Farhan berlari laju menuju ke arah padang bola berdekatan taman perumahannya sambil membawa beg kecil berisi kasut bola.Belum lagi dia beraksi di tengah padang,namun badannya sudah basah-kuyup dek kerana peluh yang membasahi diri.
Setelah tiba di padang tersebut,lantas dia mengambil tempat di sebuah pohon yang rendang dan membuka beg kasutnya itu.Dia mencapai sepasang kasut berwarna biru lalu menyarungkan ke dalam kakinya.Dari jauh kelihatan seorang lelaki yang tinggi dan kulitnya berwarna putih menghampiri Farhan.
"Farhan,kamu tak pergi
sembahyang ke?Aniq,Botak dengan Adam semua ada dekat surau." Soal Hock Hee.
"Eh,kau diam boleh tak!Aku dah
sembahyanglah dekat rumah tadi.Dah,bak sini bola tu!" Farhan
mengherdik,dia merasakan seolah-olah dirinya di'tarbiah'kan oleh seorang yang
bukan Islam.
"Mak bapak aku pun tak
sembahyang,buat apa aku nak sembahyang." Bisik Farhan di dalam hati.
Petang itu,selepas solat Asar,akan
diadakan perlawanan bola sepak di antara pasukan Taman Sri Sutera dan Taman
Samarinda.Walaupun di saat itu panas masih lagi membahang,mereka tetap mahu
meneruskan perlawanan tersebut.
"Weyh,Aniq!Sini!Sini!"
Farhan memekik mengharapkan Aniq memberikan bola kepadanya.
Aniq sedar akan jeritan
tersebut,dia terus merembat bola tersebut sehingga ke hujung padang.Ketangkasan
Farhan berjaya mengawal bola tersebut terkeluar dari garisan.
"Fuhh,nasib
baik sempat."
Dia pun merembat ke dalam kotak
penalti.
"GOOOOOAALLL!!!" Farhan
berteriak kegembiraan selepas Aniq berjaya menanduk masuk hantarannya.
Selepas gol tersebut,pasukan bola
sepak Taman Samarinda ghairah menyerang untuk mencari gol seterusnya.Serangan
bertali arus dilakukan ke arah gawang pasukan lawan.Namun,sekali-sekala pasukan
Taman Sri Sutera berjaya untuk menembusi benteng pertahanan pasukan Taman
Samarinda.Mujur,ketangkasan penjaga gol berjaya mengelakkan gawang pasukan
Taman Samarinda daripada bolos.
"Hahahaha,mantaplah passing
kau tadi Farhan,macam Cristiano Ronaldo!" Aniq memuji Farhan sejurus
selepas perlawanan tamat.
"Alahh,itu biasa.Ada peluang
aku masyuk laa.Hahahaha!" Farhan kelihatan gembira selepas pasukan bola
sepak Taman Samarinda berjaya mengalahkan pasukan Taman Sri Sutera dengan
keputusan 2-0.
"Aniq,malam ni datang rumah
aku nak?Aku ada beli barang baik ni.
"Mantap,'syab' ke 'gan'?"
Kata Aniq,perlahan sambil menggunakan bahasa singkat bagi menunjukkan barang
haram tersebut.
"Apa barang hisap benda tu!Aku
ada 'fresh ketum'.Aku beli dari Pak Tongkol depan sekolah tu."
"Uish,barang legend
tu.Tapi,mak kau ada rumah tak malam ni?"
"Jangan risau lah,line
clear."
"Mantaplah,cun."
Tatkala ibu bapa tidak memainkan
peranan,mendidik dan mengasuh anak-anak sejak kecil tentang ilmu agama dan
moral,nescaya akan runtuhlah akhlak remaja.Hal ini bukan sahaja mendatangkan
kesan kepada masyarakat,tetapi kepada nama agama Islam yang dikenali sebagai
agama yang amat mementingkan hal-hal kerohanian dan moral.
Malam itu,seperti yang
dirancang.Aniq,Adam,Hanif dan Jem datang ke rumah Farhan selepas menerima
jemputan daripada remaja tersebut.
"Weyh Farhan,sedap dowh air
ni.Pandai kau cari orang." Puji Aniq
"Haha,itu biasa bro."
Balas Farhan dalam keadaan yang terhuyung-hayang bagaikan pepohon yang ditiup
angin.
