kau dekat blok mana?"
"Lupa lah Ngah." Balas Ariz.
"Ceh,nasib baik aku sempat tengok balik tadi kelas kau dekat blok mana masa dekat rumah.Kalau tak belajar lah kau dekat reban ayam itu." Kata Sufian sambil menuding jarinya ke arah reban ayam di kawasan taman sekolah tersebut.Malas mendengar abangnya itu berceloteh,Hariz terus bergerak menuju ke topik perbualan.
"Jadi kelas Ariz dekat blok mana?Yang mana satu?"
"Kau nampak blok tu?Itu namanya blok B.Situ kelas kau.Kau naik tangga lepas tu kelas kau nombor dua dari tangga.Ada faham?"
"Ouh,ye ek?Faham Ngah,faham." Hariz mengangguk.
"Belajar elok-elok." Pesan Sufian sebelum mereka berpisah untuk menuju ke kelas masing-masing.
Hariz terus berjalan ke arah blok yang dimaksudkan.Dia menaiki tangga lalu bergerak menuju ke arah kelas yang diterangkan oleh abangnya sebentar tadi.
"3 Ibnu Khaldun." Bisik hati kecil Hariz sambil mulutnya juga turut mengikuti apa yang diucapkan olehnya.
Dia mengambil tempat di tepi tingkap.Sementara menunggu rakan-rakan baharunya untuk masuk ke dalam kelas,dia menghabiskan masa terluangnya dengan mengulangkaji pelajaran.Setelah berapa ketika,seorang pelajar perempuan masuk ke kelas.Mungkin berasa malu,Hariz tidak mahu mengangkatkan kepalanya untuk melihat pelajar tersebut.Lima minit berikutnya,dua orang pelajar lelaki pula memasuki kelas.Satu per satu.Genap 10 orang!Tiada siapa pun yang berani menegur Hariz.Terkesan dengan situasi tersebut,Hariz cuba bangkit dari mejanya lalu bergerak ke arah sekumpulan pelajar lelaki.
"Assalamualaikum,nama saya Said Hariz bin Said Saufi.Selamat berkenalan." Sapanya sambil tersenyum manis.
"Waalaikumussalam,ouh kau lah Hariz ye?Aku Arif."
"Wah,akhirnya dapat juga berjumpa dengan member baru kita ni.Eh lupa,nama aku Khuzairi and kau boleh panggil aku Khu."
Yang lain juga turut menyapa Hariz dengan sapaan yang mesra.
"Aku Daniel.John Muhammad Daniel.Ayah ku dari England dan ibuku orang Malaysia."
"Weyh,weyh,aku pula hamadi.Ingat tau,H.A.M.A.D.I..Hamadi." Balas Hamadi berseloroh.
"Nama aku Lan.Budak-budak panggil aku Lan Tooodakk." Tiba-tiba sahaja muncul suara dari belakang yang hampir membuatkan Hariz melatah.
"Kau tak payah poyolah Lan!" Jerit Qistina dari belakang yang sedang menyaksikan adegan tersebut.Azlan tersenyum malu.
"Azlan,Muhammad Azlan bin Khairul." Pendek sahaja dari Azlan sambil menghulurkan tangannya untuk berjabat dengan Hariz.
Baru sahaja beberapa minit mereka berkenalan,namun perbualan antara mereka rancak seperti sudah berbulan-bulan bersua muka.Saat itu,barulah Hariz mengetahui bahawa rakan-rakan baharunya adalah seorang yang peramah dan bukannya sombong.Mungkin mereka juga berasa janggal dan malu untuk menegur Hariz terlebih dahulu dan lebih rela menunggu Hariz sendiri menyapa mereka.Tepat pada jam 7:40 pagi,seorang guru wanita berpakaian serba hijau masuk ke dalam kelas.
"Assalamualaikum cikgu."
"Waalaikumussalam warahmatullah.Okay semua boleh duduk ya." Balas guru wanita tersebut.
Setelah memastikan semua pelajar di kelasnya duduk dengan selesa,guru tersebut mula menyusun bicara.
"Baiklah,seperti yang kamu sedia maklum.Kelas kita telah menerima seorang pelajar baharu dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Udang.Jadi,sebelum kita mulakan pelajaran pada hari ini.Saya nak minta pelajar tersebut tampil ke hadapan dan perkenalkan dirinya.
Tanpa berlengah lagi,Hariz terus bangkit kemudian berdiri di hadapan kelas.
"Assalamualaikum,saya Said Hariz bin Said Saufi dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Udang.Boleh panggil saya Hariz.Sekian terima kasih." Pendek sahaja ucapan yang Hariz berikan.Dia meletakkan tangan kanan di dada kirinya kemudian tunduk ke arah rakan-rakan baharunya sebagai tanda hormat.Tatkala dia bangkit dari tunduk hormat,matanya terpaku ke arah seorang pelajar perempuan yang betul-betul berada di hadapannya.Hariz terpaku.Dia buntu.Tepat.Pandangannya tepat menuju ke bebola mata pelajar perempuan tersebut.
"Kenapa Ya Allah?"
