Kakinya laju meninggalkan bilik guru,Iman berjalan dengan pantas menuju ke kelasnya yang terletak jauh dari tempat perjumpaanya tadi.Lama kelamaan kelibat Iman pun menghilang dari bilik guru.
"Laju betul budak ni.." bisik hati kecil Ustaz Hamzah.
Setelah beberapa minit dia berjalan,akhirnya Iman berjaya sampai ke kelasnya.Kelihatan sosok tubuh seorang guru yang berusia 20 an sedang mengajar di dalam kelas.
"Adehh..habislah aku.."
Iman mengeluh, walaupun kelihatan sedikit takut,dia tetap memberanikan diri untuk masuk ke dalam kelas.
"Assalamualaikum cikgu,maaf lambat.Saya ada perjumpaan dengan Ustaz Hamzah berkaitan dengan pertandingan syarahan."
"Walaaikumsalam.Ha,masuklah!Apa yang terhegeh hegeh lagi?Dah tak nak belajar dah?"
Iman gegas masuk ke dalam kelas.Dia menarik beg sekolah yang menghalangnya daripada dia duduk.Dia melabuhkan punggungnya.
"Kamu Iman,kalau wakil sekolah sampai ke planet Marikh pun tak guna!Wakil sana sini tapi result pun teruk!"
Iman terkejut,dia mengetahui bahawa dirinya amat sibuk sejak kebelakangan ini.Pertandingan E-sport Mobile Legend yang telah diadakan pada minggu lepas dan bertindih pula dengan ujian percubaan SPM SMK Sebang Gemilang sedikit sebanyak menerencatkan fokusnya dalam pelajaran.Dia tidak menetapkan sebarang sasaran dalam ujian tersebut.Namun,dia yakin bahawa keputusan ujiannya dalam lingkungan A,B atau C.
"Muhammad Iman Asghar bin Muhammad Muaz."
Cikgu Hawa memanggil nama Iman yang ketika itu sedang mengagihkan kertas ujian.
"Astaghfirullahalazim" Iman terkejut akan keputusan ujian Matematik Tambahannya.
"38 peratus je?Teruk gila!Monyet pun lagi pandai!"
Iman kecewa dengan keputusannya.Tidak sempat dia menyelak halaman kertas ujiannya,Cikgu Hawa bersuara.
"Kecewa?Jangan kecewa sangatlah Iman,kau yang mem'buzy'kan diri sendiri lepastu nak kecewa pula.Saya nak ujian akan datang awak buat lebih baik lagi."
Iman hanya senyap.Tidak mampu berkata apa apa.
"KRINGGGGGGGG"
Bergema satu sekolah dengan bunyi loceng yang menandakan bahawa tibanya waktu rehat.Iman tidak bergerak dari tempatnya.Dia duduk termenung melihat kertas ujiannya.Apabila semua rakan rakannya sudah keluar menuju ke kantin,Iman mencapai kertas ujiannya dan memasukkannya ke dalam beg.Dia terus melabuhkan kepalanya ke atas meja.Dia cuba menenangkan fikirannya yang bercelaru.Baru sahaja selesai Kejohanan Mobile Legend Piala Tun Hussein Onn,kini dia terpaksa menggalas satu lagi cabaran yang sukar apabila dia akan berentap di dalam pertandingan akhir syarahan spontan agama peringkat kebangsaan.
Kepalanya berasa sakit.Segala masalah datang serentak.Ditambah lagi dengan konfliknya dengan pelajar di sekolah tersebut yang asyik menabur fitnah terhadapnya.Dia menjadi serabut.
"Ya Allah,kau kuatkanlah diriku.."
Tiba tiba kedengaran satu suara dihadapannya.
"Asslaamualaikum Iman,awak tak makan ke?"
Iman pada ketika itu menutup seluruh wajah dengan lengannya hanya menjawab salam dan menghiraukan pertanyaan 'suara' tadi.Dia mengetahui pemilik suara tersebut adalah Liyana,rakan sekelasnya.
"Awak ada apa apa masalah ke?saya boleh bantu."