"Haa,ni aku nak pesan.Kalau
kita kena tangkap,kita kena sama-sama.Kalau kita lepas,kita lepas
sama-sama.Alahh,namapun sahabat.Yang penting enjoy!Haha!"
"Okay boss!" Kata
mereka,serentak."
Farhan adalah seorang remaja yang
kurang mendapat perhatian dan kasih sayang.Dia merupakan seorang anak tunggal
yang keseorangan.Ibunya adalah seorang pekerja di sebuah syarikat penyiaran di
Malaysia,manakala bapanya pula merupakan seorang kontraktor berjaya dan bekerja
di Britain.
Dia yang kekurangan kasih sayang
dan didikan agama mula terjebak dengan gejala-gejala sosial.Sikapnya mula
berubah tatkala dia memasuki zaman persekolahan menengah atas.Dia mula bergaul
dengan remaja-remaja yang bermasalah.Akhirnya,akibat hasutan,Farhan mula
mencuba untuk menghisap rokok dan mencuba barang-barang yang haram.
Keesokan harinya,akibat daripada
air yang diminumnya semalam,dia tersedar pada pukul 7 pagi.Lantas dia bangun
dan membersihkan diri.Dia mencapai beg sekolah yang hanya mempunyai bekas
pensel dan beberapa buah buku teks sahaja lalu berjalan menuju ke sekolah.
"Muhammad Farhan,sila
berhenti.Ikut saya ke bilik disiplin." Arah pengawas bertugas selepas
Farhan lewat tiba ke sekolah.
"Bising lah kau!Aku tahu la
aku lewat.Tak payah kau nak ceramah aku pagi-pagi ini." Marah
Farhan,bengang.Dia mengatur langkah menuju ke kelas dan bukannya ke bilik
disiplin.
"Bangun,selamat pagi
cikgu."
"Selamat pagi semua,sekarang
ni boleh duduk."
"Peperiksaan SPM hanya tinggal
sebulan sahaja lagi.Saya berharap kamu semua bersedia.Farhan,mana buku teks
kamu?" Soal Cikgu Masturah.Terus mengubah topik perbicaraannya.
Farhan tersentak.Matanya lirik
memandang seorang wanita kelas sebelah yang berjalan di luar kelasnya terus dialihkan
tepat ke arah bebola mata Cikgu Masturah.Mulutnya terkunci.
"Jikalau inilah perangai
kamu,tak bawa buku teks,tak bersungguh-sungguh untuk menuntut ilmu.Percayalah,kamu
akan gagal dalam hidup." Nasihat Cikgu Masturah.
"Farhan,jangan ingat kamu
dapat 7A dalam PT3 kamu boleh senang-lenang!Kami lihat keputusan dan prestasi
pembelajaran kamu semakin merudum!Kamu tahu tak?"
Farhan hanya senyap.Dia langsung tidak
mengambil perhatian akan kata-kata gurunya itu.Tangannya pula asyik
memusing-musingkan pen yang berwarna merah itu.
"Adeh,ni yang malas nak dengar
ni.Asyik memekak je." Keluh Farhan.
Hari bersilih ganti.Kini,tibalah
masanya untuk para pelajar Tingkatan 5 mengambil peperiksaan yang akan mengubah
kehidupannya.Namun,berbeza pula dengan Farhan.Dia langsung tidak mengambil
berat pun dengan peperiksaan besar tersebut.Baginya,keputusan cemerlang yang
dilakar olehnya sewaktu PT3 sudah cukup untuk menggambarkan keputusan SPM
miliknya.
"Kacang je ni.UPSR dengan PT3
pun aku boleh score.Tak payah belajar pun.Belek buku sikit-sikit,dah dapat
jawab.Ish,so easy!"
Farhan yakin.Dalam tak
sedar,hatinya mula tumbuh dengan bintik-bintik hitam.Dia mula riak dan yakin
dengan kelebihannya.Dia juga tidak sedar bahawa dia mengalami satu ujian yang
berat dari Allah SWT selama ini iaitu Istidraj.
Apabila kau berada di atas,jangan
pernah kau lupakan tempat asal mu selama ini.
*****
Dia tunduk.Malu untuk berhadapan
dengan bekas guru-guru dan rakan-rakan yang lain.Terlebih lagi kepada guru-guru
yang pernah menasihati dirinya.Tiada apa lagi yang boleh diharapkan.Selepas
mendapat slip keputusan itu,dia terus berjalan menuju ke motorsikalnya dan terus memecut laju meninggalkan sekolah
tersebut.
