THANKS CAUSE SUPPORT GUYS

Rabu, 14 April 2021

The Last Caliph












Alhamdullillah..

Selesai kita berbuka pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

Selesai sahaja aku menunaikan solat Maghrib dan membaca beberapa helai Kalam Allah SWT,aku terduduk di atas kerusi di rumahku.

"Uhh..senaknya perut aku"

Menyesal aku kerana terlalu mengikut nafsu ketika berbuka tadi.

Teringat kepada amalan Rasulullah SAW.Baginda sentiasa makan dalam keadaan yang sederhana.Kesal!Penuh kesal di dalam hati?

Aku mencapai telefon pintar.Ku buka laman web Chessable untuk aku berlatih catur.Maklumlah,cita cita backup ku adalah untuk menjadi seorang Grandmaster Catur pertama di Malaysia.

Tengah syok aku berlatih,

Tiba-tiba,aku teringat akan laman web blogger aku yang sudah melebihi sebulan bersarang.

Aku kembali ke laman web itu,dan aku memulakan langkah yang baharu.

Dengan penuh semangat..

Aku menaip.....






Assalamualaikum WBT..

Fuhh!!dah berapa lama dah blog ni bersarang?

First time log in balik..Macam macam haiwan ada!

Kini..Kita berada di bulan Ramadhan Al Mubarak..semoga kita dapat keredhaan Allah di bulan yang mulia ini.

"LAMA DAH TIDUR?BARU BANGUN KE?"

Hehehe..

Maaflah..Sejak kebelakangan ini,saya banyak memfokuskan kepada persiapan persekolahan saya dan beberapa pertandingan lain yang Saya sertai..

So..hari ini kita nak bincang pasal apa?

Jangan risau..hari ini kita akan mendalami sejarah hidup seseorang.

Sejak kebelakangan ini,saya banyak mengkaji tentang beliau.

"ASYIK SEJARAH JE KAU NI!TAKDE BENDA LAIN KE?"

Eh!

Sabar sahabat!Sejarah ni bukan biashe biashe..

Non Muslims or Muslims must know this history.

Lagipun sejarah ni menyeronokkan tau!

Acap kali saya share link yt di status Whatsapp tentang tokoh ini.Tak tahulah anda tonton ke tak?😁

Dan tokoh ini juga telah saya jadikan sebagai tajuk utama saya dalam menyiapkan tugasan Sudut Bahasa Inggeris dalam T2RKC.

BAIKLAH..

TOKOH YANG SAYA AKAN BAHAS PADA HARI INI ADALAH...

SULTAN ABDÜLHAMID II.


Potret Sultan Abdülhamid II.


Sultan Abdülhamid II adalah putera kepada Sultan Abdülmecid I yang merupakan Sultan Uthmaniyah yang ke 31.Sultan Abdülhamid memerintah selama 33 tahun lamanya.Bermula dari tahun 1876 hingga 1909.

Sultan Abdülmecid I

Beliau(Abdülhamid)memerintah ketika zaman kejatuhan Empayar Uthmaniyah.

Walaupun situasi Empayar Uthmaniyah ketika itu agak huru hara dengan idea reformasi dari Negara Perancis yang mencabar institusi raja.Mereka mempersoalkan Kuasa Sultan dan menggesa agar sistem pemerintahan diubah kepada Sistem Sultan berpelembagaan.

Namun,setelah 2 tahun Abdülhamid II memerintah,Baginda Sultan mengubah semula sistem tersebut kepada sistem yang lama iaitu Sultan berkuasa mutlak.Tujuan Abdülhamid berbuat sedemikian adalah semata mata mahu mempertahankan Khalifah Islamiyyah daripada dicampuri idea sekular barat.


