THANKS CAUSE SUPPORT GUYS

Ahad, 28 Februari 2021

Misteri Sultan Alauddin Riayat Shah

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.Kita bertemu kembali dalam Blog DuskTillDawn.Setelah hampir beberapa minggu saya tidak membuat blog atas beberapa sebab.Bz lah kiranya..Hari ini saya ingin membincangkan tentang Misteri Sultan Alauddin Riayat Shah iaitu Sultan Kesultanan Melayu Melaka yang ke-7.

Sebelum mengulas lebih lanjut lagi tentang Sultan Alauddin Riayat Shah ini,marilah kita menyelami akar pokok terlebih dahulu.

Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh seorang Putera Srivijaya yang memerintah Temasek (Kini Singapura) yang bernama Parameswara.Menurut Sulalatus Salatin, baginda memerintah Kerajaan Temasek dari tahun 1389 hingga tahun 1398,kemudian melarikan diri ke ke muara sungai Bertam pada 1402 setelah diserang oleh tentera laut Majapahit pada tahun 1389.Baginda kemudian membuka Kota Melaka seterusnya menjadi Sultan Pertama Kesultanan Melayu Melaka.



Ilustrasi Wajah Parameswara yang memakai gelaran Sultan Iskandar Shah yakni Sultan Kesultanan Melayu Melaka pertama.



Video di atas menunjukkan bangkit dan jatuhnya Kesultanan Melayu Melaka.Ketika Zaman Parameswara,
Beliau berjaya meluaskan kuasa sehingga Kelang di utara dan Singapura di selatan.Ketika zaman Sultan Muhammad Shah iaitu Sultan Melaka yang ke-3,Empayar Kesultanan Melayu Melaka berjaya menundukkan kuasa Aru dan menakluki Aru.Pada tahun 1444,Sultan Abu Syahid atau Parameswara Dewa Shah mengambil alih tampuk pemerintahan.Mengikut kajian, Parameswara Dewa Shah adalah seorang sultan Melaka yang mengikuti ajaran Hindu bukan Islam seperti Sultan Sultan yang lain.

Kemuncak pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka dicapai pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah(Mamsursa) yakni putera kepada Sultan Muzaffar Shah.


Sultan Muzaffar Shah,ayahanda kepada Sultan Mansur Syah (Mamsursa).


Sultan Mansur Syah,Putera Sultan Muzaffar Syah.Juga merupakan waris takhta Kesultanan Melayu Melaka yang ke-6.


Ketika zaman pemerintahan Sultan Mansor Shah,Empayar Kesultanan Melayu Melaka telah mencapai tahap kemuncak dan terus berkembang sehingga Sultan Melaka yang terakhir iaitu Sultan Mahmud Syah.Sultan Mansor Shah berjaya meluaskan empayar Melaka hingga Terengganu di sebelah utara,Aru di sebelah barat,Riau di sebelah selatan dan Siantan di sebelah timur.



Jika kita tonton video di atas,terlihat Hubungan antara Kesultanan Melayu Melaka dan Empayar Uthmaniyyah.Hubungan ini langsung tak ditunjukkan oleh Sejarah Melayu yang ditulis oleh Tun Sri Lanang dan Sejarah Melayu yang ditulis oleh pihak Barat.Dikatakan,surat yang dihantar oleh Sultan Mansur Syah masih lagi disimpan rapi oleh pihak Turki kepada Sultan Muhammad Al-Fateh.Kedua dua empayar ini saling mengiktiraf antara satu sama lain.Sebelum Uthmaniyah menjadikan Kesultanan Acheh sebagai wakil Islam di Nusantara, Empayar Kesultanan Melayu Melaka telah menjadi wakil Islam di Nusantara dan bertanggungjawab untuk mengembangkan agama Islam.Hubungan antara Kesultanan Melayu Melaka dan Empayar Uthmaniyyah amat erat sekali sehingga dikatakan Puteri kepada Sultan Muhammad Al-Fateh dikahwinkan dengan putera Sulung Tuanku Sultan Mansur Syah yakni Raja Alauddin Syah(Sultan Alauddin Riayat Shah).

Tetapi mengikut pembacaan saya,Sultan Muhammad Al-Fateh hanya mempunyai seorang puteri sahaja yang bernama Gevherhan Hatun.Gevherhan adalah puteri kepada Al-Fateh dan Gulbahar Hatun.


Gulbahar Hatun yang merupakan Isteri Sultan Mehmed II.


Sultan Muhammad Al-Fateh (Mehmed II,Kayser-i-rum) Penakluk Konstantinopel.


Kita sambung cerita mengenai puteri Sultan Muhammad Al-Fateh ini.Pada tahun 1474, Gevherhan mengahwini Ughurlu Muhammad, anak lelaki penguasa Aq Qoyunlu , Uzun Hassan .Ughurlu Muhammad telah memberontak terhadap ayahnya dan meminta perlindungan oleh Uthmaniyyah.Ayahnya menyambutnya dan membawanya berkahwin dengan Gevherhan.

Perkahwinan Gevherhan dengan Ughurlu Muhammad adalah satu-satunya pengecualian, yang benar-benar membuktikan peraturan itu. Ughurlu Muhammad sebagai pengasingan dari tanahnya sendiri dan pengungsi di istana Uthmaniyyah, pangeran Aq Qoyunlu mungkin dianggap semacam anggota tambahan dari keluarga kerajaan Uthmaniyyah.

Mehmed memasang menantu barunya di wilayah perbatasan Sivas dan berjanji untuk membekalkannya dengan senjata dan lelaki, yang dengannya dia akan menyatakan tuntutannya terhadap warisannya pada saat yang tepat. Ughurlu Muhammad terbunuh dalam pemberontakan yang cuba dilakukannya terhadap bapanya pada tahun 1477. 

Dari perkahwinan ini, Göde Ahmed dilahirkan. Kerana kematian ayahnya, Mehmed membawa cucunya ke Istanbul.Ahmed mengahwini puteri pamannya, Sultan Bayezid II , Aynışah Hatun pada tahun 1489.

Persoalannya di sini,siapakah puteri AlFateh yang mengahwini Sultan Alauddin Riayat Shah?

Adakah ada pihak yang cuba merahsiakan hubungan antara kedua dua kerajaan ini?

Ataupun perkara ini hanyalah tokok tambah oleh sesuatu pihak untuk menunjukkan hubungan yang terjalin antara Kesultanan Melayu Melaka dan Empayar Turki Uthmaniyah?

Wallahualam..hanya Allah yang Maha Mengetahui dan perkara ini masih lagi dalam kajian.