Iman hanya diam.Malas untuk melayan Liyana.Liyana pula sudah lama menyimpan perasaan terhadap lelaki di hadapannya.Iman mengetahui hal tersebut.Namun,dia cuba untuk menghindarkan dirinya daripada bergelumang dalam lautan zina.Dia masih lagi ingat akan sabda Allah SWT dalam Surah Al Isra ayat ke 32.Dia juga mengingati pesan bondanya yang tercinta:
"Kalau ada orang minat Iman,biarkanlah dia.Janganlah terlalu rapat dengannya.Takut nanti lain pula jadinya.Biar orang cakap kita jual mahal takpe.Sebab harga diri lebih mahal dari segala galanya."
Melihat keadaan Iman yang kaku.Liyana terus mendekati Iman.
"Awak ok tak?Macam ada masalah je?.."
"WOII POMPUAN KAU DIAM BOLEH TAK?AKU DAHLA BANYAK PROBLEM NI KAU PULAK TAMBAH LAGI PASAL?KAU NAK APA?DAH DAHLAH TU..AKU DAH PENATLAH..PENATT!"
Kemarahan Iman telahpun meletus.Bagaikan lava keluar dari gunung berapi.Iman tidak dapat mengawal perasaannya.Dia mencapai pencil box Liyana lalu mencampakkannya ke luar kelas.Liyana terkesima.Tidak sangka Iman akan melakukan sedemikian.Kini dia sendiri yang mengalami situasi yang pernah Durrah alami sehinggakan kawannya itu bermusuhan dan cuba untuk membusukkan nama Iman.
Durrah juga pernah berkata kepadanya bahawa Iman bukanlah seorang lelaki yang baik.Hanya melepaskan nafsu amarahnya tanpa melihat nilai perasaan seseorang.Dia mula memahami perasaan Durrah yang pernah dimarahi oleh Iman.Walaupun Iman telah meminta maaf,jiwa Durrah yang terguris masih lagi tidak sembuh sehingga melahirkan dendam.
Sejak daripada itu,Durrah mula mencipta pelbagai fitnah terhadap Iman dengan hanya satu tujuan.Ya, membusukkan nama Iman.Durrah juga memiliki sikap iri hati terhadap kejayaan demi kejayaan yang berjaya dirangkul oleh Iman.
Durrah yang pada ketika itu melihat adegan yang menarik tadi lantas meluru ke arah rakan rakan yang berada di kantin.
"Weyh korang,aku ada berita gempak tahap dewa ni!"
"Ha apa?" kata Aisyah tidak sabar untuk mengetahui isu semasa yang akan disampaikan oleh Durrah.
"Iman..dia maki Liyana dalam kelas.Lepastu dia campak pencil box dengan botol air Yana keluar kelas.Aku sendiri nampak dengan mata kepala aku yang Si Iman tu nak tampar muka Yana.Nasib baik Yana elak."
Humaira' ketika itu sedang menikmati nasi goreng tersedak selepas mendengar berita tersebut.
"A..apaa??Imann!??"
"Dayus gila babe!Laki apa macam tu!"
"Ha yelah..yang dulu korang duk suka dia tu kan..aku dah cakap dah..dia bukannya helok pon perangai dia.."
Izan,Afifah dan Aina terkejut selepas menerima berita tersebut.Tidak mungkin seorang lelaki yang berperwatakan alim,bijak serta aktif dalam mengharumkan nama sekolah melakukan sedemikian.Namun,kata kata Durrah yang 'boombastic' berjaya menghasut pemikiran mereka berlima.Sekali lagi,peluang untuk membusukkan nama Iman berada di depan mata.
"Hahaha,siaplah kau Iman.Aku akan buat kau tinggalkan sekolah ni dalam keadaan yang hina.Dasar munafik." Bisik hati kecil Durrah.
Insiden pada waktu rehat tadi sudah menjadi buah mulut pelajar pelajar tingkatan 5 di sekolah tersebut.Nama Iman sudahpun dipandang serong oleh rakan rakannya.
****************************************
Iman meluru keluar dari kelas meninggalkan Liyana keseorangan.Bagi Liyana,walaupun dia sudah menyedari perangai sebenar Iman,namun dia berfikiran positif.Memahami masalah yang dilalui oleh Iman.
