Dia kini berada di tingkatan lima dan akan mengambil peperiksaan yang akan menentukan nasib hidupnya.Ya,peperiksaan tersebut adalah SPM.Tekun dia belajar sendirian.Apabila tekaknya berasa haus,dia bergerak ke dapur untuk mencari minuman.Kelihatan,ibunya sedang membuat sarapan.Amir dengan sifat tidak sabarnya menunggu di meja makan.Belum sempat ibunya selesai menggoreng kuetiau.Dia sudah bersedia dengan pinggan,sudu dan garpu untuk menikmati hidangan enak tersebut.Sempat juga dia mengambil secawan Nescafe untuk dijadikan tambahan sajiannya.
"Kau tak ada kelas ke hari ini?" Soal ibu Amir.
"Kejap lagi ibu,ni tengah waktu rehat.Dah terbau kuetiau ibu dari bilik sebab tu Amir turun."
Kuetiau yang masih lagi berwap itu dibawanya oleh Puan Maria lalu diletakkannya di atas meja makan.Tanpa berlengah lagi,Amir terus menciduk beberapa sudu kuetiau lalu dimasukkan ke pinggannya.Dimakannya kuetiau panas tersebut dengan pelahap.
Selesai memenuhkan perut,dia kembali ke biliknya untuk meneruskan kelas.Amir merupakan seorang pelajar yang bijak.Di dalam peperiksaan pun,dia selalu menduduki tempat ke lima terbaik di dalam tingkatannya.Dia juga perlu berusaha keras untuk mencapai semua 'A' dalam peperiksaan SPM.Dalam keadaan yang serius memahami setiap bait kata guru mata pelajarannya,tiba-tiba dia tersenyum keseorangan.
Dia tidak berehat dan hanya berkurung di dalam biliknya sahaja.Konstrentasi dan fokus amat penting bagi dirinya untuk menuntut ilmu.Segala ilmu yang dicurahkan kepadanya mudah sahaja untuk Amir memamahami.Tamat sahaja waktu PdPR,dia terus keluar dari biliknya untuk menikmati udara segar.Amir mengambil wudu' di bilik air dan terus menunaikan Solat Zuhur.Walaupun sesibuk mana pun kita,janganlah lupa akan amanah yang diberi oleh Tuhan kepada kita.
Usai sahaja memberi salam kedua dan berdoa,Amir terus melipat sejadahnya dan disangkut kemas di atas kerusi.Dia kembali ke meja belajarnya,dibelek satu per satu helaian buku subjek Kimia.Selepas melepaskan keluhan yang panjang dan membaca doa penerang hati.Dia memulakan ulangkaji petangnya.
Mentari mula tergelincir sedikit demi sedikit.Suasana di hadapan rumahnya sedikit riuh-rendah dek kerana gelak-tawa anak-anak kecil bermain di taman permainan.Sekilas pandang,terlihat juga rakan-rakannya sedang berjoging dan jiran-jirannya yang lain mula berbasikal selepas kerajaan membenarkan segala aktiviti riadah dan rekreasi dijalankan.Amir hanya melihat suasana tersebut di tingkap rumahnya.Saat itu,ibunya pula sedang menonton berita di televisyen.
"Ibu,Amir nak pergi main bola kejap boleh?" Soal Amir yang amat mengharapkan ibunya memberikan dia peluang untuk beriadah.Sudah lama dia tak keluar dari rumah untuk bersukan dan bersenam.
"Pergilah,tapi hati-hati.Benda tu kita tak nampak."
"Okay ibu.Terima kasih."
Balas Amir yang kelihatan gembira selepas ibunya telah membenarkan dia untuk keluar beriadah.Amir yang sudah lengkap dua dos vaksin itu terus mencapai kasut bolanya yang terletak di rak kasut dan terus membawanya ke padang.Dengan perasaan yang gembira,dia mula berlari ke arah padang di hadapan rumahnya.Sudah lama dia tidak beraksi di padang.Hari ini,dia akan melepaskan rindunya terhadap sukan kegemarannya iaitu bola sepak.
Setelah satu jam berada di padang,akhirnya dia kembali masuk ke dalam rumah.
"Assalamualaikum."
Ucapan Amir tidak disahut oleh ibunya.Dalam keadaan yang basah-kuyup akibat bermandi peluh di tengah padang tadi.Dia cuba untuk melepaskan segala keletihannya dengan berbaring di atas sofa rumahnya.
"Mak aihh,melekit sungguh badan aku.Ni bukan mandi peluh tapi mandi air longkang ni!" Monolog Amir keseorangan untuk menghiburkan hatinya.
"Amir,bangun!Dah nak maghrib ni!"
Tanpa disedari,akibat daripada kesejukan pendingin hawa dan sofa yang empuk,Amir terlelap selama lima belas minit.Saat dia membuka matanya itu,terus dia memandang ke arah jam dinding rumahnya.
"Tujuh lima minit?Tadi ibu pergi mana?Masa Amir balik tadi ibu tak ada pun."
"Ibu ada dekat atas.Tengah kemas bilik.Bersepah."
"Bilik siapa?Setahu Amir bilik Amir always clean."
"Ibu kemas bilik Amir lah.Kotor macam sarang tikus."
"Eh,bilik Amir ke?"
"Yelah,buat-buat tak tahu pula kau ni!Dah bangun pergi mandi and solat.Bau macam kambing."
Amir pun terus bergerak ke arah bilik mandi.Badannya berasa lesu kerana penat bermain di padang manakala kakinya berasa lenguh akibat tidak melakukan aktiviti regangan sebelum dan selepas bermain.Amir berjalan terhincut-hincut menuju ke bilik mandi.Malam itu,selepas menunaikan Solat Maghrib Amir dan ibunya meluangkan masa bersama menonton berita di televisyen.
"Ibu,bosan gila duk rumah.Tak ada apa-apa kerja.Yang Amir tahu makan,belajar and tidur.Bila nak buka sekolah eh?"
"Bosan,bosan.Banyak lagi kerja dekat rumah ni.Ampai baju,vakum lantai,kemas rumah dan cuci tandas. Cuma kau je malas.Semua nak harapkan ibu."
"Hehehe,tak adalah.Amir kalau free pun tolong ibu juga.Tapi Amir nak seko..."