Baiklah,sekarang ini kita tinggalkan sebentar isu Sultan Muhammad Al-Fateh dan Kesultanan Melayu Melaka.


Sultan Alauddin Riayat Shah,Sultan Melaka yang ke-7.

Sultan Alauddin Riayat Shah dikenali dengan keberanian dan kebijaksanaan Baginda dalam membanteras jenayah jenyayah di sekitar Kota Melaka,Baginda sanggup mencemar duli dan menyamar sebagai rakyat biasa dan berjaya menundukkan pencuri pencuri dengan bantuan orang orang kanannya iaitu Hang Isap dan Hang Siak.Baginda memiliki banyak musuh sama ada di dalam atau di luar negeri kerana keaktifan Baginda dalam memerintah Melaka.Baginda seorang yang taat setia dengan ajaran Islam.

Wajarlah sekiranya teks Sejarah Melayu melaporkan bahawa"Adapun akan Sultan Alauddin itu terlalu perkasa,(tiada berbagai)pada zaman itu".

Sultan Alauddin Riayat Shah dikatakan begitu misteri kerana terdapat banyak nama nama timangan Sultan Alauddin yang ditulis dalam buku buku sejarah.Ada yang menulis Raja Hussain,Raja Ahmad,Raja Raden,Raden di Kelang,Raden digelang dan Raden Kelang.Nama nama timangan ini membuatkan para pengkaji sukar dan perlukan kajian teliti untuk membuktikan nama nama tersebut merujuk kepada Sultan Alauddin Riayat Shah.

Misteri Sultan Alauddin Riayat Shah tidak terhenti setakat situ sahaja,Para pengkaji sibuk untuk membuktikan siapa sebenarnya Bonda Sultan Alauddin Riayat Shah.Menurut Sejarah Melayu ataupun dikenali sebagai Sulalatus Salatin yang ditulis oleh Tun Sri Lanang berpendapat,Bonda kepada Sultan Alauddin ialah Bendahara Paduka Diraja.Tetapi, terdapat sebuah versi lain yang juga dipercayai yang tertua,tetapi amat pendek bentuknya.Versi ini terdapat di universiti Leiden dengan kod Cod.Or.3199,(3)Bahagian 4.Versi ini menyebutkan bahawa Sultan Alauddin Riayat Shah adalah anakanda hasil daripada perkahwinan Sultan Mansur Syah dengan wanita Jawa iaitu Raden Galoh Cendera Kirana.

Petikan Critera Asal Raja Raja Melayu Punya Keturunan:

"Tiada berapa lamanya,mangkat.Maka diganti puteranya,Sultan Mansur Shah,pada sanat 789.Maka Mansur Shah itu kawin dengan puteri Raja Majapahit,Raden Galuh Cendera Kirana."

Menurut Muhammad Yusoff Hashim penulis buku Kesultanan Melayu Melaka cara penulisan Tun Sri Lanang dalam Sejarah Melayu adalah tidak berdasarkan fakta dan membangga banggakan keturunannya(Kemungkinan Bendahara Paduka Diraja adalah nenek moyang kepada Tun Sri Lanang juga berasal dari keturunan Bendahara).

Kemangkatan Sultan Alauddin juga banyak perbezaan antara penulis penulis sejarah.

Mengikut sumber Portugis:

"They say this King(Alaudin) was more devoted to the affairs of the mosque than to anything else."

"This King(Alaudin) having decided to go to Macca and being in Bretam he wanted to come to Malacca to complete his preparations".

"...and in seven or eight days he died..."

Ada juga yang mengatakan Sultan Alauddin Riayat Shah mangkat kerana diracun oleh musuh musuh Baginda kerana Baginda sememangnya memiliki ramai musuh.

Walaubagaimanapun,pendapat dan interpretasi ini tidak semestinya muktamad.Selagi ada pendapat dan interpretasi yang lain n yang lebih meyakinkan,selama itulah ketokohan Sultan Alauddin terus berada dan menjadi satu misteri!Tuhan sahaja Yang Maha Mengetahui.

Selepas Sultan Alauddin Riayat Shah mangkat,maka digantikan pula oleh putera Baginda Sultan Mahmud Shah.


Sultan Mahmud Shah.


Selepas kejatuhan Melaka pada 1511 di atas tangan Portugis.Dua Putera Sultan iaitu  Sultan Muzaffar Riayat Shah dan Sultan Alauddin Riayat Shah II ditabalkan menjadi Sultan Perak dan Sultan Johor.Kedua dua kerajaan ini masih kekal sehingga sekarang.Waris Kesultanan Melayu Melaka kini dipegang oleh Kesultanan Perak.Tidak Hairanlah jikalai Keris Taming Sari kini ditangan kerajaan Perak.Manakala Kesultanan Johor telah diambil alih oleh dinasti Bendahara yang berjaya menjatuhkan Raja Kecil iaitu waris Sultan Mahmud Mangkat Di Julang.

Mengikut Kajian,waris Kesultanan Melayu Melaka kini berada di Perak,Johor dan Pahang tetapi bagi saya,Waris Kesultanan Melayu Melaka kini berada di seluruh negara kerana atas asbab perkahwinan atau perkerjaan.

Kesimpulannya,sesiapa sahaja boleh mengaku sebagai waris Sultan Melaka,jika cukup bukti dan fakta.Maka benarlah ia dan diiktiraf lah seseorang itu.Walaubagaimanapun,undang undang tetap undang undang,waris tersebut masih lagi tidak boleh menuntut Takhta Kesultanan Melaka kerana Melaka telahpun diiktiraf sebagai Negeri Selat.


Khamis, 11 Februari 2021

Santai#3:ANUGERAH NILAM KEBANGSAAN 2019

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Bertemu kembali dalam blog saya (DuskTillDawn).

Di sekolah,kita diperkenalkan dengan satu aktiviti galakan membaca tak kira sekolah rendah atau sekolah menengah.Program Nilam atau Nadi Ilmu Amalan Membaca ini dianjurkan agar dapat menarik minat pelajar pelajat bukan sahaja untuk menambah ilmu pengetahuan,bahkan dapat melatih seseorang dalam berbicara.

Pada hari ini,saya akan berkongsi pengalaman saya sewaktu menyertai Anugerah Nilam Kebangsaan 2019.


🛣️SEHARI SEBELUM🛣️

Setelah berjaya meraih gelaran Johan dalam Anugerah Nilam Peringkat Negeri Melaka,aku meneruskan langkah untuk ke peringkat Kebangsaan.Hari terakhir sebelum bergerak ke BTPN Selangor,aku memperbaiki segala kelemahanku.Bak kata orang Kedah 'PULUN'.Sebelum melangkah keluar dari BTPN MELAKA,aku mengucapkan jutaan terima kasih kepada jurulatih-jurulatih Nilam ku.