Pintu surau dihentak kuat.Iman masih lagi dalam keadaan yang tertekan.Dia mencapai sebuah kerusi yang berada di belakang surau lalu melabuhkan punggung di atasnya.Iman cuba menenangkan seketika dirinya yang sedang menghadapi pelbagai ujian.
"Astaghfirullahalazim...apa kau dah buat Iman!"
Monolog Iman sendirian apabila terkenang tindakannya yang agak dayus terhadap seorang wanita yang tidak bersalah.Lamunan Iman terhenti seketika apabila terdengar bunyi pintu surau ditolak.
"Assalamualaikum,bro."
"Waalaikumsalam..eh Arif..kau buat apa dekat sini?"
"Aik..nak datang rumah Allah pun tak boleh ke?Surau ni kau punya ke?"
Iman rasa bersalah.Sekali lagi,dia merasakan dirinya melukai perasaan orang lain.Fikirannya bercelaru sehinggakan dia tidak mengetahui tindakannya sendiri.
"Haha..tak payah buat muka bersalah lah..aku gurauu ajee.."
Setelah mendengar kata kata Arif,Iman kembali tenang.Dia tidak mahu rakan rakannya menjauhi dirinya atas sifatnya yang panas barannya itu.
Dia menyedari kesilapannya sejak dia melepaskan nafsu amarahnya kepada Durrah.Kini,dia mula untuk berhijrah.Memperbaiki akhlaknya.
Namun,setinggi mana pun seseorang tersebut,pasti jua dia akan jatuh ke dalam lubang kegelapan.Bukan sekali dua tetapi berkali kali.
Itulah yang dilalui oleh Iman.Mengharap bantuan daripada Allah untuk mengawal perasaan amarahnya.
"Uii.. termenung apa itu?"
"Ehh..takde papelah."
"Haha..aku nampaklah apa kau buat dekat Yana tu."
"Ermm..kau jangan salah faham..Aku..."
"Aku tahu kau tak bermaksud buat macamtu..aku tahu,kau ada banyak komitmen.Kau kecewa dengan result Add Math kau tu kan?"
"Cane kau tahu?"
"Come on laa..aku ni Arif tau..Ahli sufi terkenal di seantero dunia ni..Hahaha"
Iman tersenyum kecil.Arif berasa gembira dapat melihat kawannya itu berada dalam kegembiraan meskipun sedikit.
"And..kau tak patut buat camtu Man.." sambung Arif.
"Bila syaitan sudah mula mengawal manusia,maka dia pun akan lupa diri dia yang sebenar.Contohnya apabila seseorang itu berjaya mengecapi kejayaan,syaitan akan cuba sedaya upaya untuk menarik manusia tersebut ke lembah riak dan ujub.Akhirnya seseorang tersebut akan menyesal atas perbuatannya sendiri." Terang Arif dengan panjang lebar.
Iman termenung.Memikirkan nasibnya yang selalu ditimpa fitnah.Selepas berjaya menjadi Johan dalam Pertandingan Pidato Diraja,dia telah dituduh sebagai seorang yang berlagak di sekolahnya sedangkan dia tidak ada niat yang sedemikian.Perasaannya semakin sulit apabila sebahagian guru guru di sekolah tersebut juga termakan dengan kata kata fitnah tersebut.
Kemudian dia terpalit pula dengan isu dirinya dengan Durrah.Bukan itu sahaja,niatnya untuk berdakwah sering diperlekehkan.Pelbagai tohmahan,kecaman dilemparkan pada dirinya.Kini dia terpaksa menghadapi satu lagi cabaran yang tidak sengaja dicipta oleh dirinya sendiri.
"Sesungguhnya Allah akan memberi ujian mengikut kemampuan kita." Bisik hati kecil Iman.
"Dah duk termenung balik pula diaaa."
"Ha..ha...apa apa??"
"Hahaha..kau ni blur ahh Man.." Geli hati Arif melihat gelagat Iman.
"Okk..takpe takpe..yang penting lepas ni kau kena minta maaf dekat Liyana..okayy?"
"Ok.."balas Iman, pendek.
