Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Bertemu kembali dalam blog saya (DuskTillDawn).
Di sekolah,kita diperkenalkan dengan satu aktiviti galakan membaca tak kira sekolah rendah atau sekolah menengah.Program Nilam atau Nadi Ilmu Amalan Membaca ini dianjurkan agar dapat menarik minat pelajar pelajat bukan sahaja untuk menambah ilmu pengetahuan,bahkan dapat melatih seseorang dalam berbicara.
Pada hari ini,saya akan berkongsi pengalaman saya sewaktu menyertai Anugerah Nilam Kebangsaan 2019.
🛣️SEHARI SEBELUM🛣️
Setelah berjaya meraih gelaran Johan dalam Anugerah Nilam Peringkat Negeri Melaka,aku meneruskan langkah untuk ke peringkat Kebangsaan.Hari terakhir sebelum bergerak ke BTPN Selangor,aku memperbaiki segala kelemahanku.Bak kata orang Kedah 'PULUN'.Sebelum melangkah keluar dari BTPN MELAKA,aku mengucapkan jutaan terima kasih kepada jurulatih-jurulatih Nilam ku.
"Saya akan buat yang terbaik cikgu",itulah kata kata terakhirku pada guru guru Nilam ku yang melatih ku sepanjang 4 hari demi mengharumkan nama negeri Melaka.
Tiba saja di rumah,
Aku melepaskan lelah ku seketika dengan..Tidur!Tidur seketika sebelum tibanya waktu zohor amat menyegarkan.
KRINGGGGGGGGGGG!!!!
Bingkasku bangun,mandi dan solat zohor.Malam itu,aku berkemas dengan semangat baharu dan azam yang mengggelegak,mengharumkan nama Melaka biarpun aku mengerti,ianya misi yang sukar..tapi aku akan cuba!
🛣️HARI PERTAMA🛣️
Pagi itu,sebelum ke sekolah..aku meminta agar ibu bapaku mendoakan kejayaanku.Itulah senjata yang paling ampuh yang aku ada ketika ini.DOA IBU BAPA.Aku 'meminta restu' kepada ibu bapaku sebelum ku ke sekolah.
Sebelum aku bertolak ke BTPN MELAKA,aku dikehendaki menyampaikan sepatah dua kata kepada warga SKMP.
Selesai aku memberi sepatah dua kata,aku pun 'meminta restu' pula kepada guru guru di SK Melaka Pindah terutamanya kepada guru-guru Nilam ku.Tanpa bimbingan mereka,siapalah aku.
Aku bertolak daripada sekolah ku tepat jam 7:30 pagi dan sampai di sana pada jam 8:25 pagi.Aku bertolak dari BTPN MELAKA ke BTPN SELANGOR tepat pada jam 9:00 pagi.
Di dalam van,aku banyak menghabiskan masanya dengan berlatih..berlatih..dan berlatih..
Legakan seketika tengkuk ku yang sakit ini di R&R Seremban.Hanya mampu kunyah gula gula getah sahaja kerana perutku sudah kenyang menikmati sarapan pagi di rumah.
Selain daripadaku,terdapat tiga lagi wakil Nilam Kebangsaan negeri Melaka.Antaranya,Aisyah Sarah(BISR),Junny Ong(BISM) dan Arisya(BMSM).
Tibanya aku di sana,aku terus 'check in' bilik ku.306.Itulah nombor bilik ku.Pengalaman yang tak pernah kulupakan..
30 minit ke 1 jam.1 jam ke 2 jam.2 jam ke 3 jam.Selepas penat berjalan jalan di sekitar BTPN SELANGOR,aku pulang ke bilik ku,dan ku dapati bahawa ada seorang remaja perempuan berada di dalam bilik ku.
"Salah bilikkah?"bisik hati kecilku
Aku terus ke bawah,tempat aku 'check in' tadi,dan mereka telah memberiku kunci bilik yang baharu.316.Haa..baru betul ni bilik aku..
Aku tunggu sekali lagi,
Satu jam.Dua jam.Akhirnya,'roommate aku tiba'.Kedua duanya adalah 'abang' bersekolah menengah.
