THANKS CAUSE SUPPORT GUYS

Khamis, 30 September 2021

Hijrah

Farhan berlari laju menuju ke arah padang bola berdekatan  taman perumahannya sambil membawa beg kecil berisi kasut bola.Belum lagi dia beraksi di tengah padang,namun badannya sudah basah-kuyup dek kerana peluh yang membasahi diri.

Setelah tiba di padang tersebut,lantas dia mengambil tempat di sebuah pohon yang rendang dan membuka beg kasutnya itu.Dia mencapai sepasang kasut berwarna biru lalu menyarungkan ke dalam kakinya.Dari jauh kelihatan seorang lelaki yang tinggi dan kulitnya berwarna putih menghampiri Farhan.

"Farhan,kamu tak pergi sembahyang ke?Aniq,Botak dengan Adam semua ada dekat surau." Soal Hock Hee.

"Eh,kau diam boleh tak!Aku dah sembahyanglah dekat rumah tadi.Dah,bak sini bola tu!" Farhan mengherdik,dia merasakan seolah-olah dirinya di'tarbiah'kan oleh seorang yang bukan Islam.

"Mak bapak aku pun tak sembahyang,buat apa aku nak sembahyang." Bisik Farhan di dalam hati.

Petang itu,selepas solat Asar,akan diadakan perlawanan bola sepak di antara pasukan Taman Sri Sutera dan Taman Samarinda.Walaupun di saat itu panas masih lagi membahang,mereka tetap mahu meneruskan perlawanan tersebut.

"Weyh,Aniq!Sini!Sini!" Farhan memekik mengharapkan Aniq memberikan bola kepadanya.

Aniq sedar akan jeritan tersebut,dia terus merembat bola tersebut sehingga ke hujung padang.Ketangkasan Farhan berjaya mengawal bola tersebut terkeluar dari garisan.

"Fuhh,nasib baik sempat."                                                                                                                                 

Dia pun merembat ke dalam kotak penalti.

"GOOOOOAALLL!!!" Farhan berteriak kegembiraan selepas Aniq berjaya menanduk masuk hantarannya.

Selepas gol tersebut,pasukan bola sepak Taman Samarinda ghairah menyerang untuk mencari gol seterusnya.Serangan bertali arus dilakukan ke arah gawang pasukan lawan.Namun,sekali-sekala pasukan Taman Sri Sutera berjaya untuk menembusi benteng pertahanan pasukan Taman Samarinda.Mujur,ketangkasan penjaga gol berjaya mengelakkan gawang pasukan Taman Samarinda daripada bolos.

"Hahahaha,mantaplah passing kau tadi Farhan,macam Cristiano Ronaldo!" Aniq memuji Farhan sejurus selepas perlawanan tamat.

"Alahh,itu biasa.Ada peluang aku masyuk laa.Hahahaha!" Farhan kelihatan gembira selepas pasukan bola sepak Taman Samarinda berjaya mengalahkan pasukan Taman Sri Sutera dengan keputusan 2-0.

"Aniq,malam ni datang rumah aku nak?Aku ada beli barang baik ni.

"Mantap,'syab' ke 'gan'?" Kata Aniq,perlahan sambil menggunakan bahasa singkat bagi menunjukkan barang haram tersebut.

"Apa barang hisap benda tu!Aku ada 'fresh ketum'.Aku beli dari Pak Tongkol depan sekolah tu."

"Uish,barang legend tu.Tapi,mak kau ada rumah tak malam ni?"

"Jangan risau lah,line clear."

"Mantaplah,cun."

Tatkala ibu bapa tidak memainkan peranan,mendidik dan mengasuh anak-anak sejak kecil tentang ilmu agama dan moral,nescaya akan runtuhlah akhlak remaja.Hal ini bukan sahaja mendatangkan kesan kepada masyarakat,tetapi kepada nama agama Islam yang dikenali sebagai agama yang amat mementingkan hal-hal kerohanian dan moral.

Malam itu,seperti yang dirancang.Aniq,Adam,Hanif dan Jem datang ke rumah Farhan selepas menerima jemputan daripada remaja tersebut.

"Weyh Farhan,sedap dowh air ni.Pandai kau cari orang." Puji Aniq

"Haha,itu biasa bro." Balas Farhan dalam keadaan yang terhuyung-hayang bagaikan pepohon yang ditiup angin.