"Saya akan buat yang terbaik cikgu",itulah kata kata terakhirku pada guru guru Nilam ku yang melatih ku sepanjang 4 hari demi mengharumkan nama negeri Melaka.

Tiba saja di rumah,

Aku melepaskan lelah ku seketika dengan..Tidur!Tidur seketika sebelum tibanya waktu zohor amat menyegarkan.

KRINGGGGGGGGGGG!!!!

Bingkasku bangun,mandi dan solat zohor.Malam itu,aku berkemas dengan semangat baharu dan azam yang mengggelegak,mengharumkan nama Melaka biarpun aku mengerti,ianya misi yang sukar..tapi aku akan cuba!


🛣️HARI PERTAMA🛣️

Pagi itu,sebelum ke sekolah..aku meminta agar ibu bapaku mendoakan kejayaanku.Itulah senjata yang paling ampuh yang aku ada ketika ini.DOA IBU BAPA.Aku 'meminta restu' kepada ibu bapaku sebelum ku ke sekolah.

Sebelum aku bertolak ke BTPN MELAKA,aku dikehendaki menyampaikan sepatah dua kata kepada warga SKMP.

Selesai aku memberi sepatah dua kata,aku pun 'meminta restu' pula kepada guru guru di SK Melaka Pindah terutamanya kepada guru-guru Nilam ku.Tanpa bimbingan mereka,siapalah aku.

Aku bertolak daripada sekolah ku tepat jam 7:30 pagi dan sampai di sana pada jam 8:25 pagi.Aku bertolak dari BTPN MELAKA ke BTPN SELANGOR tepat pada jam 9:00 pagi.

Di dalam van,aku banyak menghabiskan masanya dengan berlatih..berlatih..dan berlatih..

Legakan seketika tengkuk ku yang sakit ini di R&R Seremban.Hanya mampu kunyah gula gula getah sahaja kerana perutku sudah kenyang menikmati sarapan pagi di rumah.

Selain daripadaku,terdapat tiga lagi wakil Nilam Kebangsaan negeri Melaka.Antaranya,Aisyah Sarah(BISR),Junny Ong(BISM) dan Arisya(BMSM).

Tibanya aku di sana,aku terus 'check in' bilik ku.306.Itulah nombor bilik ku.Pengalaman yang tak pernah kulupakan..

30 minit ke 1 jam.1 jam ke 2 jam.2 jam ke 3 jam.Selepas penat berjalan jalan di sekitar BTPN SELANGOR,aku pulang ke bilik ku,dan ku dapati bahawa ada seorang remaja perempuan berada di dalam bilik ku.

"Salah bilikkah?"bisik hati kecilku

Aku terus ke bawah,tempat aku 'check in' tadi,dan mereka telah memberiku kunci bilik yang baharu.316.Haa..baru betul ni bilik aku..

Aku tunggu sekali lagi,

Satu jam.Dua jam.Akhirnya,'roommate aku tiba'.Kedua duanya adalah 'abang' bersekolah menengah.

Tidak ada apa apa yang menarik pada hari pertama kecuali hanya fokus yang perlu dikutip mengharungi ujian perseorangan esok.Aku mengetengahkan 5 buah buku untuk diulas.

1)Sultan Muhammad Al-Fateh penakluk Konstantinopel

2)Tiada duka

3)Burn The Champ

4)Tuan Direktur

5)Budi Emas

Malam itu,semua peserta dikehendaki ke bilik berhimpun.Jauhnya bilik berhimpun itu dari asrama ku bersamaan setengah padang SMK Seri Pengakalan.Fuhh!penat aku berjalan.Akhirnya tiba.Ingatkan suasana tenang akan menyambutku tetapi..dengan hiruk pikuk ditambah lagi dengan hembusan air cond 14/13 darjah,membuatku badanku menggigil kesejukan.

Di dalam bilik berhimpun,kesemua peserta dikehendaki mengenalkan diri masing masing.Tibanya giliran Team Melaka,aku dengan semangatnya memperkenalkan diriku dengan serangkap pantun.

Antara pesaing pesaingku dalam ANUGERAH NILAM KEBANGSAAN 2019 KATEGORI BMSR

1)Nur Fatihah(JOHOR)

2)Anis Emelinda(NEGERI SEMBILAN)

3)Akid Rusyaidi(PAHANG)

4)Fariz Rezky(SELANGOR)

5)Izz Hakim(PERAK)

6)Dayana Safia (KELANTAN)

7)Alysa Irdina(KEDAH)

8)Aien Nadirah(TERENGGANU)

9)Alexander Jeremia(SARAWAK)

10)Fikrie Amirul(SABAH)

11)Aleya Izzati(PERLIS)

12)Alya Humaira(PENANG)

13)Fatimah(KL)

14)Nisa Inshirah(PUTRAJAYA)

15)Alyaa Nourel(LABUAN)

Balik sahaja dari tempat perhimpunan,aku segera menunaikan solat Isyak dan meneruskan dengan latihan dalam masa setengah jam.Cakap tentang solat,di sana tiada surau untuk menunaikan solat fardhu,jadi para peserta harus bersolat dalam bilik masing masing.


🛣️HARI KEDUA🛣️

Aku terjaga dari tidur pada jam 5:30 pagi.saat itu,aku melihat dua senior ku sudahpun bersiap sedia untuk mandi.Setelah selesai mengurus diri,aku sarungkan BLAZER yang cikguku sendiri tempah kerana BLAZER sekolah tak ada yang sesuai untukku

Setelah itu,akupun terus menunaikan solat subuh dan aku terus pergi ke dewan makan bersama team aku.Arisya,Junny dan Aisyah.

Perut pun dah lega.Fikiran pun dah tenang.Sekarang ni,aku perlu fokus untuk ujian pertama.Kami berkumpul di bilik berhimpun pada jam 8:00 pagi.Di sebabkan kami belum lagi menentukan giliran,pagi itu,sebelum bermulanya ujian individu,kami pun terus melakukan undian untuk menentukan giliran.Aku mendapat giliran ke 7.Alhamdulillah..tak terlalu dekat dan tak terlalu jauh.

Sekali lagi aku kena hadap dengan hembusan angin yang membeku sehingga membuatkan ku tak selesa,aku terpaksa keluar untuk berlatih dan mencari ilham.