Perasaan yang dahulu menghantui dirinya kini menyelubungi hidupnya kembali.Seakan-akan datang menghampiri meskipun tidak dipanggil untuk mendampingi.Dia cuba sedaya upaya untuk mengalihkan pandangannya dari bertentang mata dengan pelajar perempuan tersebut.Akhirnya dia berjaya.
"Kenapa Ya Allah?" Sekali lagi persoalan tersebut melekat di minda Hariz.
"Baiklah Hariz,silakan duduk."
"Nama saya Cikgu Suhaila.Guru kelas 3 Ibnu Khaldun untuk tahun ini." Giliran Cikgu Suhaila pula yang memperkenalkan dirinya.
"Saya juga akan mengajar kamu semua subjek Bahasa Melayu.Dalam subjek ini,sila sediakan sebuah buku tulis panjang dan sebuah buku tulis pendek." Sambung dan arah Cikgu Suhaila.
Semua pelajar sibuk mengeluarkan buku tulis yang diminta oleh Cikgu Suhaila,begitu juga dengan Hariz.Namun di dalam hati Hariz kini dipenuhi dengan perasaan takut.Gemuruh.Segala masalah yang lama kini menghantui dirinya..
"Mengapa Ya Allah?Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati!Mengapa?" Monolog Hariz kegelisahan.
Hariz merupakan seorang anak bongsu kepada keluarga Encik Saufi dan Puan Laila.Dia bukanlah berasal dari keluarga yang senang namun dengan berbekalkan semangat,Hariz merupakan seorang pelajar yang cemerlang ketika dia menuntut ilmu di sekolah lamanya.Hariz mempunyai seorang abang dan seorang kakak.Kakaknya yang sulung,Afiqah kini bekerja sebagai seorang pekerja di sebuah restoran berdekatan dengan rumahnya manakala abangnya,Sufian merupakan seorang pelajar tingkatan empat di sekolah yang sama dengannya.
Mereka bertiga baru sahaja kehilangan ibu dan bapanya akibat kemalangan jalan raya yang mengerikan.Mereka kehilangan tempat bergantung.Hal itu juga merupakan salah satu asbab mengapa Sufian dan Hariz berpindah sekolah.Jarak sekolahnya yang agak jauh dari rumahnya menyebabkan mereka berdua terpaksa menaiki van untuk ke sekolah.Kekangan kewangan akibat ketiadaan ibu dan bapa mereka membuatkan Afiqah yang berusaha mencari rezeki berseorangan tidak mampu untuk membayar duit van setiap bulan.Alternatif lain yang boleh dilakukan hanyalah dengan berhijrah ke tempat baharu yang lebih hampir.Mujur,dua buah basikal buruk peninggalan ayah mereka masih boleh digunakan lagi untuk menjadi pengangkutan utama mereka ke sekolah.
Hidup mereka kini semakin sempit.Memaksa Afiqah untuk bekerja lebih masa untuk mendapatkan wang lebihan.Lewat malam barulah Afiqah pulang ke rumah.Kadang-kadang,Sufian dan Hariz terpaksa menahan rasa lapar sementara menunggu kepulangan kakak sulungnya itu.Tidak pun,mereka akan pergi ke restoran tersebut untuk bertemu dengan kakaknya.Jutaan terima kasih mereka titipkan buat pemilik restoran.Tiap kali mereka singgah ke restoran tersebut,Encik Tan tidak pernah lupa untuk memberikan mereka bertiga makan secara percuma.
"Syukur,Alhamdulillah."
******
"Hey,kau budak baru dekat sini kau jangan nak tunjuk lagak sangat lah!"
"Apa yang aku dah buat?"
"Poyo."
"Kau memang poyo!"Sambung Haidhar.
"Apa yang aku dah buat?Okey kita slow talk." Balas Hariz dengan tenang.
"Kepala bapak kau lah slow talk!" Haidhar meninggikan suaranya.Hariz terdiam seketika.Saat itu mukanya sudah pun merah padam akibat apa yang dilepaskan oleh Haidhar sebentar tadi.Geram.Jikalau bukan disebabkan dia pelajar baharu,sudah lama Haidhar mendapat 'Tamparan Jepun' dari Hariz.Dia sungguh terkesan jika ada orang mempermainkan nama ayah dan ibunya.Sejak dari kehilangan ibu bapa,dia menjadi sungguh sensitif.Marah.Namun Hariz cuba untuk bertenang.
"Kau tak payah lah acah-acah pandai dekat sini!Jawab sana jawab sini.Semua soalan yang cikgu bagi semua kau nak jawab.Poyo!"
"Biarlah dia Dhar,yang kau nak sibuk kenapa?" Daniel mencelah.
"Entah kau ni,aku tengok kau yang lagi poyo!" Azlan menambah.
"Kau diam boleh tak?"
"Kau pun dah terikut dengan budak bodoh ni ke?" Haidhar bengang.Kehadiran budak baharu itu cukup kurang menyenangkannya.Perwatakan budak baru itu yang sering menjawab persoalan cikgu dengan tepat amat menggusarkan dirinya.