Farhan kecewa.Dia tidak menyangka
keputusannya akan seteruk begitu.Dia menyesal kerana tidak mengulangkaji
pelajaran sebelum peperiksaan bermula.Dia menyedari kesilapannya.Tidak
sepatutnya dia bersifat angkuh dan mendabik dada.Kini,dia terpaksa redha dan
menerima balasan.
"Assalamualaikum ibu,orang nak
bagitahu keputusan orang..." Farhan memulakan perbualan dengan ibunya
sejurus selepas pulang dari sekolah.
"Dah,dah!Jangan cakap dengan
ibu!Ibu banyak kerja ni.Aarghh!!Serabut betuul kepala aku!!" Puan Nisa
menjerit.Stres dengan kerjanya yang banyak ditambah lagi dengan urusannya di
pejabat malam kelak.
Farhan kecewa.Dia seolah-olah tidak
dipedulikan.Hidupnya kini kosong.Masa depannya hancur bagaikan arang yang
menjadi abu.Kini,dia terpaksa menerima hakikat.
Melihat keadaan ibunya yang
kusut,dia mengambil keputusan untuk masuk ke dalam biliknya.Seketika,dia
meletakkan slip keputusan itu di atas meja dan melabuhkan punggungnya di atas
katil yang empuk.
“Ceh,buat apa nak sedih,kau ada mak
ayah kaya kot.Diorang boleh tolong kau dapat kerja.Buat apa nak takut.”
Selang beberapa minit,
"Kringgggggggggg!!!!"
Lamunannya terhenti seketika
selepas telinganya bingit mendengar bunyi deringan telefon.
"Ibu,ada orang call ibu!"
Farhan memanggil ibunya.Berkali-kali
dia mengulangi ayat yang sama dengan mengharapkan ibunya mengangkat panggilan
tersebut.Namun,tiada respon yang ditunjukkan.Tidak tahan dengan kebingitan
deringan tersebut,lantas dia turun ke bawah.
"Allahu Akbar!Ibu!!!!"
Farhan terpana dan kaku selepas melihat mayat ibunya tergantung di atas kipas
rumahnya.
Dengan pantas dia berlari dan
mengalihkan tali gantung yang membelit leher ibunya itu.
“Ibu bangun ibu!Ya Allah!Apa yang
ibu buat ni!Bangun ibu!Bangun!” Farhan menjerit.
Namun jeritannya tidak
berbalas.Ibundanya yang tercinta sudah tidak bernyawa lagi.Tidak lama selepas
itu,jiran-jiran yang lain mula memenuhi rumah Farhan.
*****
Farhan kelihatan sedih dan
sugul.Dia duduk termenung melihat kubur arwah ibunya.Kedukacitaannya bertambah
kerana tiada seorang saudara-mara dia pun yang sudi menziarahi arwah
ibunya.Batang hidung kawan-kawannya yang selama ini menemaninya juga tidak
kelihatan.Hidup dia kini serba keseorangan.
“Kenapa ibu buat macam ni?Kalau Farhan
ada masalah,Farhan tak pernah cakap dengan ibu sebab Farhan tahu ibu sibuk.Tapi,kalau
ibu ada masalah.Demi Allah,Farhan sudi mendengar.”
Setiap yang berlaku pasti ada
hikmahnya.Siapa tahu,selepas pemergian ibundanya yang tercinta,Farhan mula
berubah.Dia mula mengerti nilai iman dan agama dalam hidupnya.Sesungguhnya
Allah itu Maha Pemberi Hidayah.Kini,dia mula redha.Langkah demi langkah
diaturkan untuk keluar dari kawasan perkuburan.Seketika,dia mencapai telefon
pintarnya.
"Ayah,mak dah meninggal."
Terang Farhan,sedih.
Encik Saiful terduduk.Air matanya
mengalir selepas mendapat khabar isteri yang tercinta sudah meninggalkan
dirinya buat selama-lamanya.Namun,
"Johnny,why are you sad?"
Soal Bella
"My first wife has died."
"So,you will back to
Malaysia?"
"How can I,Bella.I have many
work to do at here."
"But,what about Farhan?"
"Don't worry,he is intelligent
boy.He can survive himself." kata Encik Saiful sambil mengesat-ngesat air
matanya.