Setelah beberapa jam menunggu,akhirnya giliranku tiba.Aku melangkah masuk dengan penuh keyakinan.Di sebalik keyakinan itu ada juga kegelisahan.Kegelisahan yang menghantui ku selama ini.Untuk pengetahuan anda,saya seorang yang berdarah gemuruh.Tidak kiralah sudah berapa pengalaman sudahku kutip,tapi hati ini sentiasa gementar.Hanya dapat kutitipkan doa pada Yang Esa.

10 minit kemudian..

Alhamdulillah..selesai jugak ujian individu.Mengikut jadual sesiapa yang sudah menyelesaikan ujian individu,mereka dibenarkan bergerak bebas sama ada mahu melepak di asrama ataupun berlatih bersama rakan rakan lain.Aku memilih untuk pulang ke asrama,menenangkan fikiran ku buat seketika,aku menanggalkan Blazer sebentar.Panas..jauhku berjalan..hilangkan lelah terlebih dahulu..Selepas lelah ku hilang..rakanku dari Pahang mengajak ku makan tengahari bersamanya.Tapi aku menolak.Walaupun aku menolak,tetapi aku mengikutinya sehingga ke kafeteria,aku meneruskan perjalanan ku hingga ke bilik perhimpunan,setelah hampir 15 minit menunggu rakan seperjuangan ku selesai,kami pun terus ke Kafeteria menikmati juadah Makan Tengahari.

APA SOALAN YANG KORANG JAWAB TADI?

SUSAH TAK SOALAN DIA?

APA BUKU YANG KORANG ULAS?

ADA ORANG TANGKAP GAMBAR TAK?

Itulah soalan yang masing masing pendamkan sejak sekian lama diluahkan saat menjamu selera di kafeteria.

Selesai mengenyangkan perut,kami terus ke asrama.Masuk sahaja bilik,aku terus menyalin pakaian ku.

'Berpeluh!!Baik aku mandi'

AHHHH!!Segar rasanya..aku merehatkan diriku sebentar dengan scroll content content Yang ada dekat FB.Masih belum mempunyai akaun IG.Layan jelah.

Dalam jam 3:00 petang,aku,Aisyah,Arisya dan Junny berlatih bersama sama.Kami memperbaiki segala kesilapan dalam ujian individu tadi dan memberikan persembahan yang terbaik dalam ujian berkumpulan kelak.

Jam 5:00 petang.Selepas solat asar,rakan ku dari Pahang sekali lagi mengajakku minum petang bersama sama,aku menerima pelawaannya itu,

Kami bersembang bersama sama,berkongsi pendapat dan idea.Dia juga merupakan calon Tokoh Nilam Peringkat Kebangsaaan Kategori BMSR.Aku sangat seronok apabila bersama dengannya.Kami menceritakan pengalaman kami dalam mengharungi setiap cabaran dan dugaan bermula daripada peringkat daerah,negeri sehingga berada di pentas Final ini.Beliau juga adalah salah seorang peminat karya Abdul Latip Talib.Sama sepertiku.

Malam itu,selepas maghrib.Aku tidak berlatih bersama sama pasukan ku.Kami diberikan masa dua jam di bilik perhimpunan untuk bersama sama pesaing di ujian berkumpulan esok.Aku diundi bersama sama dengan 3 orang dari negeri lain.Anis dari Negeri Sembilan,Fatimah dari Kuala Lumpur dan Alya dari Labuan.Ujian berkumpulan ini memerlukan kerjasama yang kuat bagaikan sudah setahun bertemu.

Fokus..itu yang aku perlukan ketika itu.

Aku melangkah menuju ke bilikku.Dalam keadaan hujan yang lebat.SEJUK!!

Selepas menunaikan solat Isyak,aku terus merebahkan badanku ke katil.Aku tidur dalam keadaan air cond terbuka.

Mahu saja aku tutup air cond itu,tapi..disisiku terdapat dua lagi senior yang lena dibuai mimpi.Hanya mampu menarik selimut yang ku bawa dari rumah,ditambah lagi dengan tuala mandi pihak BTPN yang tebal dan dilapisi lagi dengan selimut BTPN yang cukup tebal..Masih lagi sejuk!!Aku cuba melelapkan mata..AKHIRNYA...


🛣️HARI KETIGA🛣️

Jam 8:30.

Setelah selesai bersarapan pagi.Aku terus ke bilik berhimpun untuk ujian berkumpulan.Bersama sama aku,Alya,Fatimah dan Anis bersedia untuk menghadapi ujian berkumpulan ini.Bagiku,ujian ini sangat sangat penting untukku mengumpul seberapa banyak mata yang boleh untuk aku menyaingi tempat ketiga teratas.

Jam 10:00

Kami masuk ke bilik ujian.Berdebar rasanya.Kali pertama aku menyertai Anugerah Nilam Kebangsaan ini.Sejujurnya,aku tidak menetapkan sebarang sasaran dalam ANK19 kali ini.Target aku hanya buat yang terbaik untuk mengharumkan nama Melaka dan mengutip seberapa pengalaman kerana pengalamanlah yang mengajar ku untuk terus mara dan mara dalam masa akan datang.AKU AKAN BUAT YANG TERBAIK!

Jam 10:30

Selepas 30 minit berperang mulut.Akhirnya aku boleh menghembuskan nafas lega.Walaupun tidak seberapa lega menanti keputusan,aku tetap bersyukur kehadrat Illahi kerana aku berjaya menyempurnakan perjuangan ini.

Aku pulang ke asrama kemudian aku turun ke dewan berhimpun kembali untuk mencari rakan sepasukan ku.

ALHAMDULILLAH!!

Selepas Zohor,kami diminta untuk turun ke bilik berhimpun semula.Kami dimaklumkan bahawa malam nanti pihak BTPN akan membuat malam kebudayaan.Kami dibahagikan kepada zon zon di Malaysia.Zon Utara,Zon Pantai Timur,Zon Barat,Zon Selatan dan Zon Borneo.

Di dalam zon selatan,terdapat tiga negeri yang bergabung.Negeri Sembilan,Melaka dan Johor.

Dari jam 3:00 petang hingga 6:30 petang.Kami berlatih untuk memberikan persembahan yang terbaik.

Dengan mengetengahkan watak sebagai 'Christina Columbus' oleh Junny.Kami mempersembahkan sketsa tentang Christina Columbus.Seorang pelancong wanita yang melancong ke Singapura dan tidak mengetahui tentang kewujudan Malaysia.Dia berjalan ke arah utara,dan berjumpa dengan orang orang Johor.Kemudian,dia meneruskan perjalanan ke Melaka dan Negeri Sembilan.