"Dah dah..jom solat Dhuha..nak habis rehat ni."
****************************************
"Yana!!tunggu!!"
Iman mengejar Liyana yang sedang berjalan menghampiri pintu masuk sekolah.Liyana terdengar panggilan tersebut.Lantas dirinya berhenti dan menunggu sosok tubuh Iman datang mengahampirinya.
"Weyh Yana..a..aku..nak minta maaf pasal tadi."
Yana diam.Hanya termenung melihat keadaan jalan raya dihadapan sekolahnya yang sesak.Bunyi hon dari kenderaan kenderaan yang melalui kawasan tersebut sedikit membingitkan telinganya.
Setelah berpuluh saat Liyana membisukan diri.Akhirnya dia bersuara.
"Hmm..saya masih lagi tak boleh lupakan apa awak buat dekat Durrah.Namun,saya fikir positif.Saya harap dan sentiasa berdoa agar awak dapat mengawal nafsu amarah awak tu,tapi bila saya sendiri merasai apa yang Durrah rasa dulu,baru saya faham."
Iman hanya mendengar sahaja kata kata wanita tersebut tanpa membantah.
"Tapi,saya sekali lagi berfikiran positif sebab saya sendiri tengok awak berada dalam kesusahan.Saya akan maafkan awak kalau awak berjaya membersihkan nama awak daripada segala fitnah yang telah dilemparkan kepada awak dan awak mesti berusaha untuk mengawal perasaan panas baran awak itu."
Setelah selesai sahaja kata kata Liyana tadi,dia terus menapak meninggalkan Iman keseorangan.
Iman termenung sendirian.Cuba menghadam setiap bait kata kata Liyana tadi.
****************************************
"Muhammad Iman Asghar dan Nur Liyana Natasha,Cikgu Syahmer panggil awak berdua."
Berderau darah Liyana selepas mendengar nama Cikgu Syahmer.Cikgu disiplin yang tegas dan sentiasa membawa rotannya kemana sahaja dia pergi.
Iman pula telah mengetahui akan hal ini.Mesti dia akan bertemu dengan Cikgu Syahmer atas masalah disiplinnya.Walaupun terdapat sedikit kegelisahan dari dalam dirinya,dia cuba untuk tenang.
Mereka bangun dan mengekori pengawas bertugas menuju ke bilik disiplin.
"Boleh berikan penjelasan kepada saya apa yang berlaku sebenarnya?" Tanya Cikgu Syahmer.
Iman pun memberi penjelasan kepada Cikgu Syahmer akan insiden Khamis lepas.Tidak habis Iman memberi penjelasan,Cikgu Syahmer memotong.
"Kejap,kejap.. kenapa awak berada di dalam kelas sedangkan ketika itu waktu rehat?"
Iman hanya mendiamkan diri.
"Iman sila jawab pertanyaan saya!"
"Saya puasa cikgu"
"Baik..awak pula Liyana,apa motif awak datang ke kelas ketika itu?"
"Purse saya tertinggal cikgu sebab tu saya pergi ke kelas.Namun,apa yang dikatakan kepadanya selama ini hanyalah fitnah semata mata cikgu.Dia tidak memaki hamun saya dan mencampakkan botol air dan pencil box saya keluar kelas." Terang Liyana cuba untuk menyembunyikan kesalahan Iman.
Iman terkejut dengan penjelasan Liyana sebentar tadi.
"Betul ke Iman?" Cikgu Syahmer memerhati ke arah Iman.
"Be..betul cikgu." Jawab Iman dalam keadaan serba salah.
"Ok..sekarang awak berdua boleh pulang ke kelas,saya akan cuba mencari siapakah yang memfitnah kamu berdua."
Setelah keluar dari bilik disiplin.Iman terus mengucapkan terima kasih kepada Liyana.Liyana pula hanya membalas dengan menganggukkan kepalanya.Boleh dikatakan tiada satu detik pun mata Liyana berpusing ke arah Iman.
Liyana berjalan dengan pantas kembali ke kelas meninggalkan Iman di belakang.Liyana mencuba sedaya upaya untuk menjaga ikhtilatnya dengan Iman.Iman berasa hairan dengan sikap drastik Liyana tersebut.