"Don't worry Johnny,I will
give you new life."
Akibat terlalu mengikuti
nafsu,sumpah setia dikhianati.Akhirnya,Encik Saiful telahpun berkahwin dengan
seorang pekerja wanita di pejabatnya.Perasaan kesal mula meyelubungi dirinya
kerana tidak memberitahu perkara yang sebenar kepada Puan Nisa sebelum dia
meninggal dunia.Lebih teruk lagi,dia langsung tidak mengambil berat tentang
anak tunggalnya.
*****
Farhan berjalan menuju ke arah
surau yang dijadikan tempat bersolat jenazah arwah ibunya tadi.Menyedari imam
surau tersebut masih di situ,lantas dia memberi salam dan pergi ke arah lelaki
yang berserban itu.
“Imam,saya nak bertaubat imam,saya
banyak dosa.Bantulah saya imam,saya mohon sangat-sangat agar imam bantu saya
untuk bertaubat.” Farhan merintih meminta pertolongan imam tersebut.
Melihat imam surau tersebut tidak
memberikan respon,Farhan terus mendesak.
“Kenapa imam senyap je?Saya tak
layak ke untuk bertaubat?Saya tahu diri saya kotor.Kotor!”
Farhan menangis teresak-esak
mengenangi dosa-dosanya.Sungguh dia mahu bertaubat.Dia memerlukan seseorang
untuk bimbinginya ke jalan yang benar.
“Wahai anak muda,Allah pernah
berjanji kepada hamba-hambanya yang ingin bertaubat bahawa jikalau engkau
datang kepadaNya dengan dosa hampir memenuhi bumi dengan keadaan tidak
menduakanNya,nescaya Dia akan datang kepada engkau membawa keampunan sepenuh
bumi.Sesungguhnya Dialah Maha Penerima Taubat”
Penerangan imam tersebut bagaikan
memberi nafas baharu kepada Farhan.Dalam keadaan yang sebak,dia meluahkan
segala isi hatinya kepada imam tersebut.
“Saya sekarang ni hidup sebatang
kara imam,ibu dah meninggal,ayah di luar negara,saudara-mara tiada, kawan-kawan
pun dah tak pandang saya."
"Itu biasa wahai anak muda,orang
akan datang dekat kita masa kita senang,kita dah kaya.Masa kita susah,mana
diorang pandang.Saya pun sama dulu.Tapi bila saya belajar agama dengan tok guru
saya,Alhamdulillah.Hidup saya kini tenang." Imam surau tersebut cuba
memberi semangat dan isyarat kepada Farhan bahawa dia kini tiba di landasan
yang benar.
Sejak dari itu,Farhan kini menuntut
ilmu daripada imam tersebut.Setiap hari,dia akan menghabiskan masanya dengan
gurunya itu.Pada hari Sabtu dan Ahad pula,dia bekerja menebar roti canai di
sebuah restoran yang berhampiran demi sedikit wang untuk meneruskan hidup.
“Tok,saya takut.Walaupun saya dah
bertaubat,saya selalu buat dosa yang sama juga.Tolong saya tok,saya amat takut
Allah tak terima taubat saya.” Farhan gelisah apabila dia jatuh kembali ke
lubang yang sama meskipun sudah beberapa kali dia bertaubat.
“Farhan,Nabi SAW pernah cakap yang
kita semua pendosa.Setiap manusia tidak akan terlepas dari dosa.Ia juga akan
berlaku lagi,lagi dan lagi.Namun,sebaik-baik pendosa adalah dia yang
bertaubat.”
“Tapi macam mana kala saya taubat
tapi ulang dosa yang sama tok?Allah tak terima taubat saya ke?” Farhan semakin
gelisah.
“Itu adalah ujian daripada Allah
untuk menguji tahap keimanan kamu.Kamu kena lawan kehendak nafsu itu.Tetapi
ingat,jangan jadikan alasan Allah itu Maha Pengampun untuk kamu terus melakukan
dosa.”
Hubungan antara Farhan dan Imam
tersebut semakin rapat.Boleh dikatakan hubungan mereka bagaikan bapa dan
anak.Sehinggakan Farhan dijemput untuk tinggal di rumah imam tersebut.