Tidak ada apa apa yang menarik pada hari pertama kecuali hanya fokus yang perlu dikutip mengharungi ujian perseorangan esok.Aku mengetengahkan 5 buah buku untuk diulas.
1)Sultan Muhammad Al-Fateh penakluk Konstantinopel
2)Tiada duka
3)Burn The Champ
4)Tuan Direktur
5)Budi Emas
Malam itu,semua peserta dikehendaki ke bilik berhimpun.Jauhnya bilik berhimpun itu dari asrama ku bersamaan setengah padang SMK Seri Pengakalan.Fuhh!penat aku berjalan.Akhirnya tiba.Ingatkan suasana tenang akan menyambutku tetapi..dengan hiruk pikuk ditambah lagi dengan hembusan air cond 14/13 darjah,membuatku badanku menggigil kesejukan.
Di dalam bilik berhimpun,kesemua peserta dikehendaki mengenalkan diri masing masing.Tibanya giliran Team Melaka,aku dengan semangatnya memperkenalkan diriku dengan serangkap pantun.
Antara pesaing pesaingku dalam ANUGERAH NILAM KEBANGSAAN 2019 KATEGORI BMSR
1)Nur Fatihah(JOHOR)
2)Anis Emelinda(NEGERI SEMBILAN)
3)Akid Rusyaidi(PAHANG)
4)Fariz Rezky(SELANGOR)
5)Izz Hakim(PERAK)
6)Dayana Safia (KELANTAN)
7)Alysa Irdina(KEDAH)
8)Aien Nadirah(TERENGGANU)
9)Alexander Jeremia(SARAWAK)
10)Fikrie Amirul(SABAH)
11)Aleya Izzati(PERLIS)
12)Alya Humaira(PENANG)
13)Fatimah(KL)
14)Nisa Inshirah(PUTRAJAYA)
15)Alyaa Nourel(LABUAN)
Balik sahaja dari tempat perhimpunan,aku segera menunaikan solat Isyak dan meneruskan dengan latihan dalam masa setengah jam.Cakap tentang solat,di sana tiada surau untuk menunaikan solat fardhu,jadi para peserta harus bersolat dalam bilik masing masing.
🛣️HARI KEDUA🛣️
Aku terjaga dari tidur pada jam 5:30 pagi.saat itu,aku melihat dua senior ku sudahpun bersiap sedia untuk mandi.Setelah selesai mengurus diri,aku sarungkan BLAZER yang cikguku sendiri tempah kerana BLAZER sekolah tak ada yang sesuai untukku
Setelah itu,akupun terus menunaikan solat subuh dan aku terus pergi ke dewan makan bersama team aku.Arisya,Junny dan Aisyah.
Perut pun dah lega.Fikiran pun dah tenang.Sekarang ni,aku perlu fokus untuk ujian pertama.Kami berkumpul di bilik berhimpun pada jam 8:00 pagi.Di sebabkan kami belum lagi menentukan giliran,pagi itu,sebelum bermulanya ujian individu,kami pun terus melakukan undian untuk menentukan giliran.Aku mendapat giliran ke 7.Alhamdulillah..tak terlalu dekat dan tak terlalu jauh.
Sekali lagi aku kena hadap dengan hembusan angin yang membeku sehingga membuatkan ku tak selesa,aku terpaksa keluar untuk berlatih dan mencari ilham.
Setelah beberapa jam menunggu,akhirnya giliranku tiba.Aku melangkah masuk dengan penuh keyakinan.Di sebalik keyakinan itu ada juga kegelisahan.Kegelisahan yang menghantui ku selama ini.Untuk pengetahuan anda,saya seorang yang berdarah gemuruh.Tidak kiralah sudah berapa pengalaman sudahku kutip,tapi hati ini sentiasa gementar.Hanya dapat kutitipkan doa pada Yang Esa.
10 minit kemudian..