"Haa,ni aku nak pesan.Kalau kita kena tangkap,kita kena sama-sama.Kalau kita lepas,kita lepas sama-sama.Alahh,namapun sahabat.Yang penting enjoy!Haha!"

"Okay boss!" Kata mereka,serentak."

Farhan adalah seorang remaja yang kurang mendapat perhatian dan kasih sayang.Dia merupakan seorang anak tunggal yang keseorangan.Ibunya adalah seorang pekerja di sebuah syarikat penyiaran di Malaysia,manakala bapanya pula merupakan seorang kontraktor berjaya dan bekerja di Britain.

Dia yang kekurangan kasih sayang dan didikan agama mula terjebak dengan gejala-gejala sosial.Sikapnya mula berubah tatkala dia memasuki zaman persekolahan menengah atas.Dia mula bergaul dengan remaja-remaja yang bermasalah.Akhirnya,akibat hasutan,Farhan mula mencuba untuk menghisap rokok dan mencuba barang-barang yang haram.

Keesokan harinya,akibat daripada air yang diminumnya semalam,dia tersedar pada pukul 7 pagi.Lantas dia bangun dan membersihkan diri.Dia mencapai beg sekolah yang hanya mempunyai bekas pensel dan beberapa buah buku teks sahaja lalu berjalan menuju ke sekolah.

"Muhammad Farhan,sila berhenti.Ikut saya ke bilik disiplin." Arah pengawas bertugas selepas Farhan lewat tiba ke sekolah.

"Bising lah kau!Aku tahu la aku lewat.Tak payah kau nak ceramah aku pagi-pagi ini." Marah Farhan,bengang.Dia mengatur langkah menuju ke kelas dan bukannya ke bilik disiplin.

"Bangun,selamat pagi cikgu." 

"Selamat pagi semua,sekarang ni boleh duduk."

"Peperiksaan SPM hanya tinggal sebulan sahaja lagi.Saya berharap kamu semua bersedia.Farhan,mana buku teks kamu?" Soal Cikgu Masturah.Terus mengubah topik perbicaraannya.

Farhan tersentak.Matanya lirik memandang seorang wanita kelas sebelah yang berjalan di luar kelasnya terus dialihkan tepat ke arah bebola mata Cikgu Masturah.Mulutnya terkunci.

"Jikalau inilah perangai kamu,tak bawa buku teks,tak bersungguh-sungguh untuk menuntut ilmu.Percayalah,kamu akan gagal dalam hidup." Nasihat Cikgu Masturah.

"Farhan,jangan ingat kamu dapat 7A dalam PT3 kamu boleh senang-lenang!Kami lihat keputusan dan prestasi pembelajaran kamu semakin merudum!Kamu tahu tak?"

Farhan hanya senyap.Dia langsung tidak mengambil perhatian akan kata-kata gurunya itu.Tangannya pula asyik memusing-musingkan pen yang berwarna merah itu.

"Adeh,ni yang malas nak dengar ni.Asyik memekak je." Keluh Farhan.

Hari bersilih ganti.Kini,tibalah masanya untuk para pelajar Tingkatan 5 mengambil peperiksaan yang akan mengubah kehidupannya.Namun,berbeza pula dengan Farhan.Dia langsung tidak mengambil berat pun dengan peperiksaan besar tersebut.Baginya,keputusan cemerlang yang dilakar olehnya sewaktu PT3 sudah cukup untuk menggambarkan keputusan SPM miliknya.

"Kacang je ni.UPSR dengan PT3 pun aku boleh score.Tak payah belajar pun.Belek buku sikit-sikit,dah dapat jawab.Ish,so easy!"

Farhan yakin.Dalam tak sedar,hatinya mula tumbuh dengan bintik-bintik hitam.Dia mula riak dan yakin dengan kelebihannya.Dia juga tidak sedar bahawa dia mengalami satu ujian yang berat dari Allah SWT selama ini iaitu Istidraj.

Apabila kau berada di atas,jangan pernah kau lupakan tempat asal mu selama ini.

*****

Dia tunduk.Malu untuk berhadapan dengan bekas guru-guru dan rakan-rakan yang lain.Terlebih lagi kepada guru-guru yang pernah menasihati dirinya.Tiada apa lagi yang boleh diharapkan.Selepas mendapat slip keputusan itu,dia terus berjalan menuju ke motorsikalnya dan  terus memecut laju meninggalkan sekolah tersebut.

