THANKS CAUSE SUPPORT GUYS

Ahad, 15 Ogos 2021

Hagia Sophia

Ku mengatur langkahku menuju ke Masjid Eyup Sultan untuk menunaikan tanggungjawabku sebagai seorang muslim.Sesudah aku solat di masjid yang penuh barakah itu,kakiku menapak menuju ke makam Sahabat Rasululullah SAW yang juga salah seorang perawi hadis baginda.Tidak lain tidak bukan,beliau adalah Abu Ayyub Al Ansari.

Pemergiannya ditangisi oleh dunia Islam.Seorang syuhada yang sanggup bertaruh nyawa demi menegakkan panji Allah SWT.Dengan izin Allah,Abu Ayyub Al Ansari menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam usaha merealisasikan hadis Rasulullah SAW.

"SESUNGGUHNYA,KONSTANTINOPEL AKAN JATUH KE TANGAN UMAT ISLAM.PEMIMPINNYA ADALAH SEBAIK BAIK PEMIMPIN DAN TENTERANYA ADALAH SEBAIK BAIK TENTERA."

Akhirnya,Abu Ayyub Al Ansari disemadikan di dinding kota tersebut.

Aku terus berjalan menuju ke jeti Eyub yang terletak tidak jauh dari situ,Setelah 10 minit ku menunggu giliran menaiki feri,akhirnya feri tersebut bergerak membelah Tannduk Emas dengan pantasnya.Di sini,ku dapat melihat pemandangan kota Istanbul yang indah dan luas terbentang.

"MasyaAllah!" Itulah kalimah yang keluar dari mulutku selepas melihat keindahan kota syuhada tersebut.

Kota yang puluhan komander cuba untuk taklukinya,jutaan tentera gugur syahid di bibirnya.Kota inilah menjadi saksi sejarah dari era kegemilangan bangsa Rom sehingga kini.

Setelah tiba ke jeti Eminonu,ku berjalan perlahan lahan menikmati suasana dan keindahan kota barakah ini.Seketika,ku berhenti seketika untuk membeli hidangan kebab di gerai berdekatan.Melepaskan lelah sementara.Kemudian,aku meneruskan pengembaraan soloku menuju ke Masjid Biru sebelum tibanya waktu Asar.

Sungguh,aku amat bertuah kerana diizinkan untukku menapak di bumi khalifah ini.Sebelum ku menjejakkan kaki ke Istanbul,terlebih dahulu aku mengembara di Ankara,Konya,Troy,Bursa dan Edirne.Istanbul adalah destinasi terakhirku sebelum ku pulang ke Malaysia.

Aku melepaskan lelahku di atas bangku dihadapan Masjid Biru.Di situ,terlihat tersergam indah Hagia Sophia di hadapan mataku.

"Ya Allah,kau berikanlah ku peluang untuk solat di dalamnya"

Ya,aku mengetahui,sejak kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyah dan ditukar kepada Republik Turki,angin sekularisme membadai bumi khalifah ini.Meskipun didatangi pelbagai cabaran,umat Islam disini tetap teguh dengan pendirian mereka yang berbekalkan iman.Tidak dinafikan,ramai juga yang termakan atau terpaksa menerima agenda sekularisme di bumi ini.

Seketika,menunggu kalimah suci bergema,aku mengeluarkan sebuah buku di dalam beg galasku lalu tanpa membazirkan masa....


**************************************


Petang itu,seperti yang dirancang.Komander Titus membawa Turgut ketempat yang ditetapkan oleh Ertugrul.Dari jauh,kelihatan kelibat dua orang manusia di bawah sebuah pohon yang rendang.

"Berjumpa lagi kita orang Turki"

"Sudah.Jangan kau banyak bicara!Turunkan Turgut dengan segera" Tegas Ertugrul.Malas untuk bertikam lidah dengan seterunya itu.

"Engkau pula buka ikatan yang kau simpulkan ke atas kardinal kami!"

Ertugrul tidak banyak bicara.Dia terus mengeluarkan pisau yang diselitkan di belakang badannya dan terus memotong satu per satu simpulan yang membelit kardinal.