Alhamdulillah..selesai jugak ujian individu.Mengikut jadual sesiapa yang sudah menyelesaikan ujian individu,mereka dibenarkan bergerak bebas sama ada mahu melepak di asrama ataupun berlatih bersama rakan rakan lain.Aku memilih untuk pulang ke asrama,menenangkan fikiran ku buat seketika,aku menanggalkan Blazer sebentar.Panas..jauhku berjalan..hilangkan lelah terlebih dahulu..Selepas lelah ku hilang..rakanku dari Pahang mengajak ku makan tengahari bersamanya.Tapi aku menolak.Walaupun aku menolak,tetapi aku mengikutinya sehingga ke kafeteria,aku meneruskan perjalanan ku hingga ke bilik perhimpunan,setelah hampir 15 minit menunggu rakan seperjuangan ku selesai,kami pun terus ke Kafeteria menikmati juadah Makan Tengahari.
APA SOALAN YANG KORANG JAWAB TADI?
SUSAH TAK SOALAN DIA?
APA BUKU YANG KORANG ULAS?
ADA ORANG TANGKAP GAMBAR TAK?
Itulah soalan yang masing masing pendamkan sejak sekian lama diluahkan saat menjamu selera di kafeteria.
Selesai mengenyangkan perut,kami terus ke asrama.Masuk sahaja bilik,aku terus menyalin pakaian ku.
'Berpeluh!!Baik aku mandi'
AHHHH!!Segar rasanya..aku merehatkan diriku sebentar dengan scroll content content Yang ada dekat FB.Masih belum mempunyai akaun IG.Layan jelah.
Dalam jam 3:00 petang,aku,Aisyah,Arisya dan Junny berlatih bersama sama.Kami memperbaiki segala kesilapan dalam ujian individu tadi dan memberikan persembahan yang terbaik dalam ujian berkumpulan kelak.
Jam 5:00 petang.Selepas solat asar,rakan ku dari Pahang sekali lagi mengajakku minum petang bersama sama,aku menerima pelawaannya itu,
Kami bersembang bersama sama,berkongsi pendapat dan idea.Dia juga merupakan calon Tokoh Nilam Peringkat Kebangsaaan Kategori BMSR.Aku sangat seronok apabila bersama dengannya.Kami menceritakan pengalaman kami dalam mengharungi setiap cabaran dan dugaan bermula daripada peringkat daerah,negeri sehingga berada di pentas Final ini.Beliau juga adalah salah seorang peminat karya Abdul Latip Talib.Sama sepertiku.
Malam itu,selepas maghrib.Aku tidak berlatih bersama sama pasukan ku.Kami diberikan masa dua jam di bilik perhimpunan untuk bersama sama pesaing di ujian berkumpulan esok.Aku diundi bersama sama dengan 3 orang dari negeri lain.Anis dari Negeri Sembilan,Fatimah dari Kuala Lumpur dan Alya dari Labuan.Ujian berkumpulan ini memerlukan kerjasama yang kuat bagaikan sudah setahun bertemu.
Fokus..itu yang aku perlukan ketika itu.
Aku melangkah menuju ke bilikku.Dalam keadaan hujan yang lebat.SEJUK!!
Selepas menunaikan solat Isyak,aku terus merebahkan badanku ke katil.Aku tidur dalam keadaan air cond terbuka.
Mahu saja aku tutup air cond itu,tapi..disisiku terdapat dua lagi senior yang lena dibuai mimpi.Hanya mampu menarik selimut yang ku bawa dari rumah,ditambah lagi dengan tuala mandi pihak BTPN yang tebal dan dilapisi lagi dengan selimut BTPN yang cukup tebal..Masih lagi sejuk!!Aku cuba melelapkan mata..AKHIRNYA...
🛣️HARI KETIGA🛣️
Jam 8:30.
Setelah selesai bersarapan pagi.Aku terus ke bilik berhimpun untuk ujian berkumpulan.Bersama sama aku,Alya,Fatimah dan Anis bersedia untuk menghadapi ujian berkumpulan ini.Bagiku,ujian ini sangat sangat penting untukku mengumpul seberapa banyak mata yang boleh untuk aku menyaingi tempat ketiga teratas.