Farhan kecewa.Dia tidak menyangka keputusannya akan seteruk begitu.Dia menyesal kerana tidak mengulangkaji pelajaran sebelum peperiksaan bermula.Dia menyedari kesilapannya.Tidak sepatutnya dia bersifat angkuh dan mendabik dada.Kini,dia terpaksa redha dan menerima balasan.

"Assalamualaikum ibu,orang nak bagitahu keputusan orang..." Farhan memulakan perbualan dengan ibunya sejurus selepas pulang dari sekolah.

"Dah,dah!Jangan cakap dengan ibu!Ibu banyak kerja ni.Aarghh!!Serabut betuul kepala aku!!" Puan Nisa menjerit.Stres dengan kerjanya yang banyak ditambah lagi dengan urusannya di pejabat malam kelak.

Farhan kecewa.Dia seolah-olah tidak dipedulikan.Hidupnya kini kosong.Masa depannya hancur bagaikan arang yang menjadi abu.Kini,dia terpaksa menerima hakikat.

Melihat keadaan ibunya yang kusut,dia mengambil keputusan untuk masuk ke dalam biliknya.Seketika,dia meletakkan slip keputusan itu di atas meja dan melabuhkan punggungnya di atas katil yang empuk.

“Ceh,buat apa nak sedih,kau ada mak ayah kaya kot.Diorang boleh tolong kau dapat kerja.Buat apa nak takut.”

Selang beberapa minit,

"Kringgggggggggg!!!!"

Lamunannya terhenti seketika selepas telinganya bingit mendengar bunyi deringan telefon.

"Ibu,ada orang call ibu!"

Farhan memanggil ibunya.Berkali-kali dia mengulangi ayat yang sama dengan mengharapkan ibunya mengangkat panggilan tersebut.Namun,tiada respon yang ditunjukkan.Tidak tahan dengan kebingitan deringan tersebut,lantas dia turun ke bawah.

"Allahu Akbar!Ibu!!!!" Farhan terpana dan kaku selepas melihat mayat ibunya tergantung di atas kipas rumahnya.

Dengan pantas dia berlari dan mengalihkan tali gantung yang membelit leher ibunya itu.

“Ibu bangun ibu!Ya Allah!Apa yang ibu buat ni!Bangun ibu!Bangun!” Farhan menjerit.

Namun jeritannya tidak berbalas.Ibundanya yang tercinta sudah tidak bernyawa lagi.Tidak lama selepas itu,jiran-jiran yang lain mula memenuhi rumah Farhan.

*****

Farhan kelihatan sedih dan sugul.Dia duduk termenung melihat kubur arwah ibunya.Kedukacitaannya bertambah kerana tiada seorang saudara-mara dia pun yang sudi menziarahi arwah ibunya.Batang hidung kawan-kawannya yang selama ini menemaninya juga tidak kelihatan.Hidup dia kini serba keseorangan.

“Kenapa ibu buat macam ni?Kalau Farhan ada masalah,Farhan tak pernah cakap dengan ibu sebab Farhan tahu ibu sibuk.Tapi,kalau ibu ada masalah.Demi Allah,Farhan sudi mendengar.”

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.Siapa tahu,selepas pemergian ibundanya yang tercinta,Farhan mula berubah.Dia mula mengerti nilai iman dan agama dalam hidupnya.Sesungguhnya Allah itu Maha Pemberi Hidayah.Kini,dia mula redha.Langkah demi langkah diaturkan untuk keluar dari kawasan perkuburan.Seketika,dia mencapai telefon pintarnya.

"Ayah,mak dah meninggal." Terang Farhan,sedih.

Encik Saiful terduduk.Air matanya mengalir selepas mendapat khabar isteri yang tercinta sudah meninggalkan dirinya buat selama-lamanya.Namun,

"Johnny,why are you sad?" Soal Bella

"My first wife has died."

"So,you will back to Malaysia?"

"How can I,Bella.I have many work to do at here."

"But,what about Farhan?"

"Don't worry,he is intelligent boy.He can survive himself." kata Encik Saiful sambil mengesat-ngesat air matanya.

"Don't worry Johnny,I will give you new life."