Seisi kelas pada waktu itu senyap.Tiada seorang pun yang berani melawan.Daniel,Azlan,Arif,Khu dan Hamadi cuba untuk mempertahankan Hariz namun mereka pula yang dipersalahkan.Ego semakin menebal dalam hati Haidhar.Dia geram.Sungguh geram.Dia menghampiri Hariz.Pada waktu itu,Hariz kekal tenang.
"Bodoh!" Ujar Haidhar sambil menunjal kepala Hariz.Bengang dengan tindakan Haidhar,Arif bangkit lalu mengejar Haidhar untuk menumbuknya.Namun,pergerakannya itu ditahan oleh Khu dan Hamadi.
"Sabar Arif,sabar." Pujuk Khu.
"Ingat kau pandai kau boleh buat macam ni ke Haidhar?Kepandaian kau tu hanyalah kurniaan Allah!Janganlah kau nak bangga sangat!" Marah Arif
Malas untuk melayan.Haidhar hanya tersenyum sinis sebelum kembali ke tempat duduknya.
"Aku tak boleh kalah dengan budak bengap ni!Aku lagi pandai!" Monolog Haidhar.
Selepas peristiwa itu berlaku,Daniel terus bergerak ke arah Hariz.
"Kau okay tak Hariz?"
"Aku okay."
"Jangan kau nak ambil hati dengan apa yang Dhar cakap tadi.Dia cemburu je tu." Pujuk Daniel.
Hariz hanya mengangguk faham.
Haidhar masih lagi tenggelam dalam api amarahnya.Dia merenung sahaja pokok yang diluar kelasnya dengan renungan yang tajam.Masih belum berpuas hati dengan Hariz.
"Sudah,lupakan apa yang berlaku hari ini."
Sedar tidak sedar,sudah lima bulan Hariz bersekolah dalam persekitaran yang baharu.Rakan-rakan yang baharu dan guru-guru yang baharu.Dia berasa sungguh seronok di sini.Meskipun terdapat sedikit konflik dengan Haidhar.Namun,di sebalik keseronokan tersebut,jauh di sudut hatinya dia memendam perasaan yang sukar untuk dilepaskan.Dia sendiri pun keliru adakah perasaan tersebut merupakan perasaan yang normal ataupun tidak baginya.Dilema.Itulah yang sedang dia hadapi kini.Apa yang perlu dia lakukan?Dia sendiri pun tidak mengerti.Sehinggalah dia benar-benar bersedia untuk meluah.Ya,sudah tiba masanya.
"Aku nak cakap sikit tapi ni rahsia kita-kita je." Hariz memulakan topik perbualan dalam nada seakan-akan berbisik.Serius.
"Apa dia?Kau ada problem ke?Share la..kita pun dah macam adik-beradik je ni." Balas Azlan.
"Ni mesti sebab Haidhar kan?" Soal Daniel.
"Tak."
"Habistu?" Tanya Khuzairi.
"Rifqa.Aku tak tahu,aku rasa aku macam..." Berat mulut Hariz untuk menghabiskan ayat tersebut.Daniel,Khuzairi dan Azlan menanti dengan sabar.
"Suka dia."
"Pufffffffff!" Tersembur air kosong yang sedang diteguk oleh Khuzairi.Khuzairi tersedak.Dia menyuruh Azlan untuk menepuk belakangnya.
"Allahumma Solli Ala Muhammad!" Selawat Azlan sebelum menepuk belakang Khuzairi.
Hariz berasa hairan.Mengapa Khuzairi berperwatakan begitu?Adakah lelaki sepertinya tidak layak untuk meyukai seorang perempuan?Daniel tidak menunjukkan sebarang reaksi.
Sementara Khuzairi masih lagi terbatuk-batuk,Daniel mula meyoal Hariz.
"Kenapa kau suka dia?"
"Entah,aku terpandang mata dia.Lepastu,aku tak tahu!Aku tak tahu apa yang tengah aku rasakan sekarang!Kalau boleh aku tak nak jadi macam dulu!Tapi...."
Kisah ini semakin serius.Khuzairi kembali memperbetulkan kedudukannya begitu juga dengan Alias.
"Kenapa?Apa yang dulu?"
"Dekat sekolah lama,aku ada minat seorang perempuan ni.Humaira,nama dia Humaira.Lama aku pendam and akhirnya aku confess.Tapi apa yang dia lakukan dekat aku...." Nada Hariz semakin sugul.Dia tertunduk ke bawah.Azlan,Daniel dan Khuzairi turut mengunci mulut.Menunggu sahaja apa yang hendak disampaikan oleh Hariz.
"Dia cakap aku ni tak sesuai untuk dia.Keluarga dia kaya,aku miskin.Kalau dia couple dengan aku takut nanti kawan-kawan dia yang lain mencemuh dia." Sambung Hariz.
"Jahat,sangat jahat." Balas Daniel.
"Aku pun pernah dekat tempat kau Riz,lagi sakit." Azlan mencelah.Khuzairi dan Daniel mengangguk.Mereka amat mengetahui kisah Azlan.Sungguh perit.Namun,belum tiba masanya lagi untuk Azlan menceritakan kisahnya kepada Hariz.