Jam 10:00
Kami masuk ke bilik ujian.Berdebar rasanya.Kali pertama aku menyertai Anugerah Nilam Kebangsaan ini.Sejujurnya,aku tidak menetapkan sebarang sasaran dalam ANK19 kali ini.Target aku hanya buat yang terbaik untuk mengharumkan nama Melaka dan mengutip seberapa pengalaman kerana pengalamanlah yang mengajar ku untuk terus mara dan mara dalam masa akan datang.AKU AKAN BUAT YANG TERBAIK!
Jam 10:30
Selepas 30 minit berperang mulut.Akhirnya aku boleh menghembuskan nafas lega.Walaupun tidak seberapa lega menanti keputusan,aku tetap bersyukur kehadrat Illahi kerana aku berjaya menyempurnakan perjuangan ini.
Aku pulang ke asrama kemudian aku turun ke dewan berhimpun kembali untuk mencari rakan sepasukan ku.
ALHAMDULILLAH!!
Selepas Zohor,kami diminta untuk turun ke bilik berhimpun semula.Kami dimaklumkan bahawa malam nanti pihak BTPN akan membuat malam kebudayaan.Kami dibahagikan kepada zon zon di Malaysia.Zon Utara,Zon Pantai Timur,Zon Barat,Zon Selatan dan Zon Borneo.
Di dalam zon selatan,terdapat tiga negeri yang bergabung.Negeri Sembilan,Melaka dan Johor.
Dari jam 3:00 petang hingga 6:30 petang.Kami berlatih untuk memberikan persembahan yang terbaik.
Dengan mengetengahkan watak sebagai 'Christina Columbus' oleh Junny.Kami mempersembahkan sketsa tentang Christina Columbus.Seorang pelancong wanita yang melancong ke Singapura dan tidak mengetahui tentang kewujudan Malaysia.Dia berjalan ke arah utara,dan berjumpa dengan orang orang Johor.Kemudian,dia meneruskan perjalanan ke Melaka dan Negeri Sembilan.
Aku ditugaskan untuk berdondang sayang depan Christina Columbus sebagai simbolik tentang negeri Melaka.Persembahan kami berjalan lancar.Dan yang paling membuatkan kami tersentuh apabila tibanya persembahan dari Zon Utara.
Diorang nyanyi lagu sedih plak..aduhh..Semua peserta hampir menjatuhkan air mata kerana walaupun kami baru berjumpa tetapi kami boleh diibaratkan sebagai sebuah keluarga.Yang menjaga sesama sendiri.Rindu pula rasanya saat ANK19 dahulu.
Zon Selatan berjaya meraih tempat ketiga.Menang Kalah aku tak kisah,kerana malam ni hanya untuk kami enjoy bersama sama.
Malam itu,kami berborak bersama sama hingga ke jam 2:00 pagi.Waktu ni,kami berkongsi pengalaman bersama sama selepas dua hari kami perlu fokus dengan ujian yang akan kami hadapi.Borak..borak..borak..jam menunjukkan pukul 2:30 pagi.Aku masuk ke bilik ku untuk merehatkan minda dan diriku.
🛣️HARI KEEMPAT🛣️
ALAMAK!PHONE TAK CHARGE LAGI!!MACAM MANA NI!!
Aku menggelabah kerana terlupa nak Charge phone semalam.Pagi itu,aku terus menge'charge'kan phone ku dalam beberapa minit.
Aku berkemas.Packing barang untuk kembali ke Melaka.Tapi sebelum pulang ke Melaka,Kami perlu ke PWTC terlebih dahulu untuk upacara penutup dan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Tepat jam 9:00 pagi.Selepas bersarapan,kami membawa beg pakaian kami ke bawah agar mudah apabila balik dari PWTC nanti.Selepas itu,kami menaiki bas untuk ke PWTC.Berdebar rasanya menunggu keputusan.Di dalam bas,aku hanya mampu melihat keindahan suasana bandar sahaja.Tak mampu untuk aku membalas chat daripada ibu ku,cikgu mahupun rakan.Aku meminjam Powerbank rakanku rakan seperjuangan ku untuk mengembalikan tenaga Phone yang aku pinjam daripada ibu ku.
