Ilustrasi Wajah Parameswara yang memakai gelaran Sultan Iskandar Shah yakni Sultan Kesultanan Melayu Melaka pertama.
Perkahwinan Gevherhan dengan Ughurlu Muhammad adalah satu-satunya pengecualian, yang benar-benar membuktikan peraturan itu. Ughurlu Muhammad sebagai pengasingan dari tanahnya sendiri dan pengungsi di istana Uthmaniyyah, pangeran Aq Qoyunlu mungkin dianggap semacam anggota tambahan dari keluarga kerajaan Uthmaniyyah.
Mehmed memasang menantu barunya di wilayah perbatasan Sivas dan berjanji untuk membekalkannya dengan senjata dan lelaki, yang dengannya dia akan menyatakan tuntutannya terhadap warisannya pada saat yang tepat. Ughurlu Muhammad terbunuh dalam pemberontakan yang cuba dilakukannya terhadap bapanya pada tahun 1477.
Dari perkahwinan ini, Göde Ahmed dilahirkan. Kerana kematian ayahnya, Mehmed membawa cucunya ke Istanbul.Ahmed mengahwini puteri pamannya, Sultan Bayezid II , Aynışah Hatun pada tahun 1489.
Persoalannya di sini,siapakah puteri AlFateh yang mengahwini Sultan Alauddin Riayat Shah?
Adakah ada pihak yang cuba merahsiakan hubungan antara kedua dua kerajaan ini?
Ataupun perkara ini hanyalah tokok tambah oleh sesuatu pihak untuk menunjukkan hubungan yang terjalin antara Kesultanan Melayu Melaka dan Empayar Turki Uthmaniyah?
Wallahualam..hanya Allah yang Maha Mengetahui dan perkara ini masih lagi dalam kajian.
Baiklah,sekarang ini kita tinggalkan sebentar isu Sultan Muhammad Al-Fateh dan Kesultanan Melayu Melaka.
Sultan Alauddin Riayat Shah,Sultan Melaka yang ke-7.
Sultan Alauddin Riayat Shah dikenali dengan keberanian dan kebijaksanaan Baginda dalam membanteras jenayah jenyayah di sekitar Kota Melaka,Baginda sanggup mencemar duli dan menyamar sebagai rakyat biasa dan berjaya menundukkan pencuri pencuri dengan bantuan orang orang kanannya iaitu Hang Isap dan Hang Siak.Baginda memiliki banyak musuh sama ada di dalam atau di luar negeri kerana keaktifan Baginda dalam memerintah Melaka.Baginda seorang yang taat setia dengan ajaran Islam.
Wajarlah sekiranya teks Sejarah Melayu melaporkan bahawa"Adapun akan Sultan Alauddin itu terlalu perkasa,(tiada berbagai)pada zaman itu".
Sultan Alauddin Riayat Shah dikatakan begitu misteri kerana terdapat banyak nama nama timangan Sultan Alauddin yang ditulis dalam buku buku sejarah.Ada yang menulis Raja Hussain,Raja Ahmad,Raja Raden,Raden di Kelang,Raden digelang dan Raden Kelang.Nama nama timangan ini membuatkan para pengkaji sukar dan perlukan kajian teliti untuk membuktikan nama nama tersebut merujuk kepada Sultan Alauddin Riayat Shah.
Misteri Sultan Alauddin Riayat Shah tidak terhenti setakat situ sahaja,Para pengkaji sibuk untuk membuktikan siapa sebenarnya Bonda Sultan Alauddin Riayat Shah.Menurut Sejarah Melayu ataupun dikenali sebagai Sulalatus Salatin yang ditulis oleh Tun Sri Lanang berpendapat,Bonda kepada Sultan Alauddin ialah Bendahara Paduka Diraja.Tetapi, terdapat sebuah versi lain yang juga dipercayai yang tertua,tetapi amat pendek bentuknya.Versi ini terdapat di universiti Leiden dengan kod Cod.Or.3199,(3)Bahagian 4.Versi ini menyebutkan bahawa Sultan Alauddin Riayat Shah adalah anakanda hasil daripada perkahwinan Sultan Mansur Syah dengan wanita Jawa iaitu Raden Galoh Cendera Kirana.
Petikan Critera Asal Raja Raja Melayu Punya Keturunan:
"Tiada berapa lamanya,mangkat.Maka diganti puteranya,Sultan Mansur Shah,pada sanat 789.Maka Mansur Shah itu kawin dengan puteri Raja Majapahit,Raden Galuh Cendera Kirana."
Menurut Muhammad Yusoff Hashim penulis buku Kesultanan Melayu Melaka cara penulisan Tun Sri Lanang dalam Sejarah Melayu adalah tidak berdasarkan fakta dan membangga banggakan keturunannya(Kemungkinan Bendahara Paduka Diraja adalah nenek moyang kepada Tun Sri Lanang juga berasal dari keturunan Bendahara).
Kemangkatan Sultan Alauddin juga banyak perbezaan antara penulis penulis sejarah.
Mengikut sumber Portugis:
"They say this King(Alaudin) was more devoted to the affairs of the mosque than to anything else."
"This King(Alaudin) having decided to go to Macca and being in Bretam he wanted to come to Malacca to complete his preparations".
"...and in seven or eight days he died..."
Ada juga yang mengatakan Sultan Alauddin Riayat Shah mangkat kerana diracun oleh musuh musuh Baginda kerana Baginda sememangnya memiliki ramai musuh.
Walaubagaimanapun,pendapat dan interpretasi ini tidak semestinya muktamad.Selagi ada pendapat dan interpretasi yang lain n yang lebih meyakinkan,selama itulah ketokohan Sultan Alauddin terus berada dan menjadi satu misteri!Tuhan sahaja Yang Maha Mengetahui.
Selepas Sultan Alauddin Riayat Shah mangkat,maka digantikan pula oleh putera Baginda Sultan Mahmud Shah.
Sultan Mahmud Shah.
Selepas kejatuhan Melaka pada 1511 di atas tangan Portugis.Dua Putera Sultan iaitu Sultan Muzaffar Riayat Shah dan Sultan Alauddin Riayat Shah II ditabalkan menjadi Sultan Perak dan Sultan Johor.Kedua dua kerajaan ini masih kekal sehingga sekarang.Waris Kesultanan Melayu Melaka kini dipegang oleh Kesultanan Perak.Tidak Hairanlah jikalai Keris Taming Sari kini ditangan kerajaan Perak.Manakala Kesultanan Johor telah diambil alih oleh dinasti Bendahara yang berjaya menjatuhkan Raja Kecil iaitu waris Sultan Mahmud Mangkat Di Julang.
Mengikut Kajian,waris Kesultanan Melayu Melaka kini berada di Perak,Johor dan Pahang tetapi bagi saya,Waris Kesultanan Melayu Melaka kini berada di seluruh negara kerana atas asbab perkahwinan atau perkerjaan.
Kesimpulannya,sesiapa sahaja boleh mengaku sebagai waris Sultan Melaka,jika cukup bukti dan fakta.Maka benarlah ia dan diiktiraf lah seseorang itu.Walaubagaimanapun,undang undang tetap undang undang,waris tersebut masih lagi tidak boleh menuntut Takhta Kesultanan Melaka kerana Melaka telahpun diiktiraf sebagai Negeri Selat.
Terima kasih kerana sudi membaca blog saya.Semoga kita mendapat manfaat dan menambah ilmu pengetahuan tentang Kesultanan Melayu Melaka.Jikalau ada salah dan silap,boleh komen di bawah.
BalasPadam