THANKS CAUSE SUPPORT GUYS

Khamis, 4 Mac 2021

DRACULA VS ALFATEH:DUA SETERU TRADISI


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.Siapa sahaja yang tak kenal Sultan Muhammad Al-Fateh.Bagi peminat sejarah Islam,di antara pemimpin yang terbaik,mesti ada seorang yang selalu disebut sebut iaitu nama Sultan Muhammad Al-Fateh ataupun Mehmed II.Beliau adalah sebaik baik pemimpin dan tenteranya adalah sebaik baik tentera seperti yang disabda oleh Rasulullah SAW:

"Sesungguhnya Konstantinopel akan jatuh ke tangan umat Islam.Pemimpinnya adalah sebaik baik pemimpin dan tenteranya adalah sebaik baik tentera".

Tetapi,sekarang bukan masanya untuk kita mengimbau kembali sejarah kejayaan Sultan Muhammad Al-Fateh dan umat Islam.Pada hari yang bahagia ini,saya akan mengetengahkan sebuah topik yang ramai tidak mengetahui.Sebuah kisah tragis antara bekas rakan sepermainan yang akhirnya menjadi seteru ibarat buku bertemu ruas.Sudah bersedia?

Mari kita mulakan!

VLAD III DRACUL THE IMPALER

Dracula atau Vlad III dilahirkan pada tahun 1431 dalam keluarga bangsawan di Transylvania. Ayahnya, Vlad II dipanggil Dracul kerana menjadi sebahagian daripada Ordo Naga (Order of the Dragon), angkatan kesatria yang ditubuhkan untuk menentang Empayar Uthmaniah.

Order of The Dragon

Dracula disebut Dracul-ae dalam bahasa Romania, di mana draco bermaksud naga, dan -ae yang bermaksud ‘anak kepada’, menjadikannya ‘anak kepada naga’.

Ordo Naga diasaskan pada 12 Disember 1408 oleh Sigismund von Luxembourg yang merupakan raja Hungary pada ketika itu.

Sigismund Von Luxembourg

Tempat lahir Dracula, Transylvania merupakan sempadan antara dua empayar terbesar ketika itu; Empayar Turki Uthmaniyah dan Raja Hungary.

Bapanya, Vlad II telah diberi kepercayaan untuk memimpin Wallachia, salah satu jajahan di bawah kesultanan Uthmaniah. Sebagai jaminan kesetiaan, Dracula dan adiknya Radu cel Frumos dididik bawah kesultanan tersebut dan menyertai pasukan ketenteraan Janissari, kumpulan elit tentera milik sultan Uthmaniyah.

Radu Cel Frumos(The Handsome)

Dalam angkatan Janissari yang menjadi kumpulan tentera terbaik pada masa itu, mereka berdua mempelajari ilmu dan strategi peperangan tentera Islam.

Pada usia 13 tahun, Dracula mengangkat sumpah di dalam Ordo Naga untuk memerangi kaum Muslimin kerana kebenciannya kepada kaum Muslimin; bertentangan dengan adiknya, Radu Cel Frumos yang memeluk agama Islam.

Janissary adalah tentera elit Empayar Turki Uthmaniyah.

Ketika usianya 16 tahun, ayah mereka, Vlad II dibunuh oleh angkatan John Hunyadi, Raja Hungary yang cuba merampas Wallachia. Berikutan itu, kesultanan Uthmaniyah menghantar bantuan untuk membebaskan wilayah itu daripada Hunyadi.

Ayah kepada Muhammad Al-Fatih, Sultan Murad II kemudiannya memberi kepercayaan kepada Dracula bagi menggantikan ayahnya untuk memimpin Wallachia.

John Hunyadi,Figura Politik Hungary.

Sultan Murad II,Ayahanda Sultan Muhammad Al-Fateh.

Sultan Muhammad Al-Fateh (Mehmed The Conqueror)

Kerana kebencian terhadap ayahnya yang tunduk pada Muslim, Dracula menggunakan kesempatan tersebut untuk merosakkan pertahanan orang Islam pada ketika itu.

Dia yang boleh berbahasa Arab, Turki dan mempunyai pengetahuan ketenteraan berpura-pura menjadi sebahagian daripada benteng pertahanan Muslim dan menghancurkannya dari dalam.

Dia menguasai Wallachia dari 1448 sehingga ditewaskan tentera Al-Fateh dalam beberapa siri pertarungan.

Wilayah Empayar Turki Uthmaniyah di saat kegemilangannya.

Sembilan tahun setelah kejatuhan Kota Konstantinopel pada 1453, Al-Fateh menghadapi Dracula secara khusus dengan menghantar 1,000 tentera diketuai oleh Hamzah Bey.

Nasib angkatan tentera tersebut berakhir dengan tragis apabila mereka tewas di tangan Dracula yang sememangnya faham akan strategi peperangan umat Islam seperti yang dipelajarinya ketika di Janissari.

Setelah dikalahkan, tentera-tentera tersebut disula dan menjadi hutan mayat manusia. Komander pasukan, Hamza Bey disula pada kayu paling tinggi dan dicacak di tengah-tengah sebagai simbol.





 Sejak daripada peristiwa tersebut,Vlad III Dracul dikenali sebagai 'Tsepesh' ataupun 'Impaler'.