"Kau diam kejap." Tiba-tiba sahaja dialog Amir diberhentikan oleh ibunya.
"Ha,kau dengar ni.Perdana Menteri habaq nak buka dah sekolah.Selangor pun dah masuk fasa empat.Eloklah tu."
"Yes,Alhamdulillah.Akhirnya!Hahaha!Hahahaha!"
"Hoi,yang kau tergelak macam orang kena sampuk hantu dah kenapa?"
"Hehehe." Amir tersengih.
"Assalamualaikum." Percakapan mereka terhenti selepas terdengar seseorang memberi salam di luar rumah.
"Ayah!Ayah dah balik lah ibu!" Amir teruja.
Sudah sebulan Encik Isyraq tidak pulang ke rumah.Seisi keluarga amat rindu dengan sosok tubuh seorang bapa tersebut.Kini,kerinduan tersebut akhirnya terlepas jua setelah Encik Isyraq kembali ke pangkuan keluarga.
"Aipp,no peluk-peluk.Ayah kena mandi dulu ni." Encik Isyraq melarang saat isteri dan anak bongsunya itu mahu berpelukan dengannya.
"Ohh ha'ah lah.Ibu hampir terlupa.Amir,tolong ambilkan penyembur sanitasi." Arah Puan Kalsum.
Amir pun terus bergerak ke arah rak simpanan untuk mengambil penyembur tersebut.Sementara menunggu Amir,Encik Isyraq dan Puan Kalsum saling bertanya khabar sesama mereka.
"Awak apa khabar?"
"Alhamdulillah sihat."
"Dengar cerita Selangor sudah masuk fasa empat."
"Ya betul,sebab tu lah abang balik awal.Kalau nak diikutkan hari Ahad baru balik tapi polis dah tutup roadblock dekat sempadan.Dapatlah abang balik awal."
"Alhamdulillah,sekarang abang pergi mandi dan bersihkan diri.Nanti kita berborak lagi ya."
Puan Kalsum terus menutup topik perbualan selepas kelibat Amir berkunjung tiba.Selepas ayahnya disembur dengan cecair pembasmi kuman.Encik Isyraq terus menuju ke bilik mandi.
"Eh,kau nak pergi mana tu?" Soal Puan Kalsum selepas melihat anaknya tergesa-gesa untuk masuk ke dalam biliknya.
"Kejap ibu,ada hal nak talking talking dengan kawan jap.Dekat nak buka sekolah ni!Excited tu." Balas Amir lalu bergerak pantas menaiki anak tangga menuju ke biliknya.
Ditutup pintu bilik dengan rapat dan dikunci.Lantas Amir menggapai telefon pintar yang berada di meja biliknya dan terus berbaring di atas katil.Amir mencari-cari nama kenalan untuk dihubungi.Setelah jumpa,dia mengetik kenalan tersebut dan terus membuat panggilan.
"Tut,tuut,tuut." Amir menanti dengan penuh sabar.
"Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi,sila cuba sebentar lagi." Bengang Amir selepas operator yang menjawab panggilan tersebut dan bukannya kenalan yang dipanggil.Dia cuba sekali lagi,namun hasilnya tetap sama.Amir bangkit semula dan duduk bersila di sisi katilnya sambil meletakkan kedua-dua belah tangan di atas kepalanya.Kecewa.
"Hatiku bertanya mengapa dirimu tinggalkan diriku~"
Tiba-tiba sahaja telefon pintar Amir mengeluarkan lagu kegemarannya itu.Tanpa berlengah lagi,dia terus menghulurkan tangannya dan menjawab panggilan tersebut.
"Hoi,aku telefon kau dah dua kali,kenapa kau tak angkat?" Amir menyoal dalam keadaan mukanya yang sudah merah-padam.
"Aku pergi melepas lah tadi.Mana aku perasan kau call.Halah halah halah!" Balas suara tersebut.
"Dah,aku nak cakap ni.Sekolah dah nak buka.Jadi,kau dah cari orang ke belum?"
"Sekolah dah nak buka?Ya ke?Macam mana kau tahu?"
"Tu lah kau,lain kali jangan jadi katak bawah tempurung.Menteri Pendidikan dan habaq dah dalam tv."
"Ooo,kalau orang aku belum cari lagi."
"Kau cari sekarang,Jumaat nanti bagitahu aku.Aku nak bagi kerja dekat dia." Amir membalas sambil mulutnya terukir satu senyuman sinis.Apakah motif sebenar mereka?
Amir kembali ke ruang tamu rumahnya.Kelihatan ayahnya sudah pun selesai membersih dan mengemaskan diri.Dia terkaku sebentar.Pelbagai soalan singgah sejenak di akal fikirannya.Adakah ayahnya sudah mendengar perbualan dia dan rakannya tadi?Lamunan tersebut akhirnya dipatahkan oleh Encik Isyraq.
"Kau buat apa berdiri dekat situ Amir.Meh la duduk dekat sini.Ayah dah lama tak borak dan peluk kamu.Rindu,rindu serindu-rindunya." Encik Isyraq tiba-tiba bernyanyi.Amir dan Puan Kalsum tersenyum selepas melihat gelagat Encik Isyraq.Amir pun terus mengatur langkah menuju ke arah kedua orang tuanya itu dan duduk bersila menghadap televisyen sambil kepalanya disandarkan ke kaki bapanya.
"Dah besar dah kau ni." Encik Isyraq memulakan perbualan sambil mengusap kepala Amir yang botak.
"Tak adalah ayah,macam mana keadaan Amir masa ayah pergi kerja macam tulah keadaan Amir sekarang.Tak ada bezanya." Amir tersenyum keriangan.
"Macam mana sekolah?Okay tak?"
"Okay je,no problem.Tapi tulah,Matematik Tambahan kena buat banyak ulangkaji."
"Memanglah,dah nama pun Matematik Tambahan,ulangkaji pun mesti ada waktu tambahan.Macam main bola sepak." Encik Isyraq berlucu.
"Hahaha,pandailah abang berlawak." Puan Kalsum bersuara sambil ketawa.Cuba tidak melukai perasaan dan menyokong suaminya itu membuat lawak hambar.Amir juga turut tersenyum.