"Eh,pelik betul minah ni?Dulu bukan main lagi tanya aku ni tanya aku tu sampai aku pun serabut."
Liyana sebenarnya menyedari akan perbuatannya sendiri.Dia hampir.Hampir terjerat dengan jala yang dipasang oleh Syaitan.Mujur dia berjaya mencari jalan keluar.Dia menyedari kesalahan dirinya.Sesungguhnya,cinta suci itu hanya akan diperoleh apabila kita mengejar cinta hakiki.
Liyana sudah mula redha dan kembali ke jalan Allah.Dia menyesali perbuatannya yang dahulu.
Sesungguhnya Tuhan tidak pernah sesekali menzalimi diri kita.
Hanya kita yang menzalimi diri sendiri.
*****************************************
"Mak,esok orang nak pergi KL ni ada pertandingan syarahan.Doakan Man ye mak."
"InsyaAllah Man.Kalau ada rezeki adalah habuannya.Ini tahun terakhir kamu di sekolah ni kan?"
"Ha'ah mak.."
"Jadi buatlah yang terbaik.Harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan nama."
"InsyaAllah mak..sama sama kita doakan."
Iman pun terus mengambil wudhu dan menghamparkan sejadahnya ke atas lantai.Itulah rutin hariannya.Usai sahaja Solat Isya' berjemaah dengan ibunya.Dia akan mengulangkaji sedikit mata pelajaran dan meluangkan masa dengan ibunya.Sebelum tidur,dia akan sentiasa melakukan Solat Taubat dan Solat Hajat bagi memohon pertolongan Allah SWT saat dia dalam kesempitan.
Ya Allah,
Aku menadah tangan dan memohon keampunan buat diriku,ibu bapaku,saudara maraku,rakan rakanku,dan sekalian umat Islam yang hidup atau yang telah meninggal dunia.
Jadikanlah aku dalam kalangan hamba hamba yang bersyukur atas segala nikmat-Mu.
Kau berikanlah hidayah dan ampunkanlah dosa mereka serta lembutkanlah hati mereka yang memfitnahku selama ini.Janganlah kau azabkan mereka dengan azab yang pedih,sebaliknya berilah mereka peluang agar mereka dapat kembali kepada-Mu.
Kau bantulah daku saat ku dalam kesusahan,dihimpit dengan ujian dan hindarilah aku daripada gangguan dan bisikan syaitan.
Aaminn.
"Niat aku untuk pertandingan kali ni adalah untuk mencipta nama dan membersihkan nama aku daripada segala fitnah.Aaminn."
Iman mula memasang niatnya untuk pertandingan kali ini.Semangatnya yang berkobar kobar membuatkannya tidak tidur lena di malam hari.Sinaran rembulan yang terang dan cahaya bintang yang bergemerlapan yang mencuri masuk ke dalam lubang lubang biliknya sedikit sebanyak mengganggu dirinya terlena.Dia cuba melelapkan matanya sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
****************************************
"Iman!!cepat Iman!Cikgu kamu dah tunggu dekat luar tu.." Pekik Puan Damia.
"Ye mak.Kejap!"
"Haihh..kamu ni..time nak gerak baru nak kemas barang."
Iman yang pada ketika itu baru sahaja selesai mengemas barang barangnya lantas keluar dari bilik lalu mencium tangan ibunya.
"Mak,doakan Man ye Mak..Ampunkanlah dosa Man kalau Man ada sakitkan hati Mak.Halalkan makan minum Man ye Mak."
"Ok Man..Mak akan sentiasa mendoakan kau.Buat yang terbaik ye.Nah,Mak dah siapkan bekal sarapan kamu.Nanti makan dalam kereta ye.Kirim salam dekat cikgu awak tu."
"Bukan cikgulah Mak..Ustaz." Iman cuba untuk bergurau dengan ibunya.
"Mak tahulah..ha.cepat..cikgu kamu dah tunggu tu."
"Ok Mak.. Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam Man."