Aku ditugaskan untuk berdondang sayang depan Christina Columbus sebagai simbolik tentang negeri Melaka.Persembahan kami berjalan lancar.Dan yang paling membuatkan kami tersentuh apabila tibanya persembahan dari Zon Utara.

Diorang nyanyi lagu sedih plak..aduhh..Semua peserta hampir menjatuhkan air mata kerana walaupun kami baru berjumpa tetapi kami boleh diibaratkan sebagai sebuah keluarga.Yang menjaga sesama sendiri.Rindu pula rasanya saat ANK19 dahulu.

Zon Selatan berjaya meraih tempat ketiga.Menang Kalah aku tak kisah,kerana malam ni hanya untuk kami enjoy bersama sama.

Malam itu,kami berborak bersama sama hingga ke jam 2:00 pagi.Waktu ni,kami berkongsi pengalaman bersama sama selepas dua hari kami perlu fokus dengan ujian yang akan kami hadapi.Borak..borak..borak..jam menunjukkan pukul 2:30 pagi.Aku masuk ke bilik ku untuk merehatkan minda dan diriku.


🛣️HARI KEEMPAT🛣️

ALAMAK!PHONE TAK CHARGE LAGI!!MACAM MANA NI!!

Aku menggelabah kerana terlupa nak Charge phone semalam.Pagi itu,aku terus menge'charge'kan phone ku dalam beberapa minit.

Aku berkemas.Packing barang untuk kembali ke Melaka.Tapi sebelum pulang ke Melaka,Kami perlu ke PWTC terlebih dahulu untuk upacara penutup dan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Tepat jam 9:00 pagi.Selepas bersarapan,kami membawa beg pakaian kami ke bawah agar mudah apabila balik dari PWTC nanti.Selepas itu,kami menaiki bas untuk ke PWTC.Berdebar rasanya menunggu keputusan.Di dalam bas,aku hanya mampu melihat keindahan suasana bandar sahaja.Tak mampu untuk aku membalas chat daripada ibu ku,cikgu mahupun rakan.Aku meminjam Powerbank rakanku rakan seperjuangan ku untuk mengembalikan tenaga Phone yang aku pinjam daripada ibu ku.

Tepat jam 11:00 pagi.

Kami tiba di PWTC.Kali pertama aku menjejakkan kakiku di sini.Besar.Sehingga sesiapa sahaja boleh sesat apabila berada di dalamnya.Setelah 15 minit berjalan ke sana ke sini.Akhirnya,tiba juga di tempat majlis akan berlangsung.

DUP!DAP!DUP!DAP!

DARAH GEMURUH KU KEMBALI MENGHANTUI DIRIKU.Aku cuma dapat menenangkan diri dengan Selawat sahaja.

Pada jam 12:00 tengahari.Majlis bermula,dan tiba waktu yang dinanti nantikan.Aku semakin cemas,mendengar satu per satu nama lawanku disebut..Dan..

Rezeki bukan memihak padaku..juga bukan buat negeri Melaka..Aisyah,Arisya dan Junny sudah pun mula menitiskan air mata.Aku pun berasa kempunan dan sedih juga.Aku menahan..tahan..dan terus menahan perasaan ku.

Sehinggalah...

Aku bertemu guru besarku di SK Melaka Pindah,Pn Hjh Suriati,yang datang membawa rombongan untuk pergi ke pesta buku juga diadakan di PWTC.Air mataku mengalir..Hanya mampuku ucapkan..

"Maafkan saya cikgu"

Itulah ayat yang ku lafazkan kepada guru yang banyak berjasa kepadaku.Sungguh,kempunan itu ada tapi aku berfikir secara rasional,hanya mengutip pengalaman untuk terus berjaya dalam masa hadapan.Aku tahu, rezeki tidak pernah salah alamat.

Selesai majlis itu,kami diberikan masa 3 jam untuk berjalan jalan di sekitar pesta buku.Aku dapat berjumpa dengan pelukis komik terkenal,Keith..pelukis komik Lawak Kampus,mahu saja aku mengambil gambar kenang kenangan..tapi..tak kesampaian kerana phone ku sudah hampir nazak.

Aku berjalan di sekitar pesta buku bersama rakan sekolah rendah ku.Makan bersama sama,lari dari rombongan Geng Nilam buat sementara waktu.

Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Azan berkumandang,Solat Jumaat hampir tiba,aku pun terus ke Masjid PWTC.Solat Jumaat di sana.

Disebabkan aku seorang sahaja lelaki dalam team Melaka,Rakanku mengusik ku dengan mengatakan..

'banyak awek kau Hambali,sampai kakak cina pun nak kebas'

Aku hanya mampu tersenyum..mengenang kembali pengumuman keputusan tadi.

Selepas solat Jumaat,aku kembali ke tempat tadi,menunggu rakan rakan ku dan terus menaiki bas untuk pulang ke SHAH ALAM.Setibanya ku di sana,sudah hampir 3:45 petang.Dan aku terus mengangkut barang barang ku masuk ke dalam van.Pasukan Melaka bertolak pulang pada jam 4:05 petang dan tiba di BTPN MELAKA pada jam hampir 6:45 petang.

Aku dihantar pulang kerumah oleh guru pengiring ku di ANK19 iaitu Cikgu Nizam..Jutaan terima kasih ku ucapkan kepada Cikgu Nizam.

Aku tiba di rumah pada jam 9:15 malam.Alhamdulillah..selamat sampai dan itulah kali terakhir aku berjumpa dengan Cikgu Nizam.

Di kesempatan ini,

Saya SAID HAMBALI LIMAN ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu saya bermula daripada peringkat daerah hingga Kebangsaan.Lebih lebih lagi kepada Pn.Hjh Suriati,Cikgu Noritah,Cikgu Asmah dan Cikgu Miza..

Syukran Jazeelan saya ucapkan.

Itu sahaja untuk segmen Santai kali ini


SAMPAI Ilmu dari hati,

BIAR ingat sampai mati

Assalamualaikum wbt.

Sabtu, 6 Februari 2021

Santai#2:SMK SERI PENGKALAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog DuskTillDawn.Pada kali ini,bersama dengan saya dalam segmen Santai.

Nak tanya?Kenapa Santai#2 bukan Santai#1??

Santai#1 telah pun saya wujudkan dalam Kenangan di SK Melaka Pindah.So,kepada para pembaca yang belum membaca Blog saya yang pertama,

https://saidhambali.blogspot.com/2021/02/kenangan-di-sk-melaka-pindah.html

Nah..klik link di atas ye👆👆

Pada Blog Santai kali ini,saya ingin berkongsi pengalaman saya sepanjang saya bersekolah di SMK Seri Pengkalan 2020.