"Rizqa dah ada orang punya." Khuzairi bersuara.
Hariz tidak terkejut.Meskipun dia baru sahaja mengetahui tentang hal tersebut.
"Kau tau tak siapa?" Soal Khuzairi.Hariz mendiamkan diri.
"Kau perasan tak budak rumah Lekiu yang juara marathon haritu?"
"Perasan."
"Nama dia Fareez.Kelas 3 Ibnu Sina.Dah lama dah dia dengan Rifqa."
Hariz mengangguk faham.Pasrah.Apa lagi yang dia mampu lakukan?Hatinya sudah tertarik dengan Rifqa sejak kali pertama mereka bertentang mata.
"Allah nak lindungi aku daripada mendekati zina.Thanks God." Bisik hati kecilnya meskipun berasa sedikit hampa.
"Janganlah kau nak kejar dia.Nanti kau sendiri susah.Ada orang cemburu." Pesan Daniel.
*****
"Kenapa?"
"Aku tak layak ke?"
"Cuba kau tengok muka sendiri?" Monolog Hariz di hadapan cermin biliknya.
"Muka macam ni ke suka dekat Rifqa?Entah-entah dia pun nanti reject aku."
"Kalau aku confess pun apa gunanya?Dia tetap dengan Fareez.Buat apa nak dekat aku?Fareez lagi goodlooking.Aku?Apa je ada?"
"Fareez?"
"Apa yang kau buat ni salah!" Hariz mengeluh perlahan.
"Dosa Hariz!Dosa!"
"Ingat Allah Hariz!Tak takut ke?Azab Allah?Tak takut ke?" Hariz berdialog sendirian.
"Jangan disebabkan apa yang kau buat dekat dunia,umi and ayah kau terseksa dekat alam kubur tu!"
"Umi,ayah!"
"Rindu."
"Ariz rindu umi dengan ayah.Kenapa tinggalkan Ariz?Kenapa tinggalkan kitorang macam ni sahaja?"
Air matanya mula jatuh berguguran membasahi pipinya.Sungguh,dia amat rindu dengan mak dan ayahnya.Mereka berdualah yang sentiasa memberi semangat kepada Hariz tatkala dia sedih,tatkala Hariz gembira,mereka sentiasa berada di sisi Hariz.Namun segalanya kini sudah hilang.Hilang sekelip mata.Dia merindui belaian ibunya.Dia merindui nasihat bapanya.Apa sahaja yang boleh dia lakukan?Al-Fatihah.
"Rifqa?" Nama perempuan itu kembali menerjah ke akal fikirannya.
"Humaira?"
"Apa yang Humaira buat dekat kau Hariz,takkan kau tak ambil iktibar?"
"Cuba kalau Rifqa pun berperwatakan sedemikian rupa?"
"Tapi tak!"
"Aku tahu dia baik!Dia baik!Dia baik!Aku percaya dia!"
"Senyap!"
Fikiran Hariz mula bercelaru.Sekejap dia memikirkan tentang Rifqa dan Fareez,sekejap dia memikirkan tentang perbuatan Humaira yang amat menghancurkan hatinya suatu ketika dahulu,sekejap dia bermonolog sendirian tentang ibu bapanya.Hariz buntu.Sukar untuk mencari jalan keluar dari terowong yang gelap.Dia takut.Andai dirinya semakin jauh dari landasan yang benar.Tetapi,hatinya sudah terpaut kepada Rifqa.
"Aku kena buang perasaan ni."
"Okay stop!Nevermind!I need to relax,yes relax!"
"Many problems,just want to relax!"
"But about her?Arghh!Forget it!"
"Fake smiling.She smile,me?"
Hariz termenung seketika.
"Woi,kau dah siap ke belum?" Tanya Sufian sambil mengetuk pintu bilik Hariz.
Lamunan Hariz terhenti,dia membalas.
"Dah.Kejap lagi Ariz keluar la!"
"Cepat sikit Riz,akak nak gerak pergi kerja dah ni." Sampuk Afiqah.
"Okay!"
Dia terus menggapai beg galasnya lalu membuka pintu.Selepas bersalaman dengan kakaknya,dia dan Sufian terus mengayuh basikal ke sekolah.
"Nampak tak?Markah aku lagi tinggi daripada kau!"
"Tengok sikit markah kau?Huh!59 je?Lemah!" Hariz hanya mendiamkan diri selepas mendengar apa yang dikatakan oleh Haidhar.
"Ini baru latihan Haidhar!Jangan bongkak sangat!" Pesan Daniel yang duduk bersebelahan dengan Hariz.
"Inilah usaha aku.Tengok,98!Kau?" Bongkak Haidhar sambil menunjukkan kertas jawapannya kepada Daniel.
"Ada aku kesah?" Balas Daniel.Seolah-olah mencabar ego Haidhar.
Haidhar menjeling.
"Ouh,kau kan kawan dengan budak bod..opss..budu.Hahahaha!Sebab tu markah kau pun sama macam dia kan?"
"Okay." Balas Daniel,pendek.Haidhar tidak berpuas hati.Dia terus mengatur langkah untuk kembali ke tempat duduknya.