"Farhan,hidup ini bagaikan
roda,kejap kita di atas,kejap kita di bawah.Bila kita di bawah.Mesti kita
berazam dan belajar bersungguh-sungguh untuk kita naik ke atas.Namun,bila kita
naik ke atas,jangan pernah lupa bahawa tempat asal kita.Di mana kita berada
saat kita lemah.Bila bila masa sahaja Allah boleh jatuhkan kita semula."
Kata-kata Imam surau tersebut masih
lagi terbuku kemas di dalam hati Farhan selepas dua tahun orang yang
membimbinginya ke jalan yang benar meninggal dunia.Kini,Farhan telah pun
menjadi seorang pendakwah bebas dan namanya terkenal di seantero dunia.
Dari Jepun ke Amerika,dari Amerika
ke Perancis.Kini,dia menerima jemputan untuk memberi sedikit tazkirah untuk
penduduk Islam di negara Britain.
"Allah SWT pernah berfirman 'La
Taqrabuz Zina' tapi kita lihat berapa banyak umat akhir zaman terpedaya dengan
tipu daya syaitan.Lagi masalah ada juga yang join LGBT!Minat golongan sejenis!Allah
larang kita ambil minuman beralkohol,tapi ramai yang degil.Bagi alasan,Islam
semua benda nak diharamkan sedangkan banyak lagi perkara halal."
"Tak boleh minum arak,boleh
minum susu,minum jus dan air mineral yang lebih berkhasiat!Tak boleh
berzina,Allah bagi kita kahwin.Ikut cara yang halal.Tapi disebabkan hati kita
yang minat dengan benda haram.Sebab tulah kita jadi begitu.!"
Sejurus Farhan turun dari
pentas,pengiringnya terus pergi ke arah Farhan dan memeberitahu sesuatu.
"Bro,ada orang bernama Johnny
nak jumpa kau lah.Dengar cerita,dia orang berpengaruh dekat U.K ni!"
"Kenapa dia mahu berjumpa dengan
aku?"
"Tak pasti la bro."
"Baiklah,bawakan aku berjumpa
dengan dia."
Farhan mahu berjumpa dengan lelaki
bernama 'Johnny' tersebut.Entah bagaimana,hatinya melonjak-lonjak ingin
berjumpa dengan seorang jejaka yang tidak dikenalinya itu.Terbit rasa rindu di
dalam diri pemuda berusia 22 tahun tersebut.Dia pun tidak pasti terbit dari mana perasaan rindu tersebut.
Sepandai-pandai tupai
melompat,akhirnya jatuh ke tanah juga.Dengan takdir Allah,rahsia Encik Saiful
yang disimpan bertahun-tahun akhirnya akan terbongkar.
Dia mengatur langkahnya menaiki
anak-anak tangga sebelum tiba di pintu rumah agam tersebut.Dia mula kagum
sejurus memasuki rumah tersebut.Seni bina zaman pertengahan Eropah dan seni
bina Rom membuatkan Farhan terpesona.Sungguh,inilah hikmah yang Allah berikan
kepadanya.Jikalau dia tidak berusaha untuk mendapatkan keampunan Allah,nescaya
dia tidak akan dapat melihat keindahan alam milik Sang Pencipta ini.
“Subhanallah”
Dia disambut dengan baik oleh
pembantu rumah.Farhan mengekori pembantu rumah yang berbadan tegap tersebut
menuju ke sebuah bilik.Sejurus dia melangkah ke dalam bilik tersebut,
"Ayah?"
"Farhan,lama ayah tak jumpa
kau.Dah besar dah kau.Kau tahu tak,ayah rindu sangat dekat kau.”
“Rindu,baru sekarang ke timbul rasa
rindu tu dekat hati ayah?” Kata Farhan,sinis.
Melihat anaknya tidak berapa senang
dengan dirinya,Encik Saiful terus bangkit dari atas sofanya dan terus menuju
kearah Farhan untuk memeluk anaknya itu.
"Kau jangan pegang aku!"
Farhan memekik ayahnya.Tidak mampu menahan perasaan amarahnya kepada orang yang
tidak bertanggungjawab tersebut.
Tersedar dengan jeritan itu,Bella
yang berada tidak jauh dari bilik Encik Saiful terus menerjah masuk ke bilik
tersebut dan memarahi Farhan.
"Hey you!Why are you so rude
to my husband?!"
"What!Ayah!Betulke apa yang
minah ni cakap?"
Encik Saiful cuma mendiamkan
diri.Seolah-olah sedar akan kesilapannya.