Sebelum aku masuk SMK Seri Pengakalan,aku sebenarnya telah mendapat tawaran daripada 2 sekolah.Iaitu MRSM ALOR GAJAH dan SMKA SULTAN MUHAMMAD.Tetapi,selepas berbincang dengan keluargaku,diatas beberapa asbab,aku dimasukkan di SMK SERI PENGKALAN.

Ada lah juga hati ni kecewa..siapa je tak kecewa kan?dapat tawaran sekolah agama tu..Tapi..aku redha..

KITA YANG MERANCANG,TUHAN YANG MENENTUKAN.

First Day masuk SMK Seri Pengkalan.perghh..

Rupa rupanya best jugak sekolah sini!Banyak kawan kawan dan guru guru.MEMANG GEMPOUK LA KAN?

Aku dimasukkan di kelas RK2.kata cikgu,RK2 ni diwujudkan untuk memberi saingan terhadap RK1..pada mulanya aku tidak bersetuju dengan kedudukan kelas aku..tetapi..setelah sekian lama,baru aku mengetahui..suasana pembelajaran bersama murid murid Cina dan India banyak memberi aku pengalaman baharu.

Aku belajar bahasa Mandarin dan bahasa Tamil..sehingga aku hampir fasih dan akan berkomunikasi menggunakan bahasa mereka..


1.AKADEMIK

Cakap pasal akademik kan?Sebenarnya Kelas RK2 ni lagi tough daripada kelas RK1.Dan kedua dua kelas ini mendominasi kedudukan 10 teratas.So..saingan juga sangat sengit.

Sebut je pasal peperiksaan..aku boleh bagi list pencabar terdekat aku

1.BHAVESHAN RK2

2.DANIEAL RK2

3.PANG JI NEE RK2

4.ILMI RK2

5.GOH YEN YEE RK2

6.AARON ELISHA RK2

7.AIESYA ZAYANIE RK1

8.SERI HIJRAHTUL RK1

9.SITI WARDINA ARIF

10.HARIZ RAMLI ARIF

☝️☝️NAMA NAMA DI ATAS ADALAH PENCABAR TERDEKAT AKU DALAM AKADEMIK.


2.BOLA SEPAK

Semasa aku di SMKSP,aku banyak menghadiri latihan bola sepak pasukan sekolahku.

Enam tahun di SKMP,tidak dapat aku mengetengahkan bakat ku dalam bola sepak kerana keadaan aku yang amat teruk dulu akibat sakit kulit(EXEMA)

So,aku pun nak masuklah first Tournament aku dalam bola sepak.Tapi tak kesampaian kerana aku mengalami kecederaan ketika latihan satu hari sebelum skuad kami bergerak ke Sekolah Sains Muar.Tetapi, jurulatih aku membenarkan aku mengikuti skuad SMKSP ke sana untuk mendedahkan aku tentang suasana tournament BOLASEPAK.Disebabkan PKP,banyak tournament ditangguhkan dan aku berharap aku dapat bermain kembali dalam masa akan datang.


3.CHESS

Selepas berjaya mencatatkan rekod sebagai ranking ke 4 di dalam sukan Catur di SKMP,aku meneruskan minat aku dalam sukan catur ini di SMKSP.Setiap petang,aku akan hadir latihan catur untuk mencari pemain yang akan mewakili SMK SERI PENGKALAN.Walaupun aku berjaya menewaskan Senior aku sendiri,aku masih lagi tidak berjaya untuk melayakkan diri dalam skuad catur SMKSP.


4.SEPAK TAKRAW

Tak banyak sangat aku ceburi dalam sepak takraw ni akibat Pandemik Covid 19.Latihan pun hanya dua tiga kali sahaja.

Kesimpulannya,dalam Bidang sukan,aku masih lagi mencari cari jalan untuk aku berpeluang mengharumkan nama sekolah.Doalah yang terbaik untuk saya ye😔


5.KO-AKADEMIK

Bidang ni adalah bidang yang paling aku suka.Setelah berjaya meraih satu sijil kebangsaan di SKMP.Kini,azam aku untuk meraih lebih banyak lagi sijil peringkat Kebangsaan.

Semasa PKP:

Ustazah Rozita telah mengarahkan aku supaya bersiap sedia untuk pertandingan mimbar daie yang akan aku sertai akan datang.Kali pertama aku menyertai pertandingan ini.Sebelum ini,aku hanya menyertai pertandingan syarahan,bercerita dan mendeklamasi sajak sahaja di SKMP.Kini,aku mahu mencuba sesuatu yang baharu.

Aku berjaya melayakkan diriku keperingkat negeri.Semasa latihan Daie Siber Daerah Alor Gajah di SK LESONG BATU,aku bertemu dengan dua lagi senior aku yang sama sama berjaya melayakkan diri ke pusingan seterusnya,iaitu Daie Azri dan Daie Tajaie.Masing masing dari SMKKK GHAFFAR BABA dan SMK LUBOK CINA.Kami berkongsi idea bersama sama untuk memastikan ALOR GAJAH berjaya mendapatkan Top 3 diperingkat negeri Melaka.

Alhamdulillah..usaha kami tidak sia sia..Daerah Alor Gajah sapu bersih dalam kategori DAIE SIBER LELAKI SM,Dan aku berjaya melayakkan diri aku sekali lagi dalam peringkat kebangsaan.

Hari rakaman Daie Siber Kebangsaan.Aku mengetengahkan tajuk Daie aku iaitu 'Mengejar Puasa Yang Mabrur'.Rakaman itu dilakukan di BTPN MELAKA,dimana tempat SUMMER CAMP aku dan Afiq 3 tahun lepas.Buat kali ke 4 aku menjejakkan kaki di sana.

Rezeki bukan memihak kepadaku.Tuhan hanya mahu memberi pengalaman sahaja kepadaku untuk terus usaha dalam masa akan datang.


6.DRAMA PENDEK

Aku pun menyertai drama juga ye.jangan pandang rendah kemampuan ku dalam lakonan.

Drama pendek yang bertemakan Maal Hijrah ditulis sendiri skripnya dan jalan cerita olehku.Satu kenangan manis buatku dan rakan rakan ku.Walaupun tidak berjaya memenangi pertandingan tersebut.tetapi kami ibaratkan seperti keluarga.

CUBIT PEHA KANAN,PEHA KIRI TERASA JUGA.


6.DAIE AWESOME

Satu lagi pertandingan yang aku join.iaitu Daie Awesome Yang bertemakan. Maal Hijrah juga.

Kali ini,dengan berbekalkan pengalaman yang se'ciput' aku mahu menambah lagi pengalaman ku.