Puan Damia hanya melihat dari jauh sahaja anaknya berjalan menuju ke arah sebuah kereta Perodua Myvi berwarna kuning tersebut.Dia tidak mampu untuk mengiringi Iman.Kesan kemalangan yang menjejaskan pergerakannya sejak lima tahun lalu tidak menunjukkan tanda tanda akan sembuh.Kemalangan itu juga mengorbakan bapa Iman dan adiknya iaitu Najmi.
Kini,mereka meneruskan hidup dengan menjual kuih muih di sekeliling taman perumahan.Mujur ada beberapa orang jiran membantu Puan Damia dalam menguruskan perniagaannya tanpa mengharapkan sebarang upah.
"Uishh..sedapnya Man..apa yang mak awak buat?" Tanya Ustaz Hamzah memulakan perbualan.
"Nasi lemak dengan kuih seri muka je cikgu." Balas Iman.
"Haa..sementara menunggu awak bersiap macam anak raja tadi,saya sempat beli beberapa jenis kuih daripada mak awak.Nanti sampai R&R Seremban nanti kita makan.Amacam?"
"Wauu..mantap ustaz.Hahaha.."
"Iman."
"Saya ustaz."
"Innama a'malu bin niat.Saya nak tanya awak,apa niat awak untuk pertandingan ini.?" Soal Ustaz Hamzah sambil matanya lirik memandang cermin pandang belakang.
"Saya..saya nak cipta sejarah di sekolah ni.Saya nak membersihkan nama saya daripada segala fitnah.Harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan nama." Terang Iman.Jujur terhadap Ustaz Hamzah.
Ustaz Hamzah hanya mendiamkan diri buat seketika.Dia mengetahui situasi yang dialami oleh Iman.Dia juga pernah mendengar guru guru dan murid murid sentiasa bergosip tentang Iman.Namun,dia mengenali Iman lebih baik daripada yang lain.Dia memahami perasaan Iman.Pernah juga dia menasihati Iman agar sentiasa sabar dan mengawal perasaan panas barannya itu.
"Saya faham situasi awak Iman.Tapi niat awak tu sedikit menyimpang dari tujuan sebenar."
Iman hairan.Mengharapkan penjelasan secara berterusan daripada ustaznya.
"Iman,Allah SWT pernah berfirman dalam Surah Al Baqarah ayat 213 :
Sesungguhnya orang yang beriman,orang orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah,mereka itu mengaharapkan rahmat Allah,dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Iman tidak memahami maksud kata kata gurunya itu.Lantas dia bersuara.
"Maksud ustaz?"
"Maksud saya,setiap perkara yang kita lakukan mestilah kerana Allah.Niat kerana Allah bukan kerana manusia.Apabila kita niat berjihad di jalan Allah.Percayalah,segala yang Iman niatkan lambat laun akan tertunai juga.InsyaAllah."
"InsyaAllah,InsyaAllah."
Iman ketika itu menyedari akan kebatilan dirinya.Sesungguhnya dia berdosa.Dia lebih mementingkan dirinya.Melebihkan tanggungjawab dan mengejar nama dunia sedangkan tanggungjawab sebenar yang dipikulnya sebagai seorang manusia pilihan Allah ditolak entah kemana.
"Astaghfirullahalazim..Ya Tuhan,ampunkanlah dosaku.Laa ila hailla anta,subhanaka inni kuntum minazzalimin."
"Dakwah Man,kau datang ni kerana dakwah,bukannya lain!"
"Ya..niat kerana Allah bukan kerana manusia."
Monolog Iman sendirian.Sedar ataupun tidak,ditengah tengah lamunan Iman tadi,mereka sudahpun tiba di R&R Seremban.
"Alhamdullillah Man..dah separuh jalan kita mengembara.Jom turun..kita pergi..."
Ustaz Hamzah menghentikan ayatnya.Iman ketika itu terpinga pinga menanti perkataan seterusnya yang bakal keluar dari mulut Ustaz Hamzah.
"Makan-makann.." Ustaz Hamzah kembali menyambung ayatnya.Berseloroh.
Iman hanya tersenyum kecil melihat gelagat Ustaz Hamzah cuba menghiburkan hatinya.