Hariz meletakkan kepalanya di atas meja.Kecewa mungkin.Meskipun ia sekadar latihan,Hariz mula risau akan prestasinya dalam subjek Bahasa Melayu.
"Aku drop dowh." Keluh Hariz kepada Daniel.
"Ini baru latihan Hariz,jangan serius sangat.Biasalah tu,semua manusia buat silap.Kita kenalah belajar dari kesilapan Riz."
"Aku?Belajar dari kesilapan?" Hariz bermonolog.
"Cuba lagi!Mid-year nak dekat dah ni."
"Aku takutlah Niel."
"Takut apa?"
"Aku takut aku tak dapat buat dengan cemerlang."
"Astaghfirullah."
"Kenapa?" Soal Hariz.
"Percaya diri.Kalau kau dah set dekat minda kau awal-awal kau tak boleh buat,kau rasa kau boleh mara lebih jauh ke?"
Hariz terdiam.
"Ubah mentaliti tu."
Hariz bangun dari kerusinya.
"Kau nak pergi mana tu?"
"Tandas."
"Asyik-asyik tandas,nak lepak dengan jin lah tu." Daniel cuba bergurau.
"Habis tu takkan nak lepak dengan kau pula?"
"Eh,dia ni."
"Bye." Hariz menutup topik perbualan lalu mengatur langkahnya keluar dari kelas.Niatnya bukanlah hendak ke tandas namun cuba untuk mendapatkan sedikit ketenangan di persekitaran kawasan sekolah akibat suasana kelasnya yang hiruk-pikuk disulami dengan gelak tawa rakan-rakannya yang lain.
"Aku kena start study sekarang,kalau tak hancur paper mid-year aku." Bisik hati kecil Hariz.
"Said Hariz!"
Hariz tersentak.Siapa yang memanggil dirinya?Dia menoleh.
"Rifqa?"
Jantungnya berdegup kencang.Gementar.Tangannya disilangkan ke belakang.Cuba untuk berpura-pura tenang.
"Ada apa?" Soal Hariz.
Pelajar perempuan yang bertubuh kecil tersebut menundukkan pandangannya.Hariz dapat melihat dengan jelas wajah Rifqa yang putih kemerah-merahan tersebut.Rifqa cuba untuk menahan rasa malu.
"Kenapa dengan dia ni?Tak pernah-pernah tegur aku direct macam ni."
"Ada apa?" Soal Hariz sekali lagi.
"Aku...a..aku..aku..." Rifqa tergagap-gagap.
"Sorry kalau aku buat kau tak selesa tapi aku just nak cakap aku suka dekat kau."
Cringe.Kenapa perlu berlaku situasi begini?Meskipun dirinya terkejut dengan kata-kata Rifqa,namun dia cuba untuk tenang.
"Dah lah,yang penting kau dah tahu.Aku tak berharap pun dekat kau.Lupakan je lah apa yang terjadi hari ini.Bye."
"Kejap,Rifqa." Halang Hariz.
"Habistu,Fareez?"
Rifqa berlalu pergi tanpa mempedulikan soalan dari Hariz.Dirinya sungguh malu.Entah mengapa dia bertindak sedemikian.Mungkin cuma untuk melepaskan apa yang terpendam dalam hati.Sementara Hariz,hatinya melonjak keriangan selepas menyedari dirinya tidak lagi bertepuk sebelah tangan.
"Dia kena tahu,aku pun suka dekat dia."
Saat itu,bermulalah episod derita yang bakal mengubah corak hidupnya secara drastik.Tanpa disedari,dirinya sedikit demi sedikit tenggelam di dalam lautan dalam yang gelap dan suram.Saat itu,tertutuplah segala ruang-ruang cahaya yang menghiasi dirinya.Tembok keimanan dan taqwa yang dibina sejak sekian lama,sedikit demi sedikit runtuh.Kini,berlakunya runtuhan yang paling besar dalam sejarah hidupnya.Tiada lagi pertahanan maka mudahlah untuk hati ditembusi Syaitan.Sayang,sungguh sayang.
Apa yang kita dapat?Derita atau bahagia?
Dia?
Tertawa sahaja melihat gelagat kita.
"Good luck exam!"
"Awak pun sama!"
Perbualan yang dahulunya hanya menggunakan kata ganti diri 'kau' dan 'aku' kini bertukar 'saya' dan 'awak'.Hubungan antara Rifqa dan Hariz semakin rapat.Namun,tidak pernah sekali pun Hariz berkongsi tentang 'status' nya yang terkini kepada rakan-rakan yang lain.Bimbang mereka pula akan mencemuh perbuatannya itu.
Ya,dia mengerti apa yang dilakukan oleh dirinya itu semuanya dosa.Namun,dia cuba untuk mewujudkan pelbagai alasan untuk menutupi hubungan hina tersebut.
"Ukhwah Islamiyah,apa salahnya?"
Manusia itu sering menzalimi diri mereka sendiri.
*****
"Aaaarghhhhhhhhhh!"
Satu tumbukan dilepaskan tepat ke muka Hariz.
"Apa yang kau buat dekat Rifqa?Cakap!" Herdik Fareez.