Bak kata pepatah..SIKIT SIKIT LAMA LAMA JADI JADI BUKIT.

Aku berjaya mendapatkan tempat ke 3.Alhamdulillah..pengalamanku bertambah..aku akan usaha sebaik mungkin dalam masa akan datang.


7.SYARAHAN

Pertandingan terakhir aku sertai sebelum PKP melanda semula.

Syarahan yang bertemakan Maulidur rasul.Dengan mengetengahkan tajuk 'Kepimpinan Rasulullah Asas Negara Sejahtera'aku berjaya menyelesaikan rakaman selepas hampir 60 kali cubaan.

Lelah!!

Penat!!

Semua ada!!

Tapi..aku berpuas hati dengan keputusan yang aku perolehi.. Alhamdulillah..


8.KENANGAN BERSAMA RAKAN DAN GURU

Setelah beberapa bulan aku bersekolah di SMKSP.khabar angin mengatakan bahawa rakanku dari SMKA SULTAN MUHAMMAD akan berpindah ke sini.

Dan..

Saat dia tiba di SMKSP..aku rasa macam suasana seperti kali pertama dia masuk kelas 4 Inovatif berlaku kembali🤣

Lawyer buruk kau eh!Lari dari aku masa aku nak jumpa dia kat SMKSP

Lepastu,dia boleh pulak kunci aku dalam bilik Teacher Rosidah..

Kuang ASAM betul!!ASAM PUN TAK KUANG MACAM KAU!!

Cikgu yang paling best di SMKSP.

Semestinya Ustaz Hanafiah😂

WALAUPUN ada kala serius,ada kala main main..tetapi beliau bijak mengatur supaya suasana pembelajaran tidak terlalu serius..HEBAT HEBAT!!!


9.BUAT PERSEMBAHAN DEPAN YB 'PAK WAN

Berderau darah bila cikgu suruh aku buat persembahan Daie Siber Depan Pak Wan..tapi aku berlagak COOL.padahal masa buat persembahan tu..kaki aku dah bergetar dah..nasib baik aku dah ******* awal awal.taknak kejadian 2015 berulang kembali🤣🤣

Sebelum Pak Wan sampai,Geng geng drama pendek aku decorate lah sikit surau tu..nak buat perasmian penambahan surau kan??

Majlis berjalan lancar.. Alhamdulillah..semua sudah selesai..letih dan penat aku waktu itu.Itu adalah kenangan yang takkan aku lupakan.


10.KESIMPULAN

Aku ingin mencipta kenangan aku di sini.Aku ingin mencipta nama dan rekod di SMKSP ini..agar..apabila aku pindah nanti..Nama aku tetap ada di SMKSP

'HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG,MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMA'


SEKIAN,

SAMPAI ILMU DARI HATI,

BIAR INGAT SAMPAI MATI.

ASSALAMUALAIKUM WBT.


MLATHa#3:REMEDI LUKA

 ASSALAMUALAIKUM GUYS!!

BERTEMU LAGI KITA DALAM DuskTillDawn dan di dalam segmen MLATHa!!

So hari ini..saya nak share la sikit sajak yang saya karang semasa menyertai Pertandingan mengarang sajak Covid 19 kan.Nak kasi cikgu..PKP..so saya share lah dalam blog ni ye.

Tapi!

Kalau Korang nak mendeklamasikan sajak ni..boleh je..tapi,JANGAN MENCIPLAK KARYA INI..


SAJAK COVID 19:REMEDI LUKA


KETIKA INI,

RATUSAN NEGARA DITAKLUKI

JUTAAN MANGSA DIJANGKITI

MERATAH DAGING TANPA SIMPATI

TIADA PEDULI


DI KELAM GELITA

EPILOG SENJA TERBIT CAHAYA

SINAR KEBEBASAN

SINAR KEMERDEKAAN

MENYULUH TERANG

MEMBALUT HARAPAN


PERWIRA,

KERAHAN KERINGAT SEDAYA UPAYA

BERKORBAN NYAWA,JIWA DAN CINTA

DEMI SEBUAH CERITA

NUKILAN BANGSA DAN NEGARA


HEMBUSAN BAYU INI

MAKIN SEGAR

MAKIN DAMAI

WALAU PARUT MASIH BERBEKAS

DIKURNIA IZIN MENAPAK BEBAS

NAMUN,

JANGAN SAMPAI KEMBALI TERLEPAS


SYAIRKANLAH

MELODI HIBA TANGISAN DUKA

BUAT SANTAPAN 

ANAK ANAK BANGSA

AGAR NANTI

MEREKA TERUS PERCAYA

LANGKAH KITA MAKIN

TIBA

MENEMUI

REMEDI LUKA


SAID HAMBALI LIMAN

SMK SERI PENGKALAN,

ALOR GAJAH,

MELAKA.




Terima kasih kepada anda kerana masih setia bersama blog saya.

Sekian,

Sampai Ilmu dari hati,biar ingat sampai mati

Assalamualaikum WBT.


Kenangan di SK MELAKA PINDAH

 Assalamualaikum semua!!

Buat kali pertamanya saya membuat blog.

Saya Said Hambali bin Liman.Hari ini..saya ingin berkongsi pengalaman saya sepanjang saya bersekolah di SK Melaka Pindah.

Tanggal 2 Januari 2014..Cehhh..macam sajak pulak!!OKOK..masa tahun 2014..saya masuk darjah 1 di SKMP..Sebelum ni saya Pra Sekolah di SKMP juga..Jadi ramai la kawan kawan yang saya jumpa..

Haziq,Alin,Iskandar,Aina..semua dah ku kenali..tiba tiba bila masuk darjah 1..jumpalah budak besar besar tembam tembam..siapa lagi..Iman la..Selain Iman,
Ada jugak kawan kawan baru lain macam Nasrullah..banyak lagi lah..aku pun tak ingat.Hehehe!!
Disebabkan aku tak ingat satu mender pun masa darjah 1 baik aku skip terus pergi darjah dua.

Masa darjah dua..(2015)
Aku pun tak ingat banyak sangat..
Tapi..masa 2015 ni..aku dah diberitahu oleh cikgu Fauziah..yang cikgu nak calonkan aku dalam AN masa darjah 5 nanti!!mesti Korang tak tau apa tu ANK kan??AN tu ANUGERAH NILAM laa..
masa cikgu Fauziah bagitau..

Apa yang aku tahu..masa tu aku budak budak lagi..
So..aku pun main main lah..
Mak suruh pergi kelas tuisyen dekat cikgu Fauziah..aku pulak mintak balik awal..
Sebab apa??
Nak tengok Chikki Boom!!
Haihh..budak tak matang lagi kan!!