****************************************
Hari yang ditunggu tunggu kini tiba.Iman sudahpun bersedia untuk memberikan aksi yang bertenaga dalam pertandingan syarahan kali ini.
Dengan azam dan niat yang telah diperbaharui.Kelihatan segak berbaju Melayu,bersamping songket dan bertanjak yang digayakan oleh Iman.Dia berjalan sambil berselawat ke atas Rasulullah SAW.Dia tidak sesekali lupa akan niatnya.
"Niat kerana Allah,bukan kerana manusia."
Dia berjalan menaiki pentas.Hakim pertandingan meminta Iman mencabut salah satu daripada lima sampul yang cantik tersusun di hadapannya.
Setelah yakin dengan pilihannya,dia bergerak dan melangkah ke meja hakim.
"Tajuk syarahan awak adalah,.........."
Iman tersentak selepas mendapat tajuk syarahan tersebut.
"Adakah ini kebetulan atau ini adalah peluang yang Kau berikan kepada ku wahai Tuhan.Jikalau ini adalah peluang untuk ku membersihkan namaku,akan ku buat sebaik mungkin." Kata Iman di dalam hatinya.
Sementara itu,Ustaz Hamzah pula yang duduk di kerusi auditorium hanya tersenyum selepas mengetahui tajuk syarahan Iman.
"Ya,inilah peluang kau Iman.Ternyata,apabila niat kerana Allah,nescaya Allah akan membantu kau tak kira cepat atau lambat Iman."
"Sesungguhnya,Dialah sebaik baik perancang."
Tajuk syarahan Iman ketika itu amatlah sinonim dengan situasi dirinya.Dipalit fitnah dan tohmahan.Sungguh,dia tidak akan melepaskan peluang ini untuk menyampaikan dakwah dijalan Allah.
"Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum WBT,Mencari solusi,Tangani fitnah akhir zaman."
Iman memulakan syarahannya dengan nada suara yang tenang dan lembut.
****************************************
"Johan Pertandingan Syarahan Agama Peringkat Kebangsaan Jatuh kepada..."
Jantungnya berdegup kencang selepas seorang demi seorang lawannya dipanggil naik ke atas pentas.Kini,tinggal dia dan seorang lagi lawannya dari Johor sedang menunggu keputusan yang akan diumumkan sebentar lagi.
"Ya Allah, sesungguhnya aku berniat berdakwah di jalan Mu.Aku tidak mahu mengharapkan sebarang balasan.Asalkan dakwahku sampai kepada orang orang yang amat memerlukannya." Bisik Iman di dalam hati.
"Muhammad Iman Asghar bin Muhammad Muaz!"
Iman terkejut apabila namanya dipanggil naik ke atas pentas selaku Johan Pertandingan Syarahan Agama.Dia menangis kegembiraan.Rezeki yang sememangnya tidak diharapkan berkunjung tiba kepadanya.
Ya,rezeki tak pernah salah alamat.Selagi kita usaha,selagi itu Allah akan memberikan pelbagai bentuk rezeki kepada kita.Yang penting..NIAT.
Video syarahan Iman kini tular di media sosial.Pelbagai komen positif ditujukan kepadanya.Namun,dia tidak mengambil 'port' pun tentang segala komen yang ditujukan kepadanya.Takut juga dia akan jatuh ke lembah keujuban.
Videonya juga telahpun sampai kepada mereka yang amat dahagakan dakwah.
"Akhirnya Iman,kau dah buktikan yang kau boleh!" Kata Liyana selepas menonton video syarahan Iman.
"Alhamdullillah..terima kasih Ya Allah."
Iman juga telah mencapai keputusan yang cemerlang di dalam SPM.Kini,dia melanjutkan pelajarannya ke Universiti Sains Islam Malaysia dalam bidang perubatan.
Sungguh,
Dunia ini bukanlah jalan kita,
Tetapi jalan ALLAH.
Pilihan ini bukanlah pilihan kita,
Tetapi pilihan ALLAH.
Keputusan ini bukanlah keputusan kita,
Tetapi keputusan ALLAH.
Ketetapan ini bukanlah ketetapan kita,
Tetapi ketetapan ALLAH.
gilo2 laaa paduu
BalasPadam