"Aku kawan je dengan dia!"
"Kawan kepala otak kau!" Tanpa belas kasihan,Fareez terus menumbuk muka Hariz bertubi-tubi.Lemah,Hariz sudah tidak bermaya.
"Kau tahu kan Rifqa tu aku punya yang kau nak sibuk ape fasal?"
Hariz mengurut-urut kedua-dua belah pipinya.Sakit.Cecair merah pekat keluar meleleh-leleh dari mulutnya.Bibirnya pecah.Uniform sekolahnya juga kini dipenuhi dengan darah.
Cantik?Ya,memang Rifqa merupakan seorang pelajar perempuan yang cantik.Dengan ketinggiannya hampir mencecah 160 cm,berperwatakan ayu dan berbahasa sopan cukup membuatkan Hariz tertarik dengannya.Begitu juga dengan Fareez yang sudah mengenali Rifqa sejak sekian lama.
"Rifqa tu hanya nak dekat aku je!"
"Kau yakin?" Hariz mencabar.
"Yakin?"
"Bukankah kau mengambil kesempatan terhadap kebaikan dia?"
"Apa?Aku?"
"Kau ugut untuk bunuh dia!"
"Aku?"
"Semata-mata nak tutup nafsu kau yang macam binatang!Binatang!"
"Sial,bodoh punya Rifqa!"
Kesabaran Fareez semakin menghilang.Rahsianya dengan Rifqa telahpun bocor.Ikutkan hati,mahu sahaja dia membunuh Hariz.
"Aku bunuh kau Hariz.Aku bunuh kau!" Dia mengeluarkan pisau lipat yang dibawanya sebentar tadi lalu mencuba untuk menikam Hariz.Berbaki dengan kudrat yang ada,Hariz bangkit untuk cuba melawan.
Serangan demi serangan berjaya dielak.Satu sepakan tepat dari Hariz mengenai rusuk Fareez membuatkan dia jatuh tersungkur.Pisau lipat tersebut masih lagi digenggam erat oleh Fareez.Hariz cuba untuk menghampiri tubuh Fareez yang kelihatan lemah.
"Fareez,kita ni..."
"Arghhh!" Fareez meraung kesakitan.
Tindakan drastik oleh Fareez yang cuba menikam Hariz akhirnya mengundang padah.Hariz berjaya menepis tikaman tersebut.Pisau lipat berukuran 15 cm tersebut kini terpacak di bahagian perut kiri. Fareez.
Pisau makan tuan.
"Hariz!"
"Cikgu Safi?"
*****
"Orang kaya!Mereka cuba mengambil kesempatan!Dasar mata duitan!"
"Mana nak cari RM 100,000 dalam masa 3 hari Along?"
Sufian bengang.Permintaan dari keluarga Fareez tidak masuk akal.Sementara,Hariz hanya duduk diam sambil menuam pipinya dengan air batu.
"Cuba Along tanya Uncle Tan." Cadang Sufian.
"Tak!RM 100,000 tu banyak!Takkanlah dia nak tolong kita?" Balas Afiqah.
"Kita pun tak tahu berapa ratus dia rugi setiap kali dia beri kita makan secara percuma."
"Semua ni tak jadi kalau kau buat hal lah Hariz!" Sufian mengherdik.
Marah.Sungguh marah.Segalanya sudah terbongkar.Penerangan dari Cikgu Safi dan pengakuan dari Hariz dan Fareez atas asbab punca pergaduhan menimbulkan nafsu amarah yang dahsyat dalam diri Sufian.Begitu juga dengan Afiqah.Namun,dia tidak mahu menyalahkan adik bongsunya itu 100 peratus kerana perasaan itu lumrah dalam kehidupan manusia.
"Dalam masa tiga hari,kau akan diheret ke mahkamah jikalau RM 100,000 tu tiada dalam tangan mereka!Puaskah kau Riz?"
"Maafkan Ariz." Hariz kelihatan sedih.
"Hariz,apa guna markah PAI tinggi tapi kau sendiri couple?"
Zasss!Kata-kata Sufian terus menusuk ke jiwa Hariz.
"Adakah PAI itu sekadar subjek yang kau belajar di sekolah ataupun tuntutan agama yang perlu kau praktikkan dalam kehidupan seharian?"
Zasss!Sekali lagi kata-kata tajam tersebut membuatkan Hariz terkedu.
"Hariz tak ada apa-apa hubungan dengan dia!" Hariz mula bersuara.
"Kenapa Hariz pula yang perlu dipersalahkan?Fareez tu!Fareez tu yang sebenarnya jahat!Hariz cuma nak tolong Rifqa je!"
"Tapi apa yang Ariz buat ni salah!" Tegur Afiqah
"Apa yang salah?Ariz bukannya couple pun." Dia cuba untuk menegakkan benang yang basah.
"Kau diam Ariz!" Sufian semakin hilang sabar.
"Kenapa?Ariz tahu lah jaga batas agama!Kalau nak dibandingkan dengan Angah!Angah lagi teruk!Lupa ke kes Angah dulu?Nak Ariz ungkit balik ke?" Dia tidak mampu mengawal emosi.Tanpa sedar,dalam diam kata-katanya telahpun menggores hati abangnya itu.