"Ayah!Ayah tahu tak apa yang
ayah buat?Ayah tinggalkan family and ayah dah mengkhianati arwah Ibu!Ayah tahu
tak?"
"Ayah sanggup tak balik masa
ibu meninggal.Ayah langsung tak ambil berat pasal Farhan!Kenapa
ayah??Kenapa?"
“Sebab ayah ada kerja dekat sini
Farhan!”
“Kerja apa ayah sampai tak boleh
tinggalkan kejap untuk family.Sejak daripada arwah ibu meninggal,ada ayah balik
Malaysia?Ada ayah jenguk kubur arwah ibu?Ada ayah jenguk Farhan?Tak ada!”
Farhan terlalu mengikuti perasaan
amarahnya.Encik Saiful pula hanya duduk,tertunduk dan diam.Sementara Bella
mengurut-urut bahu Encik Saiful sambil menenangkannya.
"Kejap,minah ni Islam ke tak
ayah?" Farhan menudingkan jari kearah Bella.
Encik Saiful menggelengkan kepala
dengan perlahan.Dia sebenarnya menyedari kebatilan dirinya,seorang Muslim tidak
patut untuk menjalinkan hubungan kasih sayang antara orang yang bukan
Islam.Namun,disebabkan nafsu,dia lupa akan dosa dan berani untuk melanggar
suruhan Illahi.
Melihat reaksi bapanya itu,kopiah
yang berwarna hitam di atas kepalanya terus ditanggalkan.Farhan kusut sambil
meletakkan kedua-dua belah tangan di atas kepalanya.Seolah-olah kecewa dengan
bapanya sendiri.
"Allahu Akbar.Ayah tahu tak
hukum kahwin orang berlainan agama?Haram ayah!Haram!Tak takut dosa ke?"
Farhan bengang dengan tindakan
ayahnya.Meskipun dia tahu dia tidak patut meninggikan suara kepada bapanya
itu.Dengan perasaan yang berkecamuk,dia meninggalkan rumah Encik Saiful.
“Farhan,tunggu
dulu!Farhan!Farhan!!”
Farhan langsung tidak mempedulikan
seruan ayahnya.Dia terus berjalan keluar dari rumah agam tersebut.
Encik Saiful kecewa,dia terduduk di
atas sofanya semula sambal mengurut-urut kepalanya.Menyesal dengan perbuatannya
selama ini.
"John,who is that man?"
"He is my son
Bell,Farhan." Kata Encik Saiful sambil tunduk.Malu dan kecewa dengan
dirinya sendiri.Silap dirinya kerana tidak bertanggungjawab ke atas
keluarga.Hanya menuruti nafsu dan mengejar dunia sahaja,sedangkan ilmu agama
dan akhirat dicampak entah kemana.
“Amnan,mari kita bergerak ke
hotel.Packing barang and tinggalkan tempat ni.” Arah Farhan kepada pembantunya
yang juga merupakan sahabat karibnya sejak dia memulakan kerja-kerja dakwah.
“Ok bro,no hal.”
Sedar tak sedar,sudah 2 tahun
berlalu.Dengan izin Allah,syarikat Encik Saiful mulai bankrap.Kewangan
syarikatnya menjadi tidak stabil dek kerana kes pecah amanah dan projek yang
terbengkalai.Akhirnya,syarikatnya terpaksa ditutup serta-merta.Tidak cukup
dengan itu,dirinya pula ditinggalkan oleh isteri keduanya iaitu Bella.Kini,dia
menghabiskan sisa hidupnya di dalam kelab malam di negara tersebut.
Sementara nama Ustaz Farhan pula
semakin meningkat naik di seluruh dunia.Banyak jemputan-jemputan ceramah dan
program yang dihadirinya tidak kira dari dalam mahupun luar
negara.Sungguh,penghijrahan ini membuka satu ruang kepada dirinya untuk
menggapai tiket syurga.
“Ibu,Ayah.Maafkan Farhan.” Monolog
Farhan sementara menunggu kapal terbang membelah ruang udara menuju ke bumi
Mesir.
DUNIA INI BAGAIKAN
BAYANG-BAYANG.JIKA DIKEJAR,ENGKAU TAKKAN DAPAT MENANGKAPNYA.PALINGKAN BADANMU DARINYA DAN DIA TIDAK PUNYA PILIHAN
LAIN KECUALI MENGIKUTIMU.