Ertugrul berpaling ke arah Komander Titus.Kelihatan komander tersebut menolak Turgut pergi ke arah Ertugrul sambil membisikkan sesuatau ke arah Turgut.

"Buatlah kerjamu wahai Judas."

Selepas tali ikatan terlerai.Kardinal Thomas terus berjalanke arah Titus dan terus menaiki kuda.

"Aku menunggu hari terakhir kita bertemu wahai pahlawan Kayi." Kata Titus dalam nada yang sinis.Fikirannya sentiasa mengatakan bahawa rancangannya bersama Petruchio Manzini itu akan berjaya tidak lama lagi.

Ertugrul langsung tidak mengambil peduli kata kata Titus tadi.Setelah kelibat Komander Titus dan Kardinal Thomas menghilang.Dia terus memeluk tubuh sahabatnya itu.Melepaskan rindu yang berbulan bulan disimpan selama Turgut dijadikan tawanan Templar.

Ertugrul langsung tidak mengetahui bahawa Turgut telahpun di'brainwash' oleh pihak Templar sehingga Turgut tidak mengenali sesiapapun.Dia hanya mengetahui bahawa dirinya bersumpah taat setia kepada Templar.

Dalam keadaan yang hiba,Ertugrul melepaskan rindunya.Tiba-tiba..

"Aarghh.." Ertugrul mengerang kesakitan.

"Mengapa Turgut..mengapa kau buat begini wahai sahabat?"

Ertugrul terkejut dengan perbuatan Turgut yang menikam perut kirinya dengan sebilah pisau.

Ertugrul lemah.Dia kehilangan banyak darah.Akhirnya tubuh Ertugrul jatuh di atas muka bumi.

"Hayyu Allah!"

Mendegar laungan kalimah tersebut,Turgut menjadi kaget.Dia dalam keadaan yang tidak tentu arah.

"Allahu Akbar,Afsin,Dogan!Lihatlah keadaan sahabat dan Bey kita!"

Bamsi Beyrek ketika itu terkejut melihat Ertugrul dan Turgut terbaring di atas tanah.Mereka yang ditugaskan oleh Ertugrul untuk bersembunyi di atas bukit segera turun selepas Komander Titus beredar dari situ.

Bamsi dan Afsin Bey terus ke tubuh Ertugrul.

"Parah..keadannya amat parah." Kata Afsin.

"Maha Suci Allah!Sedangkan pedang Mongol pun tidak pernah menembusi dirinya.Hei bajingan!Di mana kamu!Berani kau mencederakan Bey ku ini!" Bamsi tidak mampu mengawal amarahnya.

Dogan Alp ketika itu memeriksa keadaan tubuh Turgut menjadi sedikit pelik kerana tangan Turgut berdarah namun tiada sebarang kesan luka ditemui.Dia pun memanggil Afsin Bey dan Bamsi Beyrek.

Tidak sempat dia menyeru nama dua pahlawan itu,Turgut terus menghentakkan seketul batu sebesar tapak tangan ke atas kepala Dogan.

"Arghhhhhh!!"

Tiba-tiba....

"Allahu Akbar Allahu Akbar"

Bacaan ku terhenti selepas mendengar laungan azan di corong corong masjid di sekeliling bumi Istanbul.Tanpa melengahkan masa,aku terus mengatur langkahku menuju ke tempat mengambil wudhu'.Aku melangkah masuk ke dalam Masjid Biru.Subhanallah.Alangkah terkejutnya diriku tatkala 
melihat seni bina Masjid Biru.Sungguh.Betapa geniusnya umat Islam terdahulu.Corak geometri yang sukar dapat dibentuk dengan tepat sekali.

Keadaan masjid yang tenang dan keadaan cuaca yang tiba tiba hujan menambahkan kekhusyukan diriku dalam menunaikan ibadah kepada TuhanYang Maha Esa.Perasaanku sedikit hampa melihat bilangan jemaah yang hadir pada hari tersebut.