"Dia mengawasi periode penurunan , dengan pemberontakan (terutama di Balkan ), dan dia memimpin perang yang tidak berjaya dengan Kerajaan Rusia(1877-1878) diikuti dengan perang yang berjaya melawan Kerajaan Yunani pada tahun 1897 . Abdulhamid II memerintah dari 31 Ogos 1876 sehingga penggulingannya sejurus selepas Revolusi Muda Turki 1908 , pada 27 April 1909. Sesuai dengan perjanjian yang dibuat dengan Republik Uthmaniyyah Muda , dia mengemukakan Perlembagaan Uthmaniyyah pertama tahun 1876 pada 23 Disember 1876, [4 ] yang merupakan tanda pemikiran progresif yang menandakan pemerintahan awalnya. Namun, pada tahun 1878, dengan alasan tidak setuju dengan Parlimen , [4] dia menangguhkan kedua-dua perlembagaan jangka pendek dan Parlimen."

-Sumber daripada Wikipedia Abdul Hamid II.

Sehzade Abdülhamid bin Abdülmecid

Jika kita melihat kenyataan di atas.Sultan Abdülhamid II tetap berusaha untuk menjadikan Empayar Uthmaniyah sebagai Empayar yang digeruni semula.Era kebangkitan Islam bertiup kencang ketika zaman pemerintahan Abdülhamid II ini.

Namun,

Disebabkan harta,pangkat dan kuasa semuanya mengubah segalanya.Era kebangkitan Umat Islam yang dinanti nantikan dipadamkan oleh Umat Islam sendiri.

SANGGUP!

SANGGUP mereka menggadai maruah,menggadai kemahsyuran Islam yang dibina Ribuan tahun demi menggapai kepuasan dunia.

Duit?

Harta?

Pangkat?

Wanita?

Penyakit jiwa, HINA disisi Nya

Nauzubillah!


Abdülhamid II semememangnya seorang sultan yang benar benar menitikberatkan hukum hakam Islam dalam pemerintahan beliau.Baginda adalah di antara sultan sultan Uthmaniyah yang dihormati oleh Umat Islam di seluruh dunia.

Beberapa tahun Selepas itu,Revolusi Gerakan Turki Muda bangkit semula dalam usaha mewujudkan semula sistem Sultan berpelembagaan.Sultan Abdülhamid II dipaksa turun Takhta atas beberapa dakwaan palsu yang dikenakan terhadap beliau pada tahun 1909.Muslihat ini bertujuan untuk melantik saudara Baginda,iaitu Mehmed V sebagai sultan Baharu.

Abdülhamid II akhirnya diusir ke Thessaloniki,Greece dan ahli keluarganya dibuang ke bandar bandar besar Eropah.Kejam Dan hina sekali tindakan yang dikenakan ke atas seorang sultan yang disanjungi rakyat dan berpegang teguh dengan ajaran Islam.

Benarlah,Beliau merupakan Khalifah Islam terakhir di atas muka bumi ini.Dua orang sultan selepasnya iaitu Sultan Mehmed V Dan Sultan Mehmed VI adalah sultan boneka semata mata.

Sultan Mehmed V

Sultan Mehmed VI

"Setelah melalui era kegemilangan,Uthmaniyah Kini berada di zaman kejatuhan.Pelbagai asbab kejatuhan Empayar yang bertahan lebih 600 tahun ini.Umat Islam ketika ini diibaratkan sebagai anak anak kapal yang berlayar tanpa nakhodanya.Mampukah kita untuk melahirkan Khalifah Islamiyyah semula?Saya percaya,selagi Ada usaha,InshaAllah..Umat Islam akan mendapat seorang Khalifah semula di muka bumi ini."

Akhirnya,Empayar yang bertahan lebih 600 tahun ini tumbang apabila tewas dalam peperangan dunia pertama.Hasil kerjasama dengan Empayar Jerman,Empayar Austria-Hungary dan Empayar Bulgaria yang membentuk Kuasa Tengah menentang dengan kerjasama Empayar Rusia,Perancis,British,Kanada,Itali dan Amerika Syarikat yang membentuk Pihak Bersekutu.

Tujuan Empayar Uthmaniyah menyertai peperangan ini kerana untuk menentang  Empayar Rusia yang semakin memberi ancaman kepada tanah Empayar Uthmaniyah.

Akhirnya,Tanah Empayar Uthmaniyah diagih agihkan kepada yang menang.