"Amir,ibu nak tanya.Tadi masa ibu kemas bilik Amir,ibu ada jumpa phone.Tapi cover dia ada gambar artis korea.Sejak bila Amir minat Korea?Ibu tak tahu pun." Soalan Puan Kalsum tersebut membuatkan reaksi muka Amir bertukar tiga ratus enam puluh darjah.Wajahnya muram dan tiba-tiba sahaja menjadi geram.Buku limanya digenggam erat.Tidak sampai lima saat tragedi perubahan emosi tersebut,Amir berpaling ke arah ibunya dalam keadaan yang tersenyum.
"Hadiah birthday tu ibu.Cakap pasal korea pula.Baru je Amir minat korea ni.Amir suka tengok tarian dengan drama diorang.Ada kelas and lain daripada lain!"
"Ha,ni ayah nak pesan.Zaman sekarang ramai dah minat artis korea.Dekat tempat kerja ayah,walaupun kerja polis tapi masih lagi ada yang sanggup duduk dalam khemah,bukan phone tengok cerita korea.Bagi ayah,minat tu tak salah.Semua orang ada minatnya.Tapi janganlah sampai kita taksub dan abaikan tugas hakiki kita.Faham tu Amir?" Ceramah Encik Isyraq dengan panjang lebar.
"Baik ayah Amir faham."
"Ayah cakap ni bukanlah sebab apa.Ayah tengok ramai sangat orang Islam ni dah taksub dengan korea sampai sanggup tinggalkan solat semata-mata nak tengok movie korea.Nak tengok,tengoklah tak salah tapi solat tu penting.Lepas tu pula ada yang sanggup dipeluk artis korea lah.Kalau ayahlah yang kena peluk tu,dah lama ayah tampar dia balik.Kisah pula ayah dia tu anak Y.B ke artis ke.Maruah diri tetap number one." Sambung Encik Furqan meneruskan celotehnya.
"Ibu tengok kau ni janguk je.Kau faham tak?" Sergah Puan Kalsum selepas melihat anaknya itu duduk termenung.
"Faham-faham."
"Kalaulah abang kau ada dulu kan Amir,mesti keluarga ni lagi meriah." Tiba-tiba sahaja Encik Isyraq memulakan kisah tentang anak sulungnya.
Seisi keluarga senyap.Hanya pembaca berita di kaca televisyen sahaja yang rancak berkongsi tentang berita hal ehwal semasa.Masing-masing seolah-olah sedih mengenangkan Faris yang sudah kembali ke rahmatullah hampir tujuh bulan yang yang lepas.
"Amir tak boleh maafkan siapa yang bunuh abang!Kalau Amir jumpa dia.Siaplah!" Amir bersuara memecah keheningan antara mereka bertiga.
"Amir,hidup ni kita perlu memaafkan kesalahan orang.Seburuk mana pun orang tu buat dekat kita,kita sentiasa perlu memaafkan mereka.Bukankah itu amalan yang diajarkan oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam?" Puan Kalsum membidas kata-kata Amir sebentar tadi.
Sekali lagi,suasana di antara mereka kembali sunyi sepi.Mereka masih lagi belum mengetahui siapakah pembunuh Faris yang sebenar.Tiada bukti yang kukuh untuk mencari pembunuh tersebut kerana jenayah yang dilakukan oleh pembunuh tersebut amatlah teliti.Dari sehelai rambut hingga cap jari sekalipun tidak dapat ditemui oleh badan forensik.Hanyalah ditemui di tempat kejadian adalah mayat Faris dalam keadaan yang mengerikan dan kesan cap jari Faris sendiri.Akhirnya pihak polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai bunuh diri.Meskipun pihak polis dan forensik telah menutup kes tersebut,Encik Isyraq,Puan Kalsum dan Amir yakin bahawa ini bukanlah kes bunuh diri tetapi kes pembunuhan yang dilakukan oleh pembunuh profesional.
"Semoga orang yang bunuh Faris dapat pembalasan di hari akhirat." Amir bermonolog.
*****
Petang itu,suasana pasar malam ni taman perumahan Amir sungguh meriah.Rindu rasanya untuk pergi ke pasar malam.Akhirnya kerinduan tersebut terubati selepas kerajaan membenarkan aktiviti pasar malam,pasar minggu dan pasar tani beroperasi semula seperti biasa.Amir mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di sekitar pasar malam tersebut dan membeli sedikit juadah untuk dia dan keluarganya makan malam bersama-sama
"Ayam percik,ayam percik,ayam percik!Merecik hawau!"
"Mari beli bang,nasi bajet aneka lauk ada!Ayam masak merah,ayam masak kicap dan telur sambal semua ada!Mari beli,mari beli,mari beli!"
"Akak,adik,tok cik,mak cik,abang dan kakak semua!Mari beli jus buah!Sejuk anak tekak oii!Jus tembikai ada,jus oren ada.Jus epal ada!"
"Piza pasar malam terbaik di Asia!Mari singgah jangan lepaskan peluang!"
Hiruk-pikuk suasana di pasar malam akibat daripada seruan para peniaga yang bersahut-sahutan tanpa henti cukup memeriahkan suasana dipasar malam tersebut.Amir dengan gembiranya berhenti di sebuah khemah menjual pelbagai aneka minuman.
"Teh ais madu empat.Cincau lebih."
"Okay,siap." Balas peniaga tersebut.
Mata Amir lirik memandang jauh ke hujung pasar malam.Disebalik kesesakan akibat kehadiran pengunjung,adakalanya dia menjongketkan sedikit kakinya kerana mahu memastikan khemah jualan yang mahu dikunjunginya itu buka ataupun tidak.Tidak sampai satu minit,akhirnya pesanan yang dikehendaki sudah muncul di hadapan matanya.Lantas dia mengeluarkan sekeping duit bernilai sepuluh Ringgit dan dua keping duit bernilai satu Ringgit dari dompetnya.
"Ini duit dia pak cik.Terima kasih." Ucap Amir dengan ramah.
"Alhamdulillah,terima kasih.Kalau ada masa datanglah lagi ya."
"Insha-Allah."
Selepas membeli empat cawan teh ais madu,dia pun bergerak untuk membeli beberapa juadah lagi.Keropok lekor,corndog dan takoyaki semua dibeli oleh pemuda tersebut.Setelah hampir empat puluh lima minit berjalan di sekitar pasar malam yang panjangnya hampir seratus lima puluh meter itu,akhirnya dia tiba di sebuah khemah jualan kecil yang menjual mi goreng.