"Hariz!" Pekik Afiqah selepas Hariz mula mengatur langkah keluar dari rumah usang mereka.
Sufian terduduk.Air matanya mengalir.Mengenang kembali kisahnya yang pernah terjerumus dalam kancah zina.Sememangnya dia risau.Risau akan perkara tersebut terjadi kepada adiknya.Oleh itu,dia sedaya-upaya cuba menasihati Hariz.
"Hariz." Kata Sufian,perlahan.
Serta-merta Hariz menyarung seliparnya lalu menaiki basikal buruknya beredar keluar dari rumah pusaka ayahandanya itu.Air matanya juga jatuh berguguran.Sebabnya?Dia sendiri pun tidak mengerti.Keliru.Mana yang hak mana yang batil?
Bimbinglah aku Ya Allah!
*****
Sudah hampir Maghrib,Hariz masih belum pulang ke rumah.Hal ini menyebabkan Sufian terpaksa mencari Hariz di seluruh pelusuk kampung dengan menggunakan basikal yang selalu dibawanya ke sekolah.Tidak dijumpai.Dia lekas pulang ke rumah.
"Ada jumpa dia?" Soal Afiqah,risau.
"Tak."
"Selalunya kalau dia merajuk pun mesti dia balik juga."
"Ya." Sufian mengiyakan kata-kata kakaknya.
"Habistu sekarang?"
"Dekat nak maghrib.Angah dah call dah kawan-kawan angah kalaulah diorang ada nampak Hariz."
"Kalau tak ada juga selepas maghrib ini kita ajak orang kampung untuk cari dia."
"Bagitahu penghulu dahulu." Jelas wajah risau terpampang di muka Afiqah
"Solat dahulu Long.Doa supaya dia selamat."
"Kau pun silap Ngah,kau tak perlu nak herdik dia sebegitu rupa.Slow talk."
Sufian mengangguk faham.Sugul.Menyesali tindakannya terhadap Hariz petang tadi.
"Assalamualaikum Warahmatullah...." Salam kedua dilafazkan oleh Sufian sebagai tanda berakhirnya ibadah Maghrib mereka pada waktu itu.Usai sahaja memberi salam,mereka berdua membaca wirid bersama-sama.Mereka menadah tangan memohon doa kepada Tuhan Yang Esa.Khusyuk.Sufian memejamkan matanya.Cuba menghayati setiap bait lafaz kata yang diucapkan.
"Bantulah kami Ya Allah."
"Aaminn."
Afiqah terus menggapai telefon pintarnya selepas bersalaman dengan Sufian.
"Innalillahi wa inna ilaihi rajiun." Afiqah serta-merta mengalirkan air mata.
"Kenapa Long?" Soal Sufian kebingungan.
"Dia dah tak ada."
"Siapa?" Sufian menyoal.Tidak mahu memikirkan hal yang bukan-bukan.Siapa yang sudah tiada?Hariz?Dia berharap kepada Allah agar kakak sulungnya itu tidak menyebut nama adik kesayangannya.
Afiqah sebak.Air mata Sufian mula mengalir secara perlahan-lahan.
"Siapa?" Soal Sufian sekali lagi.Afiqah tidak menjawab.Dia tidak mampu mengawal emosinya.Sedih sungguh sedih.Hancur.Hatinya kini hancur.Bagai terhempas ke batu.Tidak mampu dia berkata apa-apa.
"Takkanlah dia..."
"Jom pergi surau sekarang."
"Surau kampung?"
"Ya."
Malam itu juga,selepas Isyak jenazah Hariz selamat dikebumikan.Beruntung Hariz kerana jasadnya kini disemadikan bersebelahan dan berdekatan dengan pusara ayahanda dan bondanya yang tercinta.Afiqah masih lagi sebak.Air matanya mustahil untuk kering.Begitu juga dengan Sufian.Namun,selaku satu-satunya anak lelaki,dia perlu kuat.Dia perlu menenangkan kakak sulungnya itu agar tidak terlalu dibuai perasaan.
Berpuluh-puluh penduduk kampung membanjiri kawasan tanah perkuburan pada malam itu.Ramai juga penduduk kampung yang turut membantu dalam proses pengebumian.Alhamdulillah.
"Ya Allah,kuatkanlah hati hamba-Mu ini.Berat sungguh ujian-Mu Ya Allah." Pinta Sufian di dalam hati.
Usai sahaja imam surau membaca bacaan talkin dan Surah Yaasinn.Satu per satu orang kampung yang hadir mula meninggalkan tanah perkuburan.Afiqah tidak berganjak.
"Marilah kak,hari dah lewat ni."
Sufian terpaksa memimpin kakaknya yang sudah lemah tersebut.Hatinya walang.Baru sahaja beberapa bulan lepas dia kehilangan ibu dan bapanya.Hari ini,sekali lagi dia kehilangan seorang lagi permata hatinya.
"Hariz...."
Mereka berjalan perlahan-lahan kembali pulang ke rumah.Di pertengahan jalan....