Akibat terlalu mengikuti nafsu,sumpah setia dikhianati.Akhirnya,Encik Saiful telahpun berkahwin dengan seorang pekerja wanita di pejabatnya.Perasaan kesal mula meyelubungi dirinya kerana tidak memberitahu perkara yang sebenar kepada Puan Nisa sebelum dia meninggal dunia.Lebih teruk lagi,dia langsung tidak mengambil berat tentang anak tunggalnya.

*****

Farhan berjalan menuju ke arah surau yang dijadikan tempat bersolat jenazah arwah ibunya tadi.Menyedari imam surau tersebut masih di situ,lantas dia memberi salam dan pergi ke arah lelaki yang berserban itu.

“Imam,saya nak bertaubat imam,saya banyak dosa.Bantulah saya imam,saya mohon sangat-sangat agar imam bantu saya untuk bertaubat.” Farhan merintih meminta pertolongan imam tersebut.

Melihat imam surau tersebut tidak memberikan respon,Farhan terus mendesak.

“Kenapa imam senyap je?Saya tak layak ke untuk bertaubat?Saya tahu diri saya kotor.Kotor!”

Farhan menangis teresak-esak mengenangi dosa-dosanya.Sungguh dia mahu bertaubat.Dia memerlukan seseorang untuk bimbinginya ke jalan yang benar.

“Wahai anak muda,Allah pernah berjanji kepada hamba-hambanya yang ingin bertaubat bahawa jikalau engkau datang kepadaNya dengan dosa hampir memenuhi bumi dengan keadaan tidak menduakanNya,nescaya Dia akan datang kepada engkau membawa keampunan sepenuh bumi.Sesungguhnya Dialah Maha Penerima Taubat”

Penerangan imam tersebut bagaikan memberi nafas baharu kepada Farhan.Dalam keadaan yang sebak,dia meluahkan segala isi hatinya kepada imam tersebut.

“Saya sekarang ni hidup sebatang kara imam,ibu dah meninggal,ayah di luar negara,saudara-mara tiada, kawan-kawan pun dah tak pandang saya."

"Itu biasa wahai anak muda,orang akan datang dekat kita masa kita senang,kita dah kaya.Masa kita susah,mana diorang pandang.Saya pun sama dulu.Tapi bila saya belajar agama dengan tok guru saya,Alhamdulillah.Hidup saya kini tenang." Imam surau tersebut cuba memberi semangat dan isyarat kepada Farhan bahawa dia kini tiba di landasan yang benar.

Sejak dari itu,Farhan kini menuntut ilmu daripada imam tersebut.Setiap hari,dia akan menghabiskan masanya dengan gurunya itu.Pada hari Sabtu dan Ahad pula,dia bekerja menebar roti canai di sebuah restoran yang berhampiran demi sedikit wang untuk meneruskan hidup.

“Tok,saya takut.Walaupun saya dah bertaubat,saya selalu buat dosa yang sama juga.Tolong saya tok,saya amat takut Allah tak terima taubat saya.” Farhan gelisah apabila dia jatuh kembali ke lubang yang sama meskipun sudah beberapa kali dia bertaubat.

“Farhan,Nabi SAW pernah cakap yang kita semua pendosa.Setiap manusia tidak akan terlepas dari dosa.Ia juga akan berlaku lagi,lagi dan lagi.Namun,sebaik-baik pendosa adalah dia yang bertaubat.”

“Tapi macam mana kala saya taubat tapi ulang dosa yang sama tok?Allah tak terima taubat saya ke?” Farhan semakin gelisah.

“Itu adalah ujian daripada Allah untuk menguji tahap keimanan kamu.Kamu kena lawan kehendak nafsu itu.Tetapi ingat,jangan jadikan alasan Allah itu Maha Pengampun untuk kamu terus melakukan dosa.”

Hubungan antara Farhan dan Imam tersebut semakin rapat.Boleh dikatakan hubungan mereka bagaikan bapa dan anak.Sehinggakan Farhan dijemput untuk tinggal di rumah imam tersebut.

"Farhan,hidup ini bagaikan roda,kejap kita di atas,kejap kita di bawah.Bila kita di bawah.Mesti kita berazam dan belajar bersungguh-sungguh untuk kita naik ke atas.Namun,bila kita naik ke atas,jangan pernah lupa bahawa tempat asal kita.Di mana kita berada saat kita lemah.Bila bila masa sahaja Allah boleh jatuhkan kita semula."

Kata-kata Imam surau tersebut masih lagi terbuku kemas di dalam hati Farhan selepas dua tahun orang yang membimbinginya ke jalan yang benar meninggal dunia.Kini,Farhan telah pun menjadi seorang pendakwah bebas dan namanya terkenal di seantero dunia.

Dari Jepun ke Amerika,dari Amerika ke Perancis.Kini,dia menerima jemputan untuk memberi sedikit tazkirah untuk penduduk Islam di negara Britain.

"Allah SWT pernah berfirman 'La Taqrabuz Zina' tapi kita lihat berapa banyak umat akhir zaman terpedaya dengan tipu daya syaitan.Lagi masalah ada juga yang join LGBT!Minat golongan sejenis!Allah larang kita ambil minuman beralkohol,tapi ramai yang degil.Bagi alasan,Islam semua benda nak diharamkan sedangkan banyak lagi perkara halal."

"Tak boleh minum arak,boleh minum susu,minum jus dan air mineral yang lebih berkhasiat!Tak boleh berzina,Allah bagi kita kahwin.Ikut cara yang halal.Tapi disebabkan hati kita yang minat dengan benda haram.Sebab tulah kita jadi begitu.!"

Sejurus Farhan turun dari pentas,pengiringnya terus pergi ke arah Farhan dan memeberitahu sesuatu.

"Bro,ada orang bernama Johnny nak jumpa kau lah.Dengar cerita,dia orang berpengaruh dekat U.K ni!"

"Kenapa dia mahu berjumpa dengan aku?"

"Tak pasti la bro."

"Baiklah,bawakan aku berjumpa dengan dia."

Farhan mahu berjumpa dengan lelaki bernama 'Johnny' tersebut.Entah bagaimana,hatinya melonjak-lonjak ingin berjumpa dengan seorang jejaka yang tidak dikenalinya itu.Terbit rasa rindu di dalam diri pemuda berusia 22 tahun tersebut.Dia pun tidak pasti terbit dari mana perasaan rindu tersebut.

Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah juga.Dengan takdir Allah,rahsia Encik Saiful yang disimpan bertahun-tahun akhirnya akan terbongkar.

Dia mengatur langkahnya menaiki anak-anak tangga sebelum tiba di pintu rumah agam tersebut.Dia mula kagum sejurus memasuki rumah tersebut.Seni bina zaman pertengahan Eropah dan seni bina Rom membuatkan Farhan terpesona.Sungguh,inilah hikmah yang Allah berikan kepadanya.Jikalau dia tidak berusaha untuk mendapatkan keampunan Allah,nescaya dia tidak akan dapat melihat keindahan alam milik Sang Pencipta ini.

“Subhanallah”

Dia disambut dengan baik oleh pembantu rumah.Farhan mengekori pembantu rumah yang berbadan tegap tersebut menuju ke sebuah bilik.Sejurus dia melangkah ke dalam bilik tersebut,

"Ayah?"

"Farhan,lama ayah tak jumpa kau.Dah besar dah kau.Kau tahu tak,ayah rindu sangat dekat kau.”

“Rindu,baru sekarang ke timbul rasa rindu tu dekat hati ayah?” Kata Farhan,sinis.

Melihat anaknya tidak berapa senang dengan dirinya,Encik Saiful terus bangkit dari atas sofanya dan terus menuju kearah Farhan untuk memeluk anaknya itu.

"Kau jangan pegang aku!" Farhan memekik ayahnya.Tidak mampu menahan perasaan amarahnya kepada orang yang tidak bertanggungjawab tersebut.

Tersedar dengan jeritan itu,Bella yang berada tidak jauh dari bilik Encik Saiful terus menerjah masuk ke bilik tersebut dan memarahi Farhan.

"Hey you!Why are you so rude to my husband?!"

"What!Ayah!Betulke apa yang minah ni cakap?"

Encik Saiful cuma mendiamkan diri.Seolah-olah sedar akan kesilapannya.

"Ayah!Ayah tahu tak apa yang ayah buat?Ayah tinggalkan family and ayah dah mengkhianati arwah Ibu!Ayah tahu tak?"