"Ha,Assalamualaikum girl." Sapa Amir kepada wanita berkenaan.
"Waalaikumsalam.Ya,nak apa?"
"Aku nak mi goreng tiga.Nah,ni air untuk kau." Amir menghulurkan secawan air teh ais madu yang baru sahaja dibeli olehnya beberapa minit lepas.
"Ouh,thank you.Kejap aku bungkuskan mi goreng.Kau nak berapa tadi?"
"Aduhai kau ni.Macam mana kau meniaga!Customer order pun lupa!"
"Hehe,sorry la.Serius aku auto lupa lepas dapat air tu." Aina membalas sambil mulutnya tersengih.
"Malam ni aku ada plan.Kau nak join tak?" Amir memperlahankan suara seolah-olah mahu berbisik.
"Apa dia?" Soal Aina.Perasaan ingin tahunya berbuak-buak.Aina sedikit terkejut selepas mendengar perkataan yang keluar dari mulut Amir
"Kenapa dengan dia?"
"Nanti aku Whatsapp kau.Tapi aku jangka dalam lepas maghrib macam tu kot."
"Ha,okay Amir.Aku tak ada hal.Dah lama aku tak buat kerja macam ni.Bosan juga." Aina membalas.
Selepas mendapat jawapan dan mi goreng daripada Aina yang buat-buat lupa akan bilangannya tadi,Amir pun berlalu meninggalkan khemah tersebut.Setibanya dia di rumah,azan pun mula berkumandang.Lantas dia membawa segala juadah masuk ke dalam rumah lalu diletakkan di atas meja makan.
"Ha,Amir.Jom solat dulu.Dah Maghrib ni." Encik Isyraq mengajak.
"Okay ayah,Amir nak mandi dulu."
Usai sahaja menunaikan ibadah pada Yang Maha Esa,mereka sekeluarga pun menikmati juadah yang telahpun dibeli oleh Amir.Perasaan Amir sungguh gembira kerana niatnya untuk membelanja keluarganya akhirnya tercapai.
"Banyak kau beli ni.Berapa harga semua?" Encik Isyraq menyoal.
"Dalam enam puluh ke enam puluh lima Ringgit je ayah."
"Okay,nanti ayah bayar balik."
"Eh,tak payah ayah.Niat Amir hari ni memang nak belanja ibu dengan ayah.Banyak kali ayah belanja Amir makan.Sekali-sekala biarlah Amir pula yang belanja makan."
"Tapi kau kan still belajar lagi?Banyak nak pakai duit."
"Tak apa ayah,Amir ikhlas.Ni pun pakai duit Amir yang Amir simpan.Ada baki lagi lima ratus.Ayah janganlah risau."
Melihat keikhlasan Amir,akhirnya Encik Isyraq akur.
"Malam ni Amir nak tidur tau.Penatlah.Jangan kacau Amir." Tegas Amir meskipun dalam nada bergurau.
"Tidurlah kau semahu-mahunya.Ayah dengan ibu tak kacau." Puan Kalsum membalas.
Encik Isyraq telahpun melabuhkan punggungnya di atas sofa sementara anak dan ibunya sedang sibuk mengemaskan meja makan.Saat mereka asyik mengemas,tiba-tiba telefon pintar Amir berdering.
"Amir,ada orang call!" Pekik Encik Isyraq.Lantas Amir meninggalkan pekerjaannya dan menuju ke arah ruang tamu.
"Sorry ibu,ada orang call."
"Ayah ingat ada konsert Thomas Arya dekat rumah ni rupa-rupanya telefon kamu." Gurau Encik Isyraq saat anaknya sedang menggapai telefon pintar.
"Hehehe,tak adelah ayah."
Amir lantas menjawab panggilan tersebut.Selepas mendengar suara panggilan tersebut,dia terus mendaki anak tangga menuju ke biliknya.
"Ha,kau dah jumpa orang ke belum?"
"Dah,aku rasa baik kita ambil Aina."
"Aina?" Soal Amir sambil mulutnya tersenyum sinis.
"Yup,sebab gerai dia dekat hujung pasar malam.Ada peluanglah kalau nak humban dia masuk dekat dalam hutan tu."
"Okay,mantap.Kau buat kerja kau.Aku tunggu dekat rumah tu.Tapi ingat,jangan tinggalkan sebarang kesan.Kalau tak.."
"Okay,aku tahu.Jangan risau bro."
"Bagus."
Sementara itu di pasar malam,dia meminum beberapa teguk teh ais madu yang diberikan oleh Amir tadi.Tidak sempat untuk dia meminum minuman berkenaan kerana terlalu sibuk menguruskan pelanggan-pelanggan yang singgah di khemahnya.
Aina pun mula berkemas untuk pulang.Segala saki-baki mi goreng yang tidak terjual dimasukkan kembali ke dalam sebuah bakul.Meja yang dipinjamnya dari gerai sebelah serta-merta dipulangkan kembali.Sampah-sarap yang bertaburan di atas jalan dan di sekitar ruang gerainya dikutip dan dimasukkan ke dalam beg plastik berwarna hitam.Khemah kecil yang digunakan oleh dia juga dilipat dengan kemas dan dimasukkan ke dalam kereta peniaga sebelah.Selepas semuanya sudah selesai,dia mengangkat bakul yang berisi mi goreng tersebut dan terus berjalan pulang ke rumah.
Disebabkan rumahnya terletak jauh dari petak khemahnya,dia perlu berjalan sejauh lima ratus meter untuk sampai ke rumahnya.Aina juga terpaksa berjalan menyusuri sebatang jalan yang gelap.Boleh sahaja dia mengikut laluan yang lebih terang dan selamat,namun disebabkan dirinya sudah letih,dia mengambil keputusan untuk melalui jalan tersebut kerana tempoh masa untuk dia sampai ke rumahnya adalah lebih singkat.
Dalam keadaan yang gelap-gelita,pandangan Aina semakin kabur,tubuhnya pula hampir lemah.Bakul yang berada digenggaman akhirnya terlepas.Dalam masa beberapa saat sahaja,Aina pengsan dan tidak sedarkan diri.
"Pandai kau buat kerja Mir."
Dengan senyuman yang sinis,Rafiq keluar dari tempat persembunyiannya.Ditoleh kepalanya ke kanan dan ke kiri untuk melihat keadaan jalan.