Usai sahaja imam memberikan salam kedua.Ramai jemaah sudahpun mula meninggalkan masjid tersebut.Yang tinggal hanya beberapa orang sahaja.Setia menantikan alunan bacaan doa oleh imam.

Disebabkan hari itu merupakan hari terakhirku di Istanbul dan tidak ada lagi tempat tempat menarik yang ku lawati.Aku mengambil keputusan untuk beriktikaf di dalam masjid tersebut sambil memikirkan keadaan umat Islam kini.

"Assalamualaikum" Imam masjid tersebut memberi salam kepadaku.Aku menjawab salamnya kembali.Lalu,dia bertanya akan namaku dan tempat asalku.

"Sudah 20 minit  kamu beriktikaf di dalam masjid ini.Subhanallah.Semoga kamu diberikan ganjaran oleh Allah SWT." 

"Imam..saya nak bertanya,bolehkah umat Islam mengembalikan zaman kegemilangan Islam dalam keadaan umat yang begini? Tanyaku.

"InshaAllah,tiada apa yang mustahil.Dalam Perang Badar,tentera Islam ketika itu berjumlah 313 orang menentang orang musyrik yang jauh lebih banyak bilangannya.Namun,dengan izin Allah,umat Islam mendapat kemenangan.Tiada apa yang mustahil jika kita meneruskan usaha."

"Sudahlah,mari saya bawa kamu ke rumah saya,keadaan ketika ini hujan lebat,mustahil untuk kamu meneruskan perjalananmu."

Aku menerima pelawaan imam tersebut.Jadual ku pada hari itu hanya mengunjungi beberapa tempat menarik sahaja.Inginku menghabiskan masaku di Masjid Biru sebelum ku pulang ke hostel selepas Isyak.Namun,jemputan imam tersebut memberi ku peluang untuk mendalami kehidupan masyarakat di Turki.

Imam tersebut membawaku kerumahnya dengan menaiki kereta buatan tempatan.Di dalam perjalanan,ku melihat sekumpulan kru produksi sebuah filem sedang menjalankan penggambaran.Aku menjadi kecewa kerana melihatkan watak heroin tersebut tidak menutup aurat dengan sempurna.

Teringat juga aku tentang seni hiburan di Malaysia.Artis-artis terutamanya wanita sanggup mendedahkan aurat mereka semata mata untuk menghiburkan peminat.Melihat keadaan ku yang resah imam tersebut bersuara.

"Inilah keadaan umat kita sekarang.Lemah.Asyik terikut dengan hiburan dan media barat.Saya pasti di negara kamu juga tidak terlepas daripada situasi sebegini."

Aku menggangguk tanda mengiakan kata kata imam tadi.

"Kami dahulu sebuah bangsa yang kuat dan gagah,namun,disebabkan pemerintah ketika itu tidak lagi menitik beratkan iman sebagai kehidupan,Al Quran sebagai panduan,akhirnya,ramai di antara kami yang hanyut di bawa arus sekularisme." Sambung imam itu.

Setibanya aku dirumah imam tersebut,aku kagum.Bukan melihat kemewahannya.Namun,melihat kesederhanannya.

"Pernah juga saya ditawarkan untuk menetap di rumah yang mewah oleh kerajaan,namun saya tolak.Kesederhanaan adalah cara hidup saya." Jelas imam tersebut.

Aku mengorak langkah memasuki rumah imam tersebut.Aku terkesima.Kagum melihat tulisan khat ayat ayat suci Al Quran dan tergantung pingat pingat dipahat kemas kalimah Allah,Muhammad,Abu Bakr,Uthman,Umar,Ali,Hassan dan Hussein.Kelihatan juga potret potret Sultan Turki Uthmaniyah yang terkemuka iaitu Sultan Muhammad Al Fateh dan Sultan Abdul Hamid II.

"Safiyye,tolong buatkan sedikit hidangan untuk tetamu kita ini,"

"Baik ayah"

Sementara menunggu Safiyye dan ibunya Halime menyiapkan hidangan,aku dan imam tersebut berbual tentang budaya masyarakat di Turki dan pelbagai kisah kisah sejarah yang menarik minatku sehingga kisah tersebut di bawa ke meja makan.