Masa darjah dua jugak..tak silap aku ada masuk satu pertandingan..Tu adalah pertandingan pertama yang aku masuk..
Aku cerita sikitlah pasal pertandingan tu eaa..Jangan ketawa pulak!!

Masa tu aku masuk pertandingan Azan dan Iqamah dengan Nurin Nabila...sebab nak support aku..kekasih hatiku ada sekali..

Korang jangan nak fikir macam macam ehh..AKU SINGLE lagi waktu tu..Mak aku yang teman kan aku..

Aku dapat giliran ke 24..pada masa giliran ke 19..aku rasa macam nk *******..tapi aku tahan..buat buat Cool..borak dengan brother sebelah...
Sampai giliran ke 20..BOOOMMMM!!!
AHHHHHHHHHH!!BERLARI AKU PERGI KAT HAKIM MINTAK IZIN PERGI TANDAS!!
Dah 8 tahun berlalu..baru aku rasa malu gila..dah lah sekolah aku jadi tuan rumah plak Kann..

Ok!
Sekarang ni kita pergi ke 2015(darjah 3)
Masa darjah 3 ni dia lain sikit..rasa dah jadi ABANG LONG TAHAP 1..semua budak kitorang bedal..bedal bedal jugak..tetap kena belasah dengan Iman dan Armand masa akhir darjah 3..
Ketika itu!!
Peristiwa berdarah berlaku!!
Tumbuk menumbuk sana sini!!
Dan akhirnya!!
Satu pihak kenalah mintak maaf..So..kitorang pun berbaik la semula!!

Ada lagi satu kawan aku yang memang tak sayang nyawa..nama dia
Arif Haikal..masa jamuan akhir tahun D3..sesiapa yang boleh buat macam dia memang MANTAFF..
Citarasanya mengalahkan Chef One..
Dengan mencampur adukkan aiskrim Ustaz Khir,Air Sarsi(tak silap akulah) dan yang paling Legend!!
Sos Cili!!
Sedap ke?
Ntah!!

Ok!
Kita naik lagi satu tahun
Pada hari pertama persekolahan 2016
Ada sorang mamat ni datang..dia tinggi tinggi!!
Muka dia perghh..memang encem.
Menjadi bualan rakan rakanku..
Masuk je kelas..semua senyap!!
Terpegun!!
Perempuan pulak ternganga!!
Aku pasti Korang dah tahu siapa..jadi aku takyah lah Cite..
Selain dia..ada lagi budak import baru masuk:
Durrah
Zulfaqar
Liyana(masuk masa akhir D3 dan saksi ke atas peperangan 1 minggu)

Nak citer la sikit pasal budak baru tu..
Beberapa bulan. Selepas aku kawan dengan dia..dia selalu bagi ayat budak budak zaman sekarang cakap SEMBANG KENCANG!Tapi yang dia selalu cakap tu..bagaikan kata kata mutiara bijak pandai yang keluar daripada mulut Albert Einstein

Antaranya:

Hambali!kalau kawan sejati..kena ambik masa 3 tahun baru boleh jadi kawan sejati

Tulah kata kata yang masih lagi terpahat dalam jiwaku:)

2018
Tahun UPKK
Tahun NILAM Daerah dan Negeri.

Dua perkara di atas memang paling aku ingat..

Satu UPKK dan satu lagi..aku berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir Anugerah Nilam..tak banyak sangat benda lawak masa tahun 2018 ni..sebab masa ni semua serius..ye lah.. first time amek periksa besar kot..

Tapi ada lawaknya..
Dah lama berahsia..sekarang ni aku nak bagitau yang mamat yang aku sebutkan tadi bernama Afiq Haikal..
Aku pun pergi Summer Camp dengan dia dekat BTPN MELAKA.First day..Tak ada apa apa yang menarik pun..Second day..kitorang pergi dekat MULTIMEDIA UNIVERSITY..Besar dowhh UNI dia..
Tapi yang paling Legend dan takkan dilupakan adalah..pada malam kedua sepatutnya kitorang tidur dalam khemah..tapi hujan..kitorang kena tidur dalam bilik yang sejuk ber'air cond'..semua tidur berterabur..yelah..bilik besarkan..
Tapi masalahnya...aku terpaksa tidur atas meja dan Afiq tidur atas sofa..tak cukup lagi..dia tarik kain meja jadi selimut dia..aku pun tarik jugak kain meja sebelah kanan aku..tapi..
Short pulak kain tu..

Bangun je dari tidur..
Semua dah cepat cepat mandi..aku dengan Afiq terpaksa tunggu lama sebab bagi ruang Abang SM mandi..
So..aku dengan Afiq pun mandilah dekat sinki..Itu adalah rutin aku sepanjang menyertai Camp..nak jimat masa kan??

Cakap pasal berkhemah tahun 2017(tak silap)..masa hujan jugak..khemah yang aku duduki juga pernah melambung ditiup Angin..Saat yang paling tak kan kulupakan bersama BFF aku..Haziq..

Pada tahun 2019..
Tahun UPSR dan Final ANUGERAH NILAM..aku tak nak citer pasal AN ni..nanti aku kongsi dalam blog akan datang..
Tahun ni adalah tahun yang paling mencabar dan menjadi kenangan manis sebelum meninggalkan SKMP..

Banyak yang aku lalui..

Difitnah
Bergaduh dengan Durrah
Bergaduh dengan Liyana

Walaupun sesetengah orang menganggap pergaduhan membawa padah..tetapi diriku menganggap ia sebagai kenangan buat diriku..

Banyak kenangan manis yang aku lalui selepas UPSR..saat itulah aku kenal erti persahabatan..saat aku sedikit kecewa dengan keputusan UPSR ku..

Dan yang paling best!!
Kitorang buat grup Kompang dowhh!!!
Memang GEMPUOK LA KAN?
WALAUPUN AKU DAH TAK DA SUARA NAK NYANYI...tapi aku tetap teruskan perjuangan utk mencipta detik indah..

Last day 2019..
Buat kali pertamanya aku menangis di bahu kawan baik aku sendiri..setiap pertemuan mesti ada perpisahan..kini..aku terpaksa menghadapi perpisahan ini..dan aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kawan kawan..guru guru ku di SKMP dan SRAJMP..SYUKRAN JAZEELAN..


TERIMA KASIH KEPADA ANDA..
ASSALAMUALAIKUM

Budak Baru

Pagi itu,jalan raya mula diluncuri dengan pelbagai jenis kenderaan.Masing-masing sedang bergerak menuju ke arah hala tuju mereka.Sama ada ya...