"Cantik.Line clear."
Tanpa berlengah lagi,remaja yang tinggi-lampai dan berjaket hitam tersebut lantas bergerak perlahan-lahan ke arah perempuan tersebut.Disembunyikan bakul yang berisi mi goreng itu di dalam semak-samun yang berhampiran dengannya.
"Hai perempuan,muka kau cantik tapi..heh,sayang kau akan mati." Rafiq terketawa sinis sambil membelek-belek wajah perempuan yang pengsan itu.
Tanpa disedari,seorang lelaki berpakaian serba hitam mendekati Rafiq secara perlahan-lahan.Dia berhenti tepat di belakang Rafiq.Melihat peluang sudah berada di hadapan mata,tanpa menunggu lagi,lelaki tersebut terus memukul kepala Rafiq dengan menggunakan bat besbol yang dibawanya dari tadi.
"Tinggg!" Bat besbol tersebut menghinggap tepat di kepala Rafiq.Telinganya berdesing dan kepalanya pusing bagaikan orang mabuk.Dia tersembam jatuh ke tanah.Kepalanya terhentak jatuh di atas jalan raya yang disaluti tar.Akibat terlalu hilang banyak darah,akhirnya Rafiq pengsan.
"Woi pompuan,bangun!" Itulah ayat terakhir yang singgah di telinga Rafiq sebelum dia melelapkan mata.
*****
Setelah dua jam dia tidak sedarkan diri,akhirnya dia membuka kelopak matanya perlahan-lahan.Sakit di belakang kepalanya masih dirasai.Nasib baik,ingatannya masih lagi belum hilang.Namun,di sebalik rasa sakit yang dirasai oleh Rafiq,dia mula berteka-teki.
"Mengapa aku berada di sini?"
Meskipun tempat tersebut acap kali dikunjunginya,namun dia masih belum faham mengapa dia berada di situ apatah lagi situasi yang sedang berlaku.Dia cuba untuk bergerak namun segalanya terbatas tatkala kedua-dua belah tangannya didepakan dan diikat di tiang konkrit yang lebih dua meter jauh daripadanya.Kedua-dua belah kakinya pula diletakkan di atas sebatang kayu pokok berbentuk silinder bagi menyokong lehernya yang berada tepat di tali gantung.
"Hoi,siapa yang ikat aku dekat sini haa?Amir,tolong aku!"
Dalam keadaan yang lemah tersebut,Rafiq menjerit meminta bantuan dari rakan sekutunya iaitu Amir.Mendengar pekikan tersebut,Amir lantas mengatur langkah.
"Amir,Amir..tolong aku Amir,a..aku takut dowh."
"Lemah,dah dua puluh bulan kau tolong aku tapi nak lepaskan diri dari ikatan ni pun tak boleh?" Tiba-tiba sahaja Amir memberi ayat sinis kepada Rafiq.
"Kau cakap apa bodoh!Tolong aku cepatlah!"
"Nak tolong kau?Hahaha!Buat apa weyh!" Balas Amir lalu meludahkan air liurnya ke muka Rafiq.
"Kurang ajar kau!Aku dah penat tolong kau selama ni!Macam ni je kau buat aku!Dasar kawan tak guna!"
"Kawan?Kau panggil aku kawan?Hahahaha!Bodoh!"
Rafiq berasa hairan bercampur dengan rasa marah.Hairan dengan tindakan Amir sedemikian dan marah tatkala Amir meludah ke arah mukanya.Dia geram.Mahu sahaja dia menerjah Amir lalu memukulnya namun dia tersekat.
"Tak payahlah kau nak gerak-gerak!Hahaha!Nanti leher kau juga kena jerut!"
Api amarah terus membakar diri dirinya.Sampai hati Amir memperlakukan dirinya sedemikian.Melihat Amir semakin menghampirinya,tanpa berlengah lagi Rafiq terus melepaskan satu ludahan terhadap Amir.Membalas perbuatan Amir tadi.
"Hahaha,padan muka kau!"
Bengang dengan tindakan tersebut,Amir terus melepaskan satu tumbukan yang padu dan tepat mengenai muka Rafiq.Rafiq mengerang kesakitan.Dalam keadaan pipinya yang pijar akibat tumbukan tadi tambahan pula mulutnya sudahpun mengeluarkan cecair merah pekat.Tiba-tiba,dia terlihat satu sosok tubuh wanita berjalan memasuki ruang tempat Rafiq diikat.Dia terkejut selepas melihat remaja perempuan tersebut.
"Ai..Aina?Kau buat apa dekat sini?" Soal Rafiq.Dia kini mula merasai dirinya sudah dipermainkan.Serta-merta dia mengajukan soalan terhadap Amir yang berada di hadapannya.
"Kau buat apa Amir?Bukan kita target minah ni ke?Apa kau buat ni dowh?Aku tak faham la!" Meskipun pipinya sudah lebam akibat daripada tumbukan Amir tadi,itu bukanlah menjadi halangan untuk dia mendapatkan penerangan dari Amir.
Sambil memusing-musingkan pisau lipat di tangannya,Amir membalas.
"Aku target kau,kau target dia,dia pula target kau balik!Hahaha,lawaklah dowh!"
Mendengar sahaja kata-kata Amir,matanya kembali memandang wajah remaja perempuan yang cuba diculiknya tadi.
"Dah Aina,kau pergi balik.Biar aku settle kan budak ni.Nanti mak kau cari pula.Tapi ingat,ikut jalan yang aku dah tunjuk,jangan ikut jalan biasa."
Aina akur,dia pun terus meninggalkan Amir dan Adam di rumah kosong tersebut dan kembali ke rumahnya.Kedudukan rumah lama yang agak jauh dari hutan tersebut membuatkan lokasi tersebut amat strategik untuk melakukan apa-apa perkara.
"Bodoh kau Amir!Kau pengkhianat!Dasar tak kenang budi!Pergi mampus la kau!"
"Hey,kau diam boleh tak.Kau pun tahu kan dah dua puluh bulan kita buat kerja macam ni.Dah sembilan belas orang dah aku bunuh.Aku rasa malam ni kau jadi orang ke dua puluh kot.Hahaha!" Amir memberi amaran sambil meletakkan pisau lipat di dada Rafiq.