Maka,bangkitlah seorang pemuda yang berjuang dalam Perang Pembebasan Turki.Sosok pemuda yang memain peranan dalam membentuk Republik Turki.Beliau adalah Mustafa Kamal Ataturk.

Mustafa Kamal Ataturk ketika berpakaian Janissary.


Setelah berjaya dalam Perang Pembebasan Turki,Akhirnya..

Turki telah membentuk sebuah negara baharu tetapi misinya bukan untuk membangkitkan Islam,Malah untuk MENGHANCURKAN Islam di bumi Turki.

Era perubahan berlaku.Di saat pemerintahan Mustafa Kamal Ataturk,semuanya telah diubah.

Azan hendaklah dikumandangkan dalam bahasa Turki.

Larangan memakai tudung bagi wanita.

Larangan memakai jubah dan tarbus bagi lelaki.

Sultan Mehmed II pernah berkata:

"Sesiapa yang menukar Hagia Sophia kembali kepada sebuah gereja.Maka dia akan menerima laknat dariku Dan dari Tuhan empunya Hagia Sophia ini"

Akhirnya,laknat itu jatuh ke muka Mustafa Kamal Ataturk.Apabila beliau menukar fungsi Masjid Hagia Sophia kepada sebuah muzium.

Masyaallah!

Sungguh..bukan semua yang lama itu salah dan bukan semua yang baharu itu benar.Angin Sekularisme membadai Turki.Bagaikan taufan yang membadai,menyedut segala isi isi di tanah.

Menurut sumber sejarah,Mustafa Kamal Ataturk adalah seorang Yahudi Donmeh.Iaitu seorang yang berpura pura sebagai seorang Muslim.Tetapi rupa rupanya ada udang di sebalik batu!


Recep Tayyib Erdogan,Presiden Republik Turki ketika ini yang menukarkan semula Hagia Sophia sebagai sebuah masjid baru baru ini.


Sifat Sifat Abdülhamid II sehingga dikatakan sebagai Khalifah terakhir yang diiktiraf ketika ini.

Mengapa Abdülhamid II dikatakan sebagai Khalifah yang terakhir?

Apakah Sifat sifat Abdülhamid II yang tidak diwarisi oleh dua orang sultan yang seterusnya?Kalau anda mahu mengetahui..

Abdülhamid II ini sememangnya adalah seorang sultan yang berjiwa Islam.Baginda juga memiliki beberapa sifat yang menepati ciri ciri seorang Khalifah.


Abdülhamid II seorang yang berani, bijaksana dan mahir dalam merancang strategi.


Video di atas adalah sedutan daripada Drama Payitaht Abdul Hamid II yang popular di kaca tv Turki pada suatu Masa dahulu.

WATAK Abdülhamid II di dalam drama ini dibawa oleb seorang pemuda yang bernama Bülent Inal.Perwatakan yang dibawa oleh Bülent Inal di dalam Siri drama ini cukuo memberikan kesan dengan hasil lakonannya Yang mantap.Beliau bagaikan membawa kita ke zaman Pemerintahan Abdülhamid II.



Di sini,Kita dapat melihat bahawa Sultan Abdülhamid II telahpun membaca strategi lawannya.

Oleh itu,Sultan Abdülhamid II telahpun memerintahkan agar dua orang yang telah dipecat oleh Sultan untuk berkhidmat buat kali yang terakhir.

Rencana Inggeris telahpun diketahui oleh Sultan Abdülhamid II.Disebabkan itu.Dua orang yang ditugaskan Sultan diberi tempoh 4 hari sahaha untuk menyelamatkan orang orang Yahudi di Palestin.

Mengapa Abdülhamid II menyelamatkan orang orang Yahudi sedangkan Abdülhamid II berusaha keras untuk menghalang pendatang Yahudi yang bertapak di situ.

Hal ini semata mata adalah untuk menyelamatkan Islam daripada difitnah!

Masyaallah!

Bersungguh sungguh beliau untuk menegakkan syariat Islam.


Ini adalah satu lagi bukti bahawa Sultan Abdülhamid II adalah seorang Khalifah.