Tepat jam 11:00 pagi.
Kami tiba di PWTC.Kali pertama aku menjejakkan kakiku di sini.Besar.Sehingga sesiapa sahaja boleh sesat apabila berada di dalamnya.Setelah 15 minit berjalan ke sana ke sini.Akhirnya,tiba juga di tempat majlis akan berlangsung.
DUP!DAP!DUP!DAP!
DARAH GEMURUH KU KEMBALI MENGHANTUI DIRIKU.Aku cuma dapat menenangkan diri dengan Selawat sahaja.
Pada jam 12:00 tengahari.Majlis bermula,dan tiba waktu yang dinanti nantikan.Aku semakin cemas,mendengar satu per satu nama lawanku disebut..Dan..
Rezeki bukan memihak padaku..juga bukan buat negeri Melaka..Aisyah,Arisya dan Junny sudah pun mula menitiskan air mata.Aku pun berasa kempunan dan sedih juga.Aku menahan..tahan..dan terus menahan perasaan ku.
Sehinggalah...
Aku bertemu guru besarku di SK Melaka Pindah,Pn Hjh Suriati,yang datang membawa rombongan untuk pergi ke pesta buku juga diadakan di PWTC.Air mataku mengalir..Hanya mampuku ucapkan..
"Maafkan saya cikgu"
Itulah ayat yang ku lafazkan kepada guru yang banyak berjasa kepadaku.Sungguh,kempunan itu ada tapi aku berfikir secara rasional,hanya mengutip pengalaman untuk terus berjaya dalam masa hadapan.Aku tahu, rezeki tidak pernah salah alamat.
Selesai majlis itu,kami diberikan masa 3 jam untuk berjalan jalan di sekitar pesta buku.Aku dapat berjumpa dengan pelukis komik terkenal,Keith..pelukis komik Lawak Kampus,mahu saja aku mengambil gambar kenang kenangan..tapi..tak kesampaian kerana phone ku sudah hampir nazak.
Aku berjalan di sekitar pesta buku bersama rakan sekolah rendah ku.Makan bersama sama,lari dari rombongan Geng Nilam buat sementara waktu.
Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Azan berkumandang,Solat Jumaat hampir tiba,aku pun terus ke Masjid PWTC.Solat Jumaat di sana.
Disebabkan aku seorang sahaja lelaki dalam team Melaka,Rakanku mengusik ku dengan mengatakan..
'banyak awek kau Hambali,sampai kakak cina pun nak kebas'
Aku hanya mampu tersenyum..mengenang kembali pengumuman keputusan tadi.
Selepas solat Jumaat,aku kembali ke tempat tadi,menunggu rakan rakan ku dan terus menaiki bas untuk pulang ke SHAH ALAM.Setibanya ku di sana,sudah hampir 3:45 petang.Dan aku terus mengangkut barang barang ku masuk ke dalam van.Pasukan Melaka bertolak pulang pada jam 4:05 petang dan tiba di BTPN MELAKA pada jam hampir 6:45 petang.
Aku dihantar pulang kerumah oleh guru pengiring ku di ANK19 iaitu Cikgu Nizam..Jutaan terima kasih ku ucapkan kepada Cikgu Nizam.
Aku tiba di rumah pada jam 9:15 malam.Alhamdulillah..selamat sampai dan itulah kali terakhir aku berjumpa dengan Cikgu Nizam.
Di kesempatan ini,
Saya SAID HAMBALI LIMAN ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu saya bermula daripada peringkat daerah hingga Kebangsaan.Lebih lebih lagi kepada Pn.Hjh Suriati,Cikgu Noritah,Cikgu Asmah dan Cikgu Miza..
Syukran Jazeelan saya ucapkan.
Itu sahaja untuk segmen Santai kali ini
SAMPAI Ilmu dari hati,
BIAR ingat sampai mati
Assalamualaikum wbt.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan