THANKS CAUSE SUPPORT GUYS

Selasa, 21 September 2021

Tangisan Gaza

Dari jauh kedengaran bunyi sebuah motosikal berkuasa tinggi memecah keheningan Bandar Nilai.Motosikal yang berjenama Yamaha dan berwarna merah tersebut memecut laju menuju ke sebuah bangunan berdekatan dengan Masjid Universiti Sains Islam Malaysia.

"Assalamualaikum guys,sorry lambat sikit." kata Akmal sambil menanggalkan helmetnya.

"Its okay laa,belum start lagi ni." kata Syamsul.

"Haa,apa citer panggil mesyuarat ni?" 

"Okay,sekarang ni aku tengok umat Islam kini ditindas,banyak dah kes kes keluar dekat tv,dekat Palestin la,dekat Myanmar laa.Jadi aku nak buat satu plan boekk punya." Terang Akmal merangkap pengerusi Pertubuhan Ukhuwah Islam Mahasiswa.

"Apa plan kau ni Mal?" tanya Syahidah.

"Aku ingatkan nak buat event,kita jemput mahasiswa dan mahasiswi untuk join forum pasal cerita ni.Kita jemput pendebat USIM."

"Bagus jugak plan kau ni." balas Azman dengan nada yang teruja.

Di sebalik kegembiraan dan keterujaan tersebut,kedengaran satu suara di hujung meja bilik mesyuarat.

"Weyh,kau rasa yakin ke dengan plan kita ni?Kau sendiri tengoklah budak budak zaman sekarang,hiburan tak habis habis sampai masalah umat pun tak pandang.Tak habis habis Tiktok laa,gelek sana gelek sini,Korea laa."

"Sebab tu kita buat event ni Haikal." Akmal mencelah.

"Kita nak tunjukkan dan tonjolkan masalah umat zaman sekarang.Kau pun tengok sudah berapa tahun kita ni bagaikan anak anak kapal yang tanpa nakhodanya.Tujuan pertubuhan ni ditubuhkan untuk mencungkil bakat bakat muda dan menyedarkan umat Islam yang lena dibuai mimpi!" Terang Akmal dengan panjang lebar.

"Okay,kalau macamtu teruskan,aku follow je" 

"Alhamdulillah,mantap guys.So,bila boleh kita buat?" Soal Akmal.

"Aku rasa baik kita buat dua minggu lagi,sebab nak ajak Debaters USIM bukannya senang.Takut diorang ada event lain." Syahidah menjawab pertanyaan Akmal tadi.

"Ok cun!Sekarang ni mesyuarat dah habis.Boleh balik sekarang.Thank you sebab join" 

"Alaa Mal,sekali sekala belanjalah kitorang ni.hehe." Sulaiman berseloroh.

"Aaaa..yelah yelah,jom aku belanja makan dekat gerai mamak belakang KFC tu.Mencekau duit orang je kerja." Gurau Akmal.

*********************************************

"Assalamualaikum Syahidah.Macam mana dengan Debaters USIM tu?diorang boleh join tak?"

"Waalaikumsalam,haa diorang boleh join,kau jangan risau." 

"Alhamdulillah,mantap lah kalau macamtu."

"Eh,kau dah set up belum tempat nak buat forum tu?" tanya Syahidah kepada Akmal.

"Sudah siap boss." 

"Okay mantap bohh." Balas Syahidah dengan nada berlucu.

Hari berganti hari,minggu berganti minggu.Kini tibalah masanya untuk para pemuda berjiwa Islam ini mrngetengahkan masalah umat dan misinya adalah untuk mengejutkan umat Islam yang pada ketika ini hanyut dibuai mimpi.

"Assalamualaikum WBT,sidang hadirin sekalian.Di hari yang penuh bermakna ini.Pihak Pertubuhan Ukhuwah Islam Mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia akan mengadakan sebuah sidang forum untuk membincangkan masalah masalah Umat Islam kini."

"Dengan segala hormatnya dijemput para pendebat USIM dan barisan kanan Pertubuhan Ukhuwah Islam Mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia untuk naik ke atas pentas."

Ucapan pengerusi majlis tersebut disusuli dengan tepukan meriah daripada para mahasiswa yang hadir di auditorium.Ditambah lagi dengan barisan pendebat USIM yang baru sahaja merangkul kejayaan sebagai Johan debat Bahasa Melayu Universiti di Malaysia menghangatkan lagi isu isu yang dibincangkan di atas pentas tersebut.

"Pada pendapat anda Akmal,apakah nasihat atau kata kata bagi menyuntik semangat para Muslimin dan Muslimat agar tidak leka dan alpa tentang masalah yang melanda umat Islam ketika ini?" Soal salah seorang pendebat USIM kepada Akmal.Kini,forum tersebut sudah sampai ke penghujungnya.Akmal berpuas hati kerana forum ini mendapat sambutan yang hangat.

"Pada pandangan saya,sebagai seorang muslimin dan muslimah,kita seharusnya mengambil berat tentang kemaslahatan ummah.Tatkala,Negara Palestin dibedil oleh roket Israel,mangsa Rohingya dirogol,dibakar hidup hidup dan penindasan umat Islam Uyghur di China,kemana kita pergi selama ini?Dalam tak sedar,kita leka dan alpa dengan hiburan hiburan dunia!Bangkitlah wahai umat agar Islam tidak lagi dipandang hina!"

Selesai sahaja Akmal memberi ucapan yang bersemangat itu tiba tiba kedengaran satu suara yang menjerit di tengah tengah auditorium.

"Saudara,buat apalah saudara memekik dekat sini,kan lebih baik saudara terbang je pergi Palestin tu,berjuang kat sana,dah tentu saudara syahid." Tempelak suara tersebut.

Kata-kata itu menusuk terus ke dalam hati Akmal.Dia tidak mampu lagi untuk berkata-kata.Mulutnya seolah olah terkunci sejurus selepas mendengar suara tersebut.

"Saudara yang berkata-kata tadi!Saudara kena ingat bukan mudah untuk kita ke sana.Bukan mudah untuk kita berjuang.Kita mempunyai keluarga yang amat menyayangi kita.Jikalau keluarga merestui kita,kita akan berjuang.Iman kita bukannya segagah seperti penduduk di Palestin dan Syria.Namun,apa yang mampu kita lakukan untuk ummah,kita akan buat!" Balas Amir,yang merupakan pembantu pengerusi pertubuhan Islam itu.

Setelah hampir dua jam,

"Itu sahaja untuk hari ini,terima kasih kepada anda yang datang ke majlis ilmu ini,semoga kita bertemu lagi dalam program akan datang.Jazakallahu Khairan." Kata-kata terakhir dari pengerusi majlis.

Akmal berasa terkesan akan kata-kata pemuda tadi.Tiap kali dia melakukan apa apa kerja.Kata-kata tersebut terngiang-ngiang di dalam fikiran dan sanubarinya.Namun,itu bukanlah alasan untuk dirinya berputus asa.Dia mula bertekad untuk belajar bersungguh sungguh dalam bidang perubatan supaya dapat membantu umat.

Berkat kerja kerasnya selama ini,dia akhirnya berjaya dalam bidang perubatan.

"Alhamdulillah,terima kasih Ya Allah,akan aku gunakan kelebihan ku ini untuk ummah,untuk agama Islam!"

Setelah sekian lama Akmal menunggu,akhirnya Allah SWT telahpun memberikan ruang dan peluang kepada dirinya untuk berusaha gigih demi umat Islam.Kini,dia ditugaskan dan bermastautin di Semenanjung Gaza bagi merawat mangsa-mangsa kekejaman rejim Zionis di negara tersebut.

**************************************

Di saat Doktor Akmal sedang sibuk menaip,tiba tiba muncul seorang lelaki yang berpakaian putih datang menghampiri dirinya dalam keadaan yang agak gelisah.

"Doktor,kes Covid-19 di sini sudah meningkat!Khemah-khemah sudahpun hampir penuh.Pesakit pesakit ini terpaksa duduk di lorong lorong kecil sambil dipantau oleh doktor bantuan."

"Astaghfirullah,bahaya keadaan ketika ini,kita tidak boleh membiarkan mereka untuk terus berkekalan di situ,jikalau tentera rejim nampak,pasti mereka akan dibom." Doktor Akmal cuba menenangkan dirinya.

"Baiklah,sekarang hubungi Briged Al-Qassam segera,minta mereka menyediakan khemah untuk pesakit Covid-19 ini."

"Jangan!Jikalau tentera rejim nampak,hal ini akan membahayakan pesakit dan kemungkinan besar mereka mempunyai alasan yang kukuh untuk membedil hospital ini!" Larang Doktor Afanah selaku ketua Doktor negara Palestin."

"Saya mengetahui tempat yang selamat.Izinkan saya membawa mereka ke sana." Doktor Yusuf dari Mesir mencelah.

"Baiklah,arahkan agar kesemua jururawat dan doktor bergerak ke tempat yang dikatakan oleh Yusof." 

"Tapi doktor,kemudahan fasiliti untuk pesakit ini tidak mencukupi!" Balas Yusof.

"Syahidah,bilakah doktor dan fasiliti bantuan akan tiba?" Soal Akmal.

"Maaf doktor,mereka baru menghubungi saya dan mereka mengatakan bahawa Presiden negara haram itu telah menyekat kemasukan bantuan dari pintu Jordan.Mereka terpaksa bergerak ke Kaherah dan mungkin memakan masa lebih dari 2 hari." Terang Syahidah panjang-lebar.

"Cis,penakut punya rejim,tidak mengapa.Hubungi pasukan perubatan di utara Gaza dan minta mereka hantarkan bantuan dengan segera!"

"Semua bertindak sekarang,saya akan merawat pesakit yang cedera!"

"Baiklah doktor." balas kesemua mereka serentak.

Tidak sampai beberapa minit Akmal menyambung kerjanya,tiba tiba Syahidah berlari pantas menuju ke arahnya.

"Doktor,saya baru mendapat berita bahawa Briged Al-Qassam memberi amaran rejim Israel akan mengebom hospital ini!"

"Apa!Pengecut punya rejim,ini hospital bukan medan pertempuran!Maklumkan perkara ini kepada jururawat dengan segera dan arahkan mereka untuk mengalihkan pesakit ke tempat yang sudahpun kita sediakan untuk hal-hal kecemasan!Cepat!"

Di saat yang genting tersebut,Akmal bertungkus-lumus memindahkan pesakit-pesakit ke tempat yang telah dirancang.Jarak di antara hospital dan tempat tersebut tidaklah terlalu jauh.

Ketika sibuk menguruskan pesakit-pesakit,tiba tiba...

"BOOOOMMM!!!"

Dalam masa beberapa saat sahaja,hospital dua tingkat tersebut ranap sepenuhnya.Dinding dinding konkrit jatuh menyembah bumi.Menghempap tubuh para mujahidin yang gugur syahid.Dalam tak sedar,langit yang cerah bertukar gelap dek kerana asap yang menyelubungi ruang udara.Darah mujahidin membasahi bumi Gaza.Doktor Akmal akhirnya syahid bersama pesakit-pesakit yang tidak sempat diselamatkan.

"Laa ila haillallah,Muhammadur Rasulullah...."

Bumi yang sentiasa dihiasi dengan gelak tawa anak kecil kini bertukar tangisan dan ketakutan bagi setiap jiwa di dalamnya.Menghitung hari sahaja untuk gugur menyembah bumi.Tangisan ini telahpun dirasai sekian lama.Jutaan mujahidin gugur syahid demi mempertahankan bumi barakah ini.

Apakah reaksi kita?

Adakah masih lagi dibuai mimpi?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Budak Baru

Pagi itu,jalan raya mula diluncuri dengan pelbagai jenis kenderaan.Masing-masing sedang bergerak menuju ke arah hala tuju mereka.Sama ada ya...