Sifat beliau yang tegas dan langsung tidak terpedaya dengan taktik musuhnya membuatkan Pihak British tercengang cengang untuk mencari jalan menggulingkan Dan melenyapkan Uthmaniyah.

Akhirnya,British pulang dengan tangan kosong.

Dahlah pulang tanpa membawa khabar gembira buat Ratu,

Malah,

Bekas kemerahan di pipi akibat terkena tamparan KHALIFAH ALLAH masih lagi kelihatan.


Sultan yang berjiwa rakyat dan tidak pernah melupakan jasa kepada yang membantu Beliau.

Andaikan bahawa rakan kita membantu Kita untuk menyiapkan apa apa tugasan.Setelah selesai tugasan tersebut,apa yang kita lakukan?

Bagi yang mampu,mereka akan 'payung' sahabat yang membantu mereka dengan membeli juadah berbuka puasa.

Bagi yang tidak Mampu,ucapkan terima kasih pun sudah memadai😁

Inilah jiwa yang tersemat di hati Abdülhamid II.

Merupakan satu penghormatan bagi sekalian Pasha ( menteri ) untuk duduk semeja bersama Sultan.

Saat Sultan Abdülhamid II gering,merekalah yang menjaga kesihatan Sultan.Maka dibalas dengan penghormatan.

Bukan itu sahaja,
Sultan mengajak kedua Dua penasihatnya iaitu Tahsin Pasha dan Mafriyani Pasha berpuasa bersama.

Masyaallah!
Walaupun ketika gering,Sultan Abdülhamid II tetap berpuasa.Walaupun masih belum sihat sepenuhnya,Sultan tetap berkongsi pahala bersama sama para wazirnya.

Untuk pengetahuan anda,
Mengikut sejarah, tambang keretapi dari Istanbul ke Mekah/Madinah berharga 30 pound sahaja. Jika musim haji, ia percuma. Tambang ini di luluskan oleh Sultan Abdul Hamid II (1876-1909)

Subhanallah!
Memang wajarlah beliau digambarkan sebagai Khalifah terakhir.


Sultan Abdülhamid II adalah seorang sultan yang zuhud,sentiasa beribadah kepada ALLAH SWT.


Bagaimanakah ditafsirkan seseorang itu boleh menjadi seorang Khalifah?

Seorang Khalifah adalah seorang yang sentiasa beribadah kepada ALLAH SWT dan tidak melakukan dosa dosa kecil secara berterusan.

Seorang Khalifah memiliki perwatakan yang zuhud Dan merendah diri sesama manusia Dan kepada Tuhan Yang Maha Esa.


Rasa bersalah beliau kepada Rasulullah SAW kerana terlupa untuk berselawat kepada Baginda SAW.

Sehingga mengarahkan pemuda tersebut mengulang kembali apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW dalam mimpinya.

Kalau nak dibandingkan dengan kita,nak berselawat dalam beberapa saat pun payah.

Bila Kita berselawat?saat Kita duduk tahiyat awal Dan akhir dalam solat fardhu sahaja.

Astaghfirullahalazim..

Sesungguhnya Abdülhamid II adalah seorang Sultan yang mangikuti sepenuhnya ajaran Islam.Tetapi,akibat daripada angin Sekularisme di Turki, Abdülhamid II terus dipandang serong.

Sultan berdarah, pemerintahan kuku besi semuanya adalah fitnah semata mata.Khalifah terakhir umat Islam ini perlu terus dikenang sepanjang zaman.

Ataturk disanjung,
Uthmaniyah dipijak,
Sekularisme menggunung,
Ketakwaan dilanyak.

Semoga dengan kisah ini.Sedikit sebanyak mengubah persepsi Kita terhadap Sultan Abdülhamid II.

Al-Fatihah untukmu wahai Sultan Abdülhamid bin Abdülmecid!

1 ulasan:

Budak Baru

Pagi itu,jalan raya mula diluncuri dengan pelbagai jenis kenderaan.Masing-masing sedang bergerak menuju ke arah hala tuju mereka.Sama ada ya...