"Yemeğinin tadını çıkar genç adam" sapa wanita yang bernama Safiyye tersebut.Satu kelebihanku kerana aku dapat berbahasa Turki dengan fasih.

"Tesekkur Ederim" balas diriku.

Malam itu selepas solat Isyak di Masjid Biru,aku mengambil keputusan untuk berjalan jalan 'mengambil angin' sebelum aku pulang ke tanah air.Seketika ku berhenti di sebuah gerai kebab berdekatan.

"Berapakah harga satu kebab ini?" soalku.

"2 lira sahaja"

Sengaja aku memberikan 3 lira kepada penjual itu.Menguji tahap kejujurannya.Ternyata keputusannya seperti yang ku sangka.Sesungguhnya umat Islam diajarkan untuk sentiasa jujur dalam apa jua situasi.Inilah antara salah satu aspek bagaimana umat Islam terdahulu boleh mencapai tahap keluhuran dan ketamadunan yang tinggi.

"Eyvallah" Itulah perkataan asas yang ku belajar sebelum ku menjejakkan kaki ke Turki.'Eyvallah' atau 'Tesekkur Ederim' memiliki maskud yang sama iaitu terima kasih di dalam bahasa Melayu.

Aku meneruskan perjalananku hingga ke hostel.Keesokannya,aku  bergerak menuju ke lapangan terbang untuk pulang ke tanah air.Rindu pula rasanya kepada ibu dan bapaku selepas 5 bulan aku mengembara di bumi orang.Di sebalik perasaan rindu tersebut,terselit juga perasaan sedih tatkala diriku akan meninggalkan 'Bumi Khalifah' ini.InsyaAllah,jikalau diizinkan aku akan kembali semula ke bumi ini.


****************************************


      10 JULAI 2020 :-

ISTANBUL: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, semalam mengumumkan bangunan ikonik Hagia Sophia, iaitu salah satu keajaiban seni bina dunia akan dibuka kembali menjadi sebuah masjid.

Keputusan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Turki mengeluarkan keputusan susulan Majlis Negara mengemukakan petisyen oleh sebuah kumpulan agama yang mahu membatalkan keputusan kabinet pada 1934 bagi mengubah bangunan itu kepada muzium.


Usai sahaja aku membaca berita tersebut dari akhbar dalam talian,aku terus mengucapkan kalimah 'Alhamdulillah'.Lalu ku berlari ke arah Safiyye yang telah menjadi kekasih halalku untuk memberitahu kepadanya tentang berita tersebut.

Seperti yang disangka,Safiyye pun turut begembira.Dia kemudian mengambil wudhu' dan terus melakukan sujud syukur.Melihat tindak tanduk Safiyye tersebut,aku pun terus melakukan perkara yang sama.

Aku mengerti,umat Islam tidak lagi segagah dahulu.Namun,apa salahnya untuk kita sebagai penerus legasi untuk memimpin umat yang semakin hanyut dengan hiburan dan harta dunia.Hidup kita bukan hanya mengejar syurga seorang diri,tetapi diamanahkan untuk menjadi khalifah di muka bumi.

Dalam apa jua situasi,sentiasa berusaha untuk menyebarkan dakwah.Sama ada lisan mahupun di hujung pena.Sebarkan.Sehingga kita menjadi sebuah UMMAH yang digeruni dunia.Tidak lagi dipijak,tidak lagi dihina.Meskipun pelbagai cabaran mendatang.Kecaman demi kecaman menusuk ke dalam diri.Namun,yang penting kita berjihad di jalan yang suci.

Jangan berputus asa sehingga kita mendapat matlamat yang sebenar.Sentiasa ingat,kata kata jika tidak disusuli dengan usaha hanya sekadar impian sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Budak Baru

Pagi itu,jalan raya mula diluncuri dengan pelbagai jenis kenderaan.Masing-masing sedang bergerak menuju ke arah hala tuju mereka.Sama ada ya...