"Sembilan belas?Bukan empat belas ke?"
"Oh ya,aku lupa nak cakap.Akak kau..apa nama dia?Ahh,aku dah lupa!Ha,Liyana.Sebenarnya,dia bukanlah mati bunuh diri,tapi.."
"Tapi apa?" Rafiq sedikit beremosi selepas Amir menyentuh topik mengenai kakaknya yang sudah meninggal dunia dalam keadaan lehernya dikelar.
"Haha,aku yang bunuh dia.Tak tahanlah weyh.Cantik sangat."
Muka Rafiq mula merah padam selepas mengetahui Amir lah yang membunuh kakaknya yang tersayang.Dia sedaya-upaya mencuba tidak melepaskan perasaan amarahnya kerana keadaan Rafiq ketika itu yang berada seperti telur di hujung tanduk.
"Tipu,kau tipu!Kau menipu!Tipu!Kakak aku tak mati dibunuh!Dia tu bodoh!Apasal pergi bunuh diri!" Rafiq memekik sekuat hatinya.Langsung dia tidak mempercayai kata-kata Amir.
Melihat Rafiq yang tidak percaya akan kata-katanya,Amir terus mengeluarkan sebuah telefon pintar kepunyaan Liyana.
"Buka mata kau luas-luas!Ni.Ini telefon dia kan?Pelik tak macam mana telefon dia boleh ada dekat sini?" Amir menunjukkan cover phone Liyana yang dipenuhi dengan gambar artis korea.Sememangnya itu adalah telefon pintar Liyana.Hati Rafiq sendiri mengakuinya dan sememangnya arwah kakaknya peminat artis negara Kimchi itu.
"Tak,tak,kau bohong!Bohong!" Meskipun hati sudah yakin bahawa pembunuh kakaknya adalah orang di hadapannya namun akal masih tidak dapat menerimanya.Ketika itu,air mata Rafiq sudahpun bergenang malah dirinya tersedu-sedu kesedihan.
"Ka..kalau tu phone kakak aku,kenapa polis tak dapat kesan kau!"
"Sebab aku tak bodoh macam kau la Rafiq!" Balas Amir sambil menendang sebuah kerusi kayu di hadapannya.
"Aku dah keluar kad SIM awal-awal dah.Ingat senang ke polis nak tangkap aku!Hey,ni Amir lah!Come on!"
"Pembohong,penipu!Kau penipu!Hei syaitan!"
"Adik,tolong kakak!Ada orang culik kakak!Ada orang nak bunuh kakak!" Amir mengulangi semula kata-kata Liyana saat wanita berusia 20 an itu sebelum dia dibunuh dalam nada seolah-olah mengejek.
"Akak!Maafkan Rafiq akak!Maafkan Rafiq!" Rafiq menangis sepuas-puasnya.Saat itu,barulah dia mengakui kesilapannya membantu seorang manusia yang bertopengkan syaitan.
"Kau,kau bunuh kakak aku!Kau dah bunuh manusia yang tak berdosa!Dasar syaitan!"
Amir hanya tersenyum sinis.Jam di tangannya sudahpun menunjukkan pukul 12:30 minit pagi.Dia meninggalkan Rafiq buat sementara waktu.Melihat Amir sudah menghilangkan diri,Rafiq terus menarik-narik tali yang membelit tangannya dan hujungnya diikat kuat di dua batang tiang yang diperbuat daripada konkrit dan simen tersebut.Segala usahanya itu tidak mendatangkan hasil selepas Amir kembali ke tempat tersebut dengan membawa sebatang paku yang berukuran lebih kurang lima inci dan sebatang penukul kuku kambing.
"Kau,kau nak buat apa Mir?"
"Pukul dua belas setengah,kanan.Pukul tiga setengah,kiri.Pukul enam pula,kepala.Hahaha!"
Amir mula menggunakan nada yang membuatkan bulu roma Rafiq menaik tegak.Tidak pernah dia melihat Amir berkelakuan sedemikian.Melihat Amir sudahpun bersedia meletakkan mata paku di pergelangan tangan kanannya,Rafiq cuba untuk mengelak.Namun,keadaannya kini bagaikan keluar mulut buaya kemudian masuk ke mulut harimau.Meskipun dia cuba untuk melawan dirinya daripada dipaku oleh Amir,pergerakan tersebut membuatkan badannya tidak seimbang.Jikalau dia bergerak meskipun seinci,tali gantung tersebut bakal menjerut lehernya.
"Mengucap Amir,mengucap!Sedar diri kau tu siapa!"
"Asy hadu alla ila ha illallah,wa asy hadu anna Muhammad Rasulullah.Dah,senang je." Amir membalas.Lantas dia meletakkan kembali mata paku tersebut ke telapak tangan Rafiq dan mula menghayun penukul tersebut.
"Arghhhh!!Erghhhh!!Saakittt!!Arghhhh!!"
Paku yang lebih kurang dua belas sentimeter tersebut terbenam ke dalam pergelangan tangan Rafiq.Rafiq mengerang kesakitan selepas dia menyedari paku tersebut sudah pun menembusi tangannya.Setiap ketukan yang dilakukan oleh Amir amat menyakitkan.Rafiq cuba untuk bertahan.Darah mula mengalir jatuh melalui dinding banglo yang kosong.Mustahil untuk dia melepaskan diri selepas pergelangan tangannya sudahpun dipaku bersama dinding konkrit.
"Kenapa?Erkk..kenapa kau tak bunuh aku je terus ha!"
"Bunuh kau?Hahaha!It's not my style babe!"
Kesakitan yang dialami oleh Rafiq amatlah pedih.Ya,mungkin inilah balasan baginya kerana bersubahat dengan seorang pembunuh.
"Kau..kau takkan terlepas dowh.Polis akan tangkap kau juga!Dasar manusia psikopat!"
"Hahaha,polis nak tangkap aku?Jangan haraplah.Kau tengoklah empat belas orang yang kita dah bunuh.Ada polis tangkap kita?Tak!Sebab apa?Sebab kita takkan biarkan sehelai pun rambut kita berada di tempat kejadian.Cuba kau tengok,kau dengan aku kan botak!Kau tak rasa best ke nama kau masuk surat khabar,masuk internet.Dalam tajuk utama ditulis 'Remaja 17 tahun ditangkap selepas membunuh 20 remaja yang lain dengan kejam'.Hebat dowh!Ops,aku lupa,orang kedua puluh tu kau!Hahaha!"