Tidak terhenti di situ, Muhammad Al-Fateh menghantar adiknya, Radu Cel Frumos yang memahami selok belok Romania untuk memimpin 90,000 tentera Janissari menerobos hutan dan kawasan berbukit bagi menghadapi Dracula yang berlindung di benteng Poenarinya yang kukuh.

Dalam satu pertempuran dengan tentera Turki, Dracula dikatakan melarikan diri ke kawasan pergunungan dan menyula sesiapa sahaja yang ditemuinya. Kemaraan Turki terpaksa dihentikan kerana tidak mampu menahan bau mayat yang mereput.



THE NIGHT ATTACK

The Night Attack adalah pertempuran berlaku antara kuasa-kuasa Vlad III , Prince of Wallachia , dan Sultan Mehmed II daripada Empayar Uthmaniyyah pada Khamis Jun 17, 1462. Pertempuran dimulakan setelah Mehmed, yang sudah menjalin hubungan tegang dengan Vlad, menemui pakatannya dengan raja Hungaria , Matthias Corvinus dan memerintahkan pasukannya untuk menyergapnya. Vlad menggagalkan serangan itu dan menyerang Bulgaria

Sebagai tindak balas, Mehmed mengumpulkan tentera yang hebat dengan tujuan untuk menaklukkan Wallachia dan mencapainya ke kerajaannya. Kedua-dua pemimpin itu bertempur dengan beberapa pertempuran, yang paling terkenal ialah Night Attack di mana Vlad menyerang kem Turki pada malam itu dalam usaha untuk membunuh Mehmed. Percubaan pembunuhan gagal dan Mehmed berjalan ke ibu kota Wallachian Târgoviște , di mana dia menemui beberapa lelaki dengan meriam. 

Setelah meninggalkan ibukota, Mehmed menemui 23,844 orang Turki yang dipancung oleh Vlad ketika dia menyerang Bulgaria. Angka tersebut disebut oleh Vlad sendiri dalam sepucuk surat kepada Matthias Corvinus . 

"Saya telah membunuh lelaki dan wanita petani, tua dan muda, yang tinggal di Oblucitza dan Novoselo, di mana Sungai Danube mengalir ke laut, hingga ke Rahova, yang terletak berhampiran Chilia, dari Danube bawah hingga ke tempat-tempat seperti Samovit dan Ghighen. Kami membunuh 23,884 orang Turki tanpa menghitung orang-orang yang kami bakar di rumah atau orang-orang Turki yang kepalanya dipotong oleh tentera kami ... Oleh itu, Yang Mulia, anda mesti tahu bahawa saya telah memutuskan perdamaian dengannya (Sultan Mehmet II)."







Dracula kemudiannya lari dan meminta perlindungan pembunuh ayahnya, John Hunyadi sehinggalah mati dibunuh tentera Uthmaniyah pada 1478. Sepanjang hayatnya, Dracula dikatakan telah membunuh lebih kurang 50,000 orang manusia.

Usaha Dracula mempertahankan Kristian pernah dipuji Vatican, namun mereka menolak caranya yang sangat kejam.

FITNAH TERHADAP MEHMED II

Para sejarawan barat tidak berpuas hati dengan kekalahan mereka berkali kali di tangan umat Islam sejak bangkitnya Khilafah Uthmaniyah.

Nak buat macam mana?benda dah jadi.

So,diorang pun ubahlah sejarah dan fakta berkaitan dengan pemimpin terkemuka umat Islam iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh.

Mereka mengatakan bahawa kedatangan Radu Cel Frumos (The Handsome) sebagai memuaskan nafsu raja muda itu.Kata mereka lagi,perkara ini disaksikan oleh Vlad III Dracul sendiri.

Astaghfirullah..fakta ini memang bertentangan dengan sejarah sebenar.Perwatakan Sultan Muhammad Al-Fateh yang rendah diri dan selalu meluangkan masa dengan Tuhan menjadikan beliau dipilih Allah sebagai penakluk Konstantinopel.

MUSTAHIL PERKARA TERSEBUT BERLAKU!!

Malangnya,Teori ini semakin tersebar di khalayak ramai,banyak filem filem dan drama yang diterbitkan untuk tujuan memburukkan AGAMA ISLAM.Kalau anda buat carian di Google dan menaip nama 'Radu Cel Frumos' dan klik Image,pasti anda akan menemui gambar gambar yang sangat menyakitkan hati sebagai umat Islam.Hanya Tuhan sahaja mampu membalas perbuatan tersebut.

Kesimpulannya,

Sebagai umat Islam,kita patut mengetahui sejarah sejarah Islam dari awal sehingga akhir.Janganlah kita menjadi orang yang menabur fitnah yang terang terangan bertentangan dengan fakta.Selidik dulu sebelum sebar.

Nabi SAW pernah bersabda dalam hadith yang diriwayatkan Huzaifah R.A:

‏ لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ ‏

Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba).” [Riwayat al-Bukhari (6056) dan Muslim (105)]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Budak Baru

Pagi itu,jalan raya mula diluncuri dengan pelbagai jenis kenderaan.Masing-masing sedang bergerak menuju ke arah hala tuju mereka.Sama ada ya...