"Adakah kamu ini ahli keluarga remaja yang meninggal dunia sebentar tadi?Maaf,saya takut saya salah orang" Soal lelaki tersebut.Sudah berumur.Berserban putih dan berjubah.Mereka kenal sungguh lelaki tersebut.Lelaki tua inilah yang membaca talkin terhadap adik mereka tadi.Barangkali inilah imam surau.
"Ya.Ada apa ya pak cik?" Soal Sufian.
"Bolehkah saya hendak bercakap dengan kalian sebentar di surau?"
"Boleh,apa salahnya." Balas Sufian
"Saya tunggu kalian di surau."
Imam tersebut terus memerah minyak motornya menuju ke surau kampung mereka yang terletak tidak jauh dari tapak perkuburan.Sufian dan Afiqah meneruskan langkah mereka secara perlahan-lahan menuju ke surau yang dimaksudkan.
"Saat dia pergi menghadap Illahi,sayalah antara salah seorang yang berada di sisinya." Imam tersebut memulakan topik perbualan.
Afiqah dan Sufian hanya diam.
"Kamu patut bersyukur.Dia meninggalkan dunia ini dalam keadaan yang Husnul-Khotimah."
Wajah Sufian berkerut.Tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh Imam tersebut.
"Bolehkah Imam menceritakan secara terperinci?" Pinta Sufian.Afiqah seperti keadaan sebelum ini,hanya membisu.Diam tidak terkata.
"Sebelum maghrib,dalam jam 7 petang dia datang ke surau ini dalam keadaan yang sebak.Menangis teresak-esak.Dia datang berjumpa dengan saya.Dia bertanya kepada saya,bagaimanakah Allah mampu mengampunkan dosanya yang begitu besar?Saya cuba untuk memahami.Akhirnya,dia berkongsi masalahnya kepada saya."
"Dia menceritakan kepada saya yang dia mempunyai seorang kenalan perempuan yang telah dikenalinya di bangku sekolah.Mereka bercouple dan petang tadi,dia pergi berjumpa dengan perempuan tersebut.Namun sayang,perempuan tersebut cuba 'mengambil kesempatan' terhadap keadaan dirinya.Mujur,dia masih kuat.Imannya masih lagi kukuh.Dia berjaya melawan godaan syaitan.Melawan nafsu.Alhamdulillah."
"Ambil kesempatan?" Soal Afiqah dalam hati.Giliran dirinya pula tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh imam tersebut.Sufian mengangguk faham.Barangkali dia memahami.
"Rifqa?Takkanlah." Afiqah bermonolog.
Imam tersebut terus menyambung kembali ceritanya selepas meneguk beberapa tegukan air kosong.
"Dia menyesali akan perbuatannya.Terlalu mempercayai perempuan.Kebaikan dan keayuan mengaburi sisi gelap perempuan itu.Dia terpedaya.Dia berasa sungguh berdosa.Dia meminta pertolongan saya untuk membimbingnya kembali ke arah yang benar."
"Oh ya,dia juga berasa berdosa terhadap kalian.Kisah yang lebih lanjut tidak pula dia ceritakan kepada saya.Dia mahu pulang ke rumah,meminta maaf kepada kalian namun takut kalian pula akan memarahinya atas setiap perbuatan yang pernah dilakukannya." Terang Imam tersebut panjang-lebar.
Saat itu,air mata mereka berdua jatuh berguguran sekali lagi.
"Tapi,kenapa Imam cakap adik saya meninggal dalam keadaan yang Husnul-Khotimah?Apa kaitannya dengan semua ini?"
"Hampir maghrib.Saya cuba untuk menenangkannya.Saya mengajaknya untuk mengambil wudhu' bersama-sama.Dalam keadaan yang masih lagi sebak,dia mengambil wudhu' dengan teliti.Selepas itu,dia meminta keizinan saya untuk dia melaungkan azan Maghrib.Saya membenarkan.Ketika dirinya sudah tenang,dia mula melaungkan azan.MashaAllah,tidak pernah saya mendengar azan semerdu itu seumur hidup saya.Dan....."
Dialog Imam tersebut terhenti buat sementara waktu.
"Dia rebah sebaik sahaja melafazkan kalimah yang terakhir.Setelah diperiksa,akhirnya bilal kami mengesahkan bahawa dia telahpun meninggal dunia." Imam tersebut menghabiskan dialognya dengan nada yang sayu.
Sementara,air mata mereka berdua tidak putus-putus jatuh membasahi bumi.Pemergian seorang insan yang mulia penuh dengan kisah yang menyayat hati.
"Aku maafkan kau,semoga syurga buat kau Hariz." Doa Sufian.
Waktu itu,setelah dia berjaya menenangkan dirinya.Dia bingkas bangkit lalu menyusun langkahnya ke arah bahagian hadapan surau.Dibukanya suis mikrofon.Setelah semuanya sudah selesai dan dia juga telah bersedia,akhirnya dia menarik nafas yang panjang untuk memulakan laungan suci tersebut.
"Umi,Ayah,Along,Angah...maafkan Hariz..Bismillahirrahmanirrahim." Hati kecilnya berbisik perlahan.