"Akulah pembunuh profesional!Tapi kau nak tahu tak apa yang paling lawak dalam sejarah aku membunuh orang ni?Faris tu aku bunuh,polis siasat and kata dia bunuh diri weyh.Hahaha!Lawak dowh!"
Kata-kata Amir tersebut amat mengejutkan Rafiq.Mengapa seorang adik sanggup membunuh abangnya sendiri?
"Kenapa kau buat camtu?Kau gila ke?Kalau abang kau pun kau sanggup bunuh,apatah lagi mak bapa kau!"
"Nombor lima belas,Liyana.Nombor enam belas,Faris.Nombor tujuh belas,Isyraq.Nombor lapan belas,Kalsum.Nombor sembilan belas,Aina.Nombor dua puluh?"
Rafiq terkedu selepas mendengar apa yang disuarakan oleh Amir.
"Kau,kau bodoh ehh?Kau..gila ehh?Sanggup kau buat macam tu dekat diorang?"
"Sanggup.Aku sanggup sebab aku suka bau darah."
"Syaitan!" Pekik Rafiq.
"Tolong!Tolong aku!Tolong!Polis!Polis!Ada pembunuh dekat sini!"
"Hahaha!Kau pekiklah sekuat hati kau!Tak ada orang dengar!"
Letih,itulah keadaan yang dialami oleh Rafiq.Peluh sudahpun membasahi satu badannya.Dia amat memerlukan pertolongan supaya lepas dari seksaan ini.
"Ya Allah,kau bantulah aku!"
"Weyh Rafiq,kuku kaki kau panjang sangatlah.Biar aku potong boleh?" Kata Amir.
"Jangan!Jangan!"
Amir mengeluarkan pengetip kuku yang tersimpan di kocek seluarnya lalu dia mengetip kuku Rafiq yang panjang tersebut.Rafiq merasakan pengetip kuku tersebut sudahpun sampai ke isi kukunya.Sekali lagi,dia tidak mampu berbuat apa-apa.Reda sahaja dengan ujian yang melanda dirinya.
"Arghhhhh!!"
Separuh daripada kuku ibu jari kakinya berjaya diketip oleh Amir.Yang tinggal hanyalah isi dan yang keluar adalah darah.Dia sekali lagi mengerang kesakitan akibat perbuatan yang sama juga dilakukan oleh Amir terhadap kuku ibu jari kanannya.
"Darah tak keluar lah.Meh aku picit."
Tidak mampu lagi Rafiq berkata-kata.Cukuplah hanya pekikan yang berbicara.Sungguh,akhirnya dia merasai juga apa yang dirasai oleh empat belas manusia sebelum ini.
"Ya Allah,ampunkanlah dosaku." Monolog Rafiq.
Kepedihan seksaan semakin bertambah tatkala Amir mencurahkan air kepada anggota badan Rafiq yang cedera.Rafiq menahan kesakitan,dia mengetahui apabila semakin dia menjerit semakin riang hati Amir selepas memperlakukan sedemikian.Akhirnya Amir beredar dari situ meninggalkan Rafiq keseorangan.
Selepas satu jam,akhirnya Amir kembali menemui Rafiq.Rafiq pada waktu itu mahu melelapkan matanya.Namun keadaan dirinya yang menerima azab seksaan yang pedih menghalangnya untuk terus lena.
"Kenapa..kenapa kau buat semua ni?"
"Entahlah Rafiq.Aku rasa kalau aku sembelih lembu ke,sembelih orang ke,aku rasa sama je.It's okay for me."
"Lantak kau lah nak sembelih apa!Aku tanya kenapa kau sanggup bunuh abang kau sendiri?Mak and ayah kau!"
Amir tersenyum sinis sebelum menjawab pertanyaan Rafiq.
"Aku dah penat berlakon.Mak ayah aku selalu sayang dia lebih dari aku.Kalau kitorang gaduh mesti dia lebihkan Faris.Kalau ada apa-apa jadi,mesti salahkan aku.Sampai satu masa,kan elok kalau aku bunuh je dia.Dah tentu mak ayah aku sayangkan aku.Betul tak?"
"Cara kau salah!"
"Tak,aku betul.Aku nak rasa apa yang abang aku rasa.Cukuplah selama ni aku buat orang gembira tapi aku sendiri sedih.Dengan cara ni jelah aku dapat tengok orang-orang yang selalu gembira tu dalam kesedihan.Selama diorang tahu apa je?Gembira?"
"Kau cakap apa tadi?Cara aku salah?Habis tu kenapa kau tolong aku?Lembap!" Sambung Amir.
Rafiq hanya mengunci mulutnya.Sungguh dia berasa kesal dengan apa yang dilakukan olehnya selama ini.
"Aku saja je tak tutup mulut kau.Jeritlah sekuat mana yang kau suka.Aku tahu ada orang di sekitar sini yang akan buat report dekat polis sebab tadi aku nampak dia ada dekat luar banglo ni.Cuma aku malas nak bunuh dia.Aku pun sengaja je tinggalkan kesan dekat rumah aku.Biar polis tahu.Hahaha.Kau tahu sebab apa?Sebab kalau aku bunuh kau pun lepas ni.Sama ada masuk penjara atau mati,hidup aku akan aman."
Rafiq berasa pelik dengan penerangan Amir.Dia seolah-olah tidak percaya dengan kata-kata itu.Perasaan Amir pada waktu itu bercelaru.Adakalanya dia tersenyum,adakalanya dia ketawa,adakalanya dia menangis keseorangan dan adakalanya dia marah sendirian.
Lama juga Amir duduk termenung melihat kayu pokok yang berbentuk silinder tersebut.Akhirnya dia bangun dan terus berjalan beberapa tapak menuju ke arah bekas sekutunya yang membantu dalam aktiviti pembunuhan selama dua puluh bulan.
"Kau..kau nak buat apa lagi?" Jerit Rafiq.Takut.
"Tak ada apa-apa.Saja nak main dengan kau.Hahaha!" Balas Amir sambil ketawa.
"Arghhh,sakit Amir!Sakit!"