"Ayah sanggup tak balik masa ibu meninggal.Ayah langsung tak ambil berat pasal Farhan!Kenapa ayah??Kenapa?"

“Sebab ayah ada kerja dekat sini Farhan!”

“Kerja apa ayah sampai tak boleh tinggalkan kejap untuk family.Sejak daripada arwah ibu meninggal,ada ayah balik Malaysia?Ada ayah jenguk kubur arwah ibu?Ada ayah jenguk Farhan?Tak ada!”

Farhan terlalu mengikuti perasaan amarahnya.Encik Saiful pula hanya duduk,tertunduk dan diam.Sementara Bella mengurut-urut bahu Encik Saiful sambil menenangkannya.

"Kejap,minah ni Islam ke tak ayah?" Farhan menudingkan jari kearah Bella.

Encik Saiful menggelengkan kepala dengan perlahan.Dia sebenarnya menyedari kebatilan dirinya,seorang Muslim tidak patut untuk menjalinkan hubungan kasih sayang antara orang yang bukan Islam.Namun,disebabkan nafsu,dia lupa akan dosa dan berani untuk melanggar suruhan Illahi.

Melihat reaksi bapanya itu,kopiah yang berwarna hitam di atas kepalanya terus ditanggalkan.Farhan kusut sambil meletakkan kedua-dua belah tangan di atas kepalanya.Seolah-olah kecewa dengan bapanya sendiri.

"Allahu Akbar.Ayah tahu tak hukum kahwin orang berlainan agama?Haram ayah!Haram!Tak takut dosa ke?"

Farhan bengang dengan tindakan ayahnya.Meskipun dia tahu dia tidak patut meninggikan suara kepada bapanya itu.Dengan perasaan yang berkecamuk,dia meninggalkan rumah Encik Saiful.

“Farhan,tunggu dulu!Farhan!Farhan!!”

Farhan langsung tidak mempedulikan seruan ayahnya.Dia terus berjalan keluar dari rumah agam tersebut.

Encik Saiful kecewa,dia terduduk di atas sofanya semula sambal mengurut-urut kepalanya.Menyesal dengan perbuatannya selama ini.

"John,who is that man?"

"He is my son Bell,Farhan." Kata Encik Saiful sambil tunduk.Malu dan kecewa dengan dirinya sendiri.Silap dirinya kerana tidak bertanggungjawab ke atas keluarga.Hanya menuruti nafsu dan mengejar dunia sahaja,sedangkan ilmu agama dan akhirat dicampak entah kemana.

“Amnan,mari kita bergerak ke hotel.Packing barang and tinggalkan tempat ni.” Arah Farhan kepada pembantunya yang juga merupakan sahabat karibnya sejak dia memulakan kerja-kerja dakwah.

“Ok bro,no hal.”

Sedar tak sedar,sudah 2 tahun berlalu.Dengan izin Allah,syarikat Encik Saiful mulai bankrap.Kewangan syarikatnya menjadi tidak stabil dek kerana kes pecah amanah dan projek yang terbengkalai.Akhirnya,syarikatnya terpaksa ditutup serta-merta.Tidak cukup dengan itu,dirinya pula ditinggalkan oleh isteri keduanya iaitu Bella.Kini,dia menghabiskan sisa hidupnya di dalam kelab malam di negara tersebut.

Sementara nama Ustaz Farhan pula semakin meningkat naik di seluruh dunia.Banyak jemputan-jemputan ceramah dan program yang dihadirinya tidak kira dari dalam mahupun luar negara.Sungguh,penghijrahan ini membuka satu ruang kepada dirinya untuk menggapai tiket syurga.

“Ibu,Ayah.Maafkan Farhan.” Monolog Farhan sementara menunggu kapal terbang membelah ruang udara menuju ke bumi Mesir.

DUNIA INI BAGAIKAN BAYANG-BAYANG.JIKA DIKEJAR,ENGKAU TAKKAN DAPAT MENANGKAPNYA.PALINGKAN  BADANMU DARINYA DAN DIA TIDAK PUNYA PILIHAN LAIN KECUALI MENGIKUTIMU.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Budak Baru

Pagi itu,jalan raya mula diluncuri dengan pelbagai jenis kenderaan.Masing-masing sedang bergerak menuju ke arah hala tuju mereka.Sama ada ya...