Rafiq menjerit kesakitan selepas dirinya ditikam berkali-kali oleh Amir.Darah mula mengalir jatuh melalui tubuh badannya yang kurus itu.Setiap tikaman yang dilakukan oleh Amir amatlah memedihkan bagi Rafiq.Dia kehilangan banyak darah.
"Lama dah aku tak bau darah.Terima kasih tau Rafiq." Amir menghembuskan kembali nafasnya selepas menghirup udara yang bercampur dengan bau hanyir darah manusia malang tersebut.
"Sya..syaitan kau!"
"Hahaha,lima dekat kanan,lima dekat kiri,empat dekat kanan,lima dekat kiri.Satu lagi dekat mana?" Soal Amir kepada Rafiq selepas menikamnya sembilan belas kali.
Rafiq pula tidak mampu lagi untuk berbicara.Pandangan matanya sudah pun kabur.Tidak dapat dilihat dengan jelas wajah Amir.Hanya telinga sahaja yang mendengar.Tubuh Rafiq kini lemah.
"Asy hadu..alla ila ha illallah..wa..asy hadu anna..Muhammad Rasulullah." Mengetahui ajalnya semakin hampir,Rafiq mengucap dua kalimah suci tersebut.
"Eh,tahu rupanya mengucap.Ingatkan kau jahil.Hahaha!"
Akhirnya,dengan pisau lipat yang dilumuri darah tersebut,Amir telah menikam Rafiq di perut buat kali yang terakhir.Menggenapkan dua puluh tikamannya ke atas tubuh Rafiq.Pisau lipat tersebut dipusingkan seratus lapan puluh darjah sebelum ditarik semula oleh Amir.Tikaman tersebut membuatkan Rafiq termuntah darah.
"Selamat tinggal bro.By the way,thanks sebab jadi mangsa aku yang terakhir.Haha."
Potongan kayu pokok tersebut akhirnya dialihkan.Kaki Rafiq terapung di udara sementara lehernya pula dijerut dengan tali gantung.
"To..lo..long..a..ku Amirr!"
Dia bergelut dengan tali gantung yang menjerut lehernya.Menghalang esofagusnya untuk menghirup nafas.Otot-ototnya mulai kejang.Otaknya bagaikan tidak mampu berfungsi lagi.Jantungnya pula berhenti berdegup.Setelah beberapa minit dia bertarung nyawa,akhirnya dia menghembuskan nafas terakhirnya.
"Hari ini 20 Oktober,genap 17 tahun aku hidup.Aku jadi serial killer dah 20 bulan.Aku dah bunuh 20 orang.Mangsa terakhir aku mati tepat pukul 2:00 pagi dan aku akan mati pada jam 2:20 pagi.Hahaha!Lawaknya hidup ni!" Amir berdialog sendirian.Sempat dia menghitung waktu kematiannya.
Saat itu,dia hanya menunggu kehadiran pihak polis.Dia duduk di atas kerusi sambil melihat mayat Rafiq yang tergantung.Dia meneguk minuman cincau yang dibeli olehnya di kedai serbaneka sebentar tadi.Seketika,sekali lagi dia berdialog sendirian.
"Weyh Rafiq,aku ni handsome kan?"
"Handsome apa?Muka macam longkang pecah je.Haha!"
"Tapi...aku dah bunuh orang!Tak..aku tak bunuh dia!Aku tak bunuh dia!"
"Kalau aku bunuh pun apa salahnya!Hahaha!Darah!"
"Weyh Rafiq,best kan kita buat kerja ni?"
"Tapi kau dah bunuh mak ayah kau!Abang kau!"
"Pergi mampus sama dia lah!Janji hati aku tenang.Hahaha!"
"Hidup,mati,aku rasa sama je." Nada suara Amir semakin perlahan seolah-olah dia pasrah dengan kehidupannya.
"Jangan bergerak!Kami polis,anda ditangkap kerana membunuh."
Tepat pada jam 2:16 pagi,pihak polis sudah pun mengepung kawasan banglo lama tersebut.Tiada tempat lagi untuk Amir melarikan diri.Sejurus sahaja mendengar arahan dari pihak polis,serta-merta Amir terus berpaling.Dalam keadaan yang berdiri,dia memulakan bicaranya.
"Muhammad 14 tahun,Ummu 12 tahun,Hasif 7 tahun,Amir 16 tahun,Malik 15 tahun,Muhsin 8 tahun,Ariq 13 tahun,Daniya 10 tahun,Aliya 16 tahun,Masyitah 17 tahun,Insyirah 6 tahun,Rusli 12 tahun,Zul 11 tahun,Umaira 19 tahun,Liyana 20 tahun,Faris 18 tahun,Isyraq 42 tahun,Kalsum 41 tahun,Aina 17 tahun dan Rafiq 17 tahun.Aku mengaku yang aku yang bunuh diorang!Hahaha!"
Tanpa berlengah lagi,Amir terus mengeluarkan pisau lipatnya tadi dan terus berlari ke arah polis yang sedang mengacu pistol ke arahnya.
"Tembaklah aku!" Pekik Amir dengan mengharapkan dirinya ditembak.
Pada permulaannya,Sarjan Iskandar mahu menyelesaikan perkara ini tanpa pertumpahan darah.Cukup supaya Amir menyerah diri.Namun,apa yang terjadi bukanlah yang diharapkan.Melihat Amir semakin menghampirinya sambil melibas-libas pisau tersebut ke kiri dan ke kanan cukup membahayakan keselamatannya lalu dia mengambil keputusan untuk melepaskan tiga das tembakan tepat ke arah dada Amir.
"Ya,itulah yang aku nak." Kata Amir,perlahan.Akhirnya,dia jatuh melutut.Saat itu,matanya tidak nampak seorang pun anggota polis.Yang hanya di hadapannya cuma kelihatan mangsa-mangsa yang terkorban dalam aktiviti pembunuhan Amir.Dia tersenyum sinis.
"Ya,kau boleh blah dengan tenang lepas ni."
Muka Amir akhirnya tersembam jatuh ke tanah.Lemah dan tidak bermaya.Amir pada waktu tersebut.Dia cuba untuk menghirup udara namun tidak berjaya.Akhirnya,dia telah menghembuskan nafas terakhirnya sebelum sempat di bawa ke hospital.
"Pembunuh tersebut dilaporkan mati di tempat kejadian pada jam